Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat berhujung minggu semua.
Hari ini kami ambil kesempatan membeli-belah apa yang patut untuk persediaan hari raya. Encik Suami ajak keluar pukul 9 pagi, sampai rumah pukul 12 tengah hari. Empat tempat kami datangi untuk mencari barang keperluan, dan masih ada lagi yang belum dibeli. Nantilah, senaraikan semula dan minta Encik Suami beli sendiri.
Alhamdulillah, barang asas seperti daging, serai, bawang, lengkuas dan sebagainya sudah dibeli. Tapi tak buat keputusan lagi samada hendak merendang atau masak hitam. Mungkin buat dua-dua kot. Itu pun kalau rajin.
Tempat ketiga kami kunjungi sudah tentulah Eco Fresh untuk cari ikan. Beli ikan tenggiri, lumahan dan kerapu. Nanti tempat keempat pula akan beli sayur-sayuran pula.
Petugas kaunter hulurkan baki bayaran dan sampul raya dalam bungkusan. Amie tertarik pula ada pantun di luar sampul, lalu membaca sambil berjalan menuju ke kereta. Mata masih menatap bait pantun, sambil tangan buka pintu kereta.
"Sorry!"
"Sorry!"
Kenapa pula Encik Suami kata sorry?
Aik! Terpinga-pinga Amie apabila melihat seorang lelaki kurus berkopiah sedang memegang stereng kereta.
Aik! Terpinga-pinga Amie apabila melihat seorang lelaki kurus berkopiah sedang memegang stereng kereta.
Alamak! Rupanya Amie tersalah kereta. Warna kereta sama, maroon tapi pemiliknya orang lain.
Tak pasal-pasal akibat rasa terkejut, kita terus tutup pintu dan berteriak sendiri. Sempat jugalah angkat tangan sebagai isyarat memohon maaf. Encik Suami pula memanggil kita, dalam jarak dua buah kereta di sebelah kereta tadi, di situlah letaknya kereta kami. Ishh...issshhh! Rupanya Encik Suami ternampak kita salah kereta!
Lima buah sampul raya dari Eco Fresh.
Inilah pantunnya yang menyebabkan Amie salah nak masuk kereta orang!
Memukul gendang pelbagai gaya,
Amat meriah riang gembira,
Ramai bertandang di hari raya,
Tersenyum riang sanak saudara.
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercadang tiga,
Makan sudah bersalam pun sudah,
Duit raya takkan dah lupa.
Sempat rembat lagi dua tiga jenis kuih raya termasuk blueberry tart dan pineapple tart, mini popia, kek lapis dan kek buah. Beli jugalah beberapa bungkus kacang gajus buat tambah-tambah hidangan raya. Minggu depanlah baru nak goreng. Tidak lupa dan tak boleh buat-buat lupa Sun Valley Grenadine dan Sunquick pelbagai perisa.
Kacang Gajus |
Hahahaha.. alamak, nasib baik belum masuk duduk lagi, hihihi.
BalasPadamBoleh salah masuk kereta pulak erk
BalasPadam🤭🤭🤭 Nak gelak takut dosa..tapi nak gelak juga🤣🤣
BalasPadamAlahaiii . Gara-gara pantun yang ada kt sampul raya tue , punya kusyuk baca sampaikan tersalah kereta .
BalasPadamhahahahha masa tu mujur la pakcik tu sorang kak kalau ada isterinya kat belakang, tak ke naya hahahhaha...
BalasPadamBeli awal tak kalut. Tapi dok kalut baca pantun, boleh pulak tersalah kereta ye Kak Amie. Aduhaii...terlalu fokus sangat tu Kak Amie. Menarik pantunnya, patutlah leka membaca. hihi...
BalasPadamSampul pun lawa.
hehehe nasib baik belum masuk kereta terus duduk..
BalasPadamanak2 semua balik ye kak raya tahun ni?
sori kak saya tergelak
BalasPadambaca cerita ni
hahahahaahaha
Mujur tak duduk lagi kak.. brother tu pun mesti terkejut juga 😁
BalasPadamAlahai kak amie..boleh silap masuk kereta ye...SA pun pernah tersalah masuk kereta..hahaha
BalasPadamPernah terjadi dulu, masuk2 tengok lain macam je driver haha. Tak sempat nak cakap apa2 pun. Gelak berdekah sorang2 cari kereta yg berdekatan. Pineapple tart sedap nya, favorite saya.
BalasPadamHahahahah saya pernah juga seperti itu . Tapi bedanya, saya tak tau salah mobil, lalu saya ketok2 minta dibuka. Yg punya mobil hanya menurunkan jendela. Saya pun kaget hahahaha. Maluu lah.
BalasPadamDan banyaaak persediaan kakak menyambut raya yaaa 😄👍. Saya belum selengkap itu. Tapi memang tak ada juga yg datang biasanya 🤣.