Bismillahirrahmanirrahim.
Awal pagi tadi sudah pergi menoreh. Maklumlah hari Isnin sudah mula persekolahan sesi 2024/25. Selesai menoreh terus singgah pasar cari apa yang patut untuk diolah di dapur. Lama sungguh dapur tak berasap. Peti sejuk pun masih kosong! Kenalah isi dengan bahan apa yang patut untuk bekalan menjelang bulan puasa nanti.
Sampai rumah terus masuk dapur. Tak sabar hendak masak. Rasa rindu betul hendak menjamah masakan sendiri! Jom tengok hasil air tangan orang yang sudah lama tinggalkan dapur:
- Nasi Putih
- Ikan Kerisi Goreng
- Siput Sedut Masak Lemak Tempoyak dengan Pakis Tanjung
- Sambal Belacan
- Kacang Bendi Celur
- Buah Limau & Plum
Bismillah |
Hidangan Tengah Hari |
Rindu sungguh hendak makan sambal belacan. Memang pedas sebab gunakan cili padi kampung. Dalam pedas-pedas itu terasalah enaknya sebab ditambah dengan gula nisan yang dibeli di Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu minggu lepas.
Siput sedut ini Amie masak lemak tambah tempoyak. Bubuh cili padi, bawang putih dan bawang merah, kunyit serta serai. Lekalah kami tiga beranak menyedut siput! Rezeki kami hari ini kerana terjumpa siput sedut di Eco Fresh Seri Perdana.
Jemput makan sama!
sedapnye akak masak... bestnye kalau akak dekat, boleh buat2 x malu muka nak makan umah akak.. hihihi
BalasPadamKann....masakan sendiri juga merupakan salah satu kerinduan...Kami yang membaca pun rindu juga...hihihi
BalasPadamSaya pun selalu rindu masakan sendiri hehe
BalasPadamRajin kak amie masak.siput sedut tu tambah bendi cicah sambal belacan. Kita yang tak travel pula yang teringin๐
BalasPadamSedapnya Kak Amie masak. Semua tu favorite. Betul tu bila lama tak masak, memang rindu kan.
BalasPadamOh siput sedut.. dah lama tak makan huhuu..
BalasPadamSedapnya.. meriah sangat :)
BalasPadamAda masanya memang rindu dengan masakan sendiri terutamanya masakan yg tiada jual di kedai.
BalasPadamwuiiii
BalasPadamsedapnyaaaa siput masak lemakkk
perghhhh๐๐๐๐๐๐
Bila lama tak masuk dapur, tak masak, memang rindu dengan masakan sendiri yang sentiasa kena dengan selera kita. Sedapnya siput sedut masak lemak geng dengan ikan goreng, sambal belacan dan ulam.
BalasPadamLinda belum lagi sampai tahap rindu masakan sendri...kikiki...nmpk sgt mmg tak suka memasak
BalasPadamSelepas jauh berkelana...pasti rindu masakan ssndiri...boleh makan tanpa fikir berapa nilainya ..
BalasPadamIngatkan baru satu hari kat dubai dah rindu masakan malaysia rupanya masak kat rumah. Siput sedut tu aduhaiiiii ngences apa lagi bumbunya ada tempoyak. saya selalu rindu masakan malaysia kalau travel lama-lama. Tekak jawa....hehehehe
BalasPadamKalau saya, kalau sudah bepergian jauh, yang dirindu masakan istri di rumah.
BalasPadamSe-enak apapun masakan di luar rumah, tetap masakan istri yang kena di hati...
Salam,
sedapnya nampak masak lemak siput sedut tu..
BalasPadam