Pages

Rabu, 27 Mac 2024

Okusite Belo Krajino : Taste Bela Krajina

Bismillahirrahmanirrahim.

Dalam perjalanan menuju ke Tasik Plitvice di Croatia, Amie sempat belek-belek buku Okusite Belo Krajino - Taste Bela Krajina. Amie juga sempat merujuk Pak Google untuk mengetahui lebih lanjut tentang Taste Bela Krajina apabila terbaca di hujung buku ini : Slovenia Europian Region of Gastronomy Awarded 2021

Menurut Pak Google, pada Oktober 2018 Slovenia telah dianugerahkan gelaran European Region of Gastronomy 2021 untuk seluruh wilayahnya. Semasa proses mendapatkan gelaran itu, Slovenia menyerahkan kepada International Institute of Gastronomy, Culture, Arts and Tourism (IGCAT) sebuah buku pencalonan bertajuk TASTE SLOVENIA yang disunting oleh Prof. Janez Bogataj Ph.D

Gastronomi?
Selalu dengar perkataan ini tetapi tidak pernah ambil tahu untuk lebih lanjut. Apabila menulis entri ini barulah berusaha untuk mencari tahu apa itu grastronomi. Nanti Amie terangkan di bawah.

Okusite Belo Krajino - Taste Bela Krajina


Antara gambar yang memikat mata di dalam buku Taste Bela Krajina.



SLOVENIA. GREEN. ACTIVE. HEALTHY. Slovenia adalah satu-satunya negara Eropah yang menghubungkan Alps, Mediterranean, Karst dan Dataran Pannonian. Ia adalah landskap yang sangat pelbagai dan alam semula jadi terikat dengan budaya dan gastronomi yang berwarna-warni. Hidangan Slovenia dibuat dengan bahan-bahan tempatan, daripada hasil yang ditanam di ladang dan taman, kepada bahan-bahan yang dimakan di padang rumput dan hutan, garam yang dituai daripada kuali garam Adriatik, madu yang dibuat oleh lebah asli, wain dari ladang anggur bersaiz butik kepada air mineral yang sihat yang menjadi tumpuan titik spa yang terkenal di dunia berabad-abad yang lalu. Slovenia ialah sebuah negara hijau, sihat dan aktif. Oleh itu, gastronomi yang pelbagai adalah sebahagian daripada budayanya.


Gastronomi: Kajian mengenai hubungan antara budaya dan makanan. Gastronomi hanyalah sebahagian kecil dari seni memasak.


Pemandangan ladang tanaman di Slovenia.


Pelbagai jenis makanan Taste Bela Krajina.



Antara Signature Bela Krajina Dishes:
  • Belokranjska Povitiva
  • Adjova Povitica Z Rozinami
  • Belokranjski Zlinkrofi
  • Bravina S Sladkim Zeliem
  • Belonkranjska Pogaca
  • Belokranjski Nadev  Ali Semisko Fulanje S Hrenom
  • Odojek / Jagenjcek Na Zaru

Belokranjski Nadev Ali

Belonkranski Zlinkrofi

Odojek / Jagenjcek Na Zaru - Grilled Lamb

Belonkranjska Pogaca

Bravina S Sladkim Zeljem - (Sheep meat with bone) - Bravina with Sweet Cabbage

Ajdova Povitica Z Rozinami - Buskwheat Povitiva with Raisins

Belokranjska Povitiva

6 ulasan:

  1. Haiiish saya lapaaar liat aneka menu kuliner mereka 😄😍😍. Trutama yg roti. Krn saya suka sangat roti . Tapi sepertinya menu mereka tak terlalu jauh beda dengan Serbia ya kak. Kalo iya, berarti saya bisa suka. Krn saat ke Serbia saja saya cocok dengan kuliner mereka.

    BalasPadam
  2. Seronok juga membelek buku resipi. Gambar cantik dan hidangannya cukup menggoda. Apatah lagi kalau dapat buat dan merasainya. Terima kasih kak Amie share info. Belajar benda baru, gastronomi.

    BalasPadam
  3. Oh, biasa dgr gastronomi.. tapi tak pernah nak ambil tahu maksudnya. Rupanya berkait betul dgn org yg suka makan² ya.

    BalasPadam
  4. Wow..semua menarik deria pandang dan deria rasa...
    Belonkranjska Pogaca tu macam baklava pun ada...Ka lain?

    BalasPadam
  5. Sedapnya resepi dan gambar dalam buku resepi. Itu lah kadang nya healing duduk rumah, belek2 buku resepi.

    Gastronomi, selalu dengar berkaitan masakan tapi tak tau detail. Thanks for sharing Kak Amie.

    BalasPadam
  6. buku resepi orang sana ye kak... nampak sedap semuanya

    BalasPadam