Pages

Jumaat, 15 Mac 2024

Menjejak Kaki di Kota Venice : Teringat Pelabuhan Melaka dengan Gelaran 'The Venice of The East'

Bismillahirrahmanirrahim.
Day 2 - 14 Februari 2024 
Proceed to Vanice. Cruise with a private boat trip to San Marco Square. Free time for gondola ride and walk through the canals of Venice.

Penulis buku Suma Oriental iaitu sejarawan Portugis, Tome Pires mengatakan bahawa barangsiapa memerintah Melaka, dia memegang tengkuk pemerintah Venice.   (Whoever is Lord of Malacca has his hand on the throat of Venice).

Sudah tentu kita pernah terbaca dalam buku sejaah tentang kehebatan Empayar Kesultanan Melayu Melaka dengan kemakmuran perdagangannya disamakan dengan Venice, pelabuhan terkaya di Eropah! Dengan kata lain, pada penghujung kurun ke-15 Venice menjadi kota terkaya di sebelah barat manakala Melaka menjadi kota terkaya di sebelah timur.

Itulah keping-keping sejarah tanah air kita yang kemudiannya dijajah oleh Portugis, diambil alih oleh kuasa Belanda dan seterusnya jatuh ke tangan pentadbiran British. Semenjak 1511 sehinggalah 1957, barulah segala perjuangan nenek moyang kita membuahkan hasil sebuah kemerdekaan yang kini dikecapi anak cucu termasuk kita!

Eh, tiba-tiba timbul pula semangat patriotik!

Berbalik tajuk Menjejak Kaki di Kota Venice, sebenarnya banyak tempat boleh diteroka. Memang sangat teruja untuk melihat dengan lebih lanjut bandar lama yang dibina sebagai negara kota dari abad 9 hingga abad 12 ini. Namun disebabkan faktor masa, kami hanya sempat melihat beberapa tempat sahaja. Itu pun setakat mengambil gambar dan melihat-lihat seketika bangunan yang ada.

Google : San Marco Square


Beratur memasuki perut BELLINI.

Sayup-sayup di kejauhan kelihatan bentuk-bentuk kubah saujana mata memandang.

Bot bernama BELLINI dari Venetian Lagoon menghampiri pulau Venice sekitar pukul 2:26 minit petang. Kami meninggalkan jeti menuju daratan tepat pukul 2:30 petang. Sebelum itu rasa teruja melihat bentuk kubah dari kejauhan. Apakah itu? Rasa sedikit menyesal kerana tiada persediaan untuk mengetahui lebih awal tentang kota yang hendak dijejaki ini. 





Kami diberi masa untuk berjalan-jalan di sekitar Pulau Venice  dan jika berminat boleh menaiki gondola. Sebelum pukul 5 petang semua peserta rombongan dikehendaki berkumpul semula di jeti untuk kembali ke Venetian Lagoon.

Antara bot yang mengambil dan menurunkan para penumpang di jeti.



Seperti di Milano, kami tidak mempunyai banyak masa untuk santai-santai sebaliknya perlu mengejar TGB dan TLM yang sudah jauh berjalan di hadapan. 


Sebenarnya rasa teringin hendak mengambil gambar di sekitar tetapi memikirkan beberapa saat kita untuk fokus, apabila menoleh kawan-kawan dan ahli rombongan sudah jauh ke hadapan atau adakalanya hilang dari pandangan! Terpaksalah mengejar dan tercari-cari di tengah orang ramai.







Ada beberapa perkara yang kami perlu ambi perhatian:
  • Berhati-hati ketika mengambil gambar atau menggunakan HP kerana sudah diingatkan tentang kecurian HP, misalnya dirampas oleh pencuri dari tangan kita.
  • Kami sentiasa cuba mengelak daripada tersentuh atau berhimpit-himpit dengan orang lain. Ini merupakan salah satu punca berlakunya kejadian hilang duit dalam beg tanpa disedari.
  • Sentiasa bersama pasangan atau berjalan dalam kumpulan dan jangan sesekali terpisah.

Ada tempat tertentu seperti ketika melintas jambatan yang melibatkan orang ramai berhimpit-himpit ketika berjalan.


Suhu masih sejuk dan matahari enggan menampakkan diri.


Inilah antara pemandangan yang dapat dirakam dalam perjalanan menuju ke San Marco Square.














Venice / Venezia / Venesia terdiri dari 117 pulau kecil yang dipisahkan oleh 150 buah terusan. Penduduk menyeberangi terusan-terusan ini melalui jambatan-jambata kecil yang banyak. Mereka boleh jugamenaiki sejenis bot yang dipanggil gondola untuk melalui terusan-terusan ini. Selain gondola, kenderaan lain yang digunakan termasuklah keretapi dan waterbus.

Bangunan-bangunan di bandar ini sudah berusia tetapi mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Tempat ini sentiasa dikunjungi pelancong yang datang dari seluruh dunia untuk melihat senibina dan terusan-terusan.  Ramai orang menganggap Venice sebagai satu bandar yang paling cantik di dunia. Tarikan pelancongan yang paling terkenal termasuklah:
  • Rialto-Bridge
  • Basilica Jalan Mark 
  • Palazzo Ducale (Doge's Palace) dan Bridge of Sighs
  • Canale Grande
  • St. Mark's Square
  • Dan banyak lagi
Google: Canale Grande





Melihat pelbagai ukiran di setiap tiang, barangkali boleh dikaitkan dengan perkembangan seni semasa zaman renaissance yang berkembang di Itali pada abad ke-15. Ia merupakan zaman  kebangkitan semula seni Yunani dan Romawi purba yang menitikberatkan kesempurnaan bentuk manusia dan alam semulajadi dalam lukisan, ukiran, dan seni bina. 







Dataran San Marco atau Piazza San Marco merupakan tempat untuk bersantai, memberi makan burung, minum petang dan pelbagai aktiviti lain.


Apabila berada di San Marco Square barulah perasan pemandangan kubah yang dilihat dari bot sebenarnya sebuah gereja Basilika St. Mark.

Google - Basilika St. Mark


Basilika St. Mark merupakan sebuah gereja yang telah diiktiraf di dunia. Tempat menarik di Venice Italy ini pada mulanya adalah gereja peribadi Doge yang telah dihias berkonsepkan seni Byzantine. 


Google : Basilika St. Mark

Panorama di sekitar San Marco Square





Orang ramai beratur untuk membeli tiket masuk.


Gambar sebahagian daripada Palazzo Docale (Istana Doge).

Istana Doge

Istana Doge merupakan pusat pemerintahan semasa Republik Ventian dan tempat kediaman Doge. Pada mulanya Istana Doge berasaskan kayu tetapi setelah berlaku kebakaran, istana ini diubahsuai menjadi istana gaya Byzantine. Kini Istana Doge dijadikan sebuah muzium yang memaparkan hasil seni kerja, sejarah lampau yang menarik dan juga ikonik istana yang indah.


Cuba perhatikan bumbung bangunan ini. Kelihatan patung manusia terpacak di atasnya.


Di bahagian bawah bangunan, terdapat kedai yang menjual pelbagai jenis barangan, dan juga kafe. Bagaimanapun kerusi meja makan tersusun di luar bangunan. Nampaknya para pelanggan lebih suka duduk di luar kafe atau restoran.


Pemandangan di sebelah kanan arah ke lorong menuju terusan.



Jom kita masuk ke lorong kedai ini.


Walaupun terdapat pelbagai kedai yang menjual bermacam-macam barangan, tetapi mata lebih fokus ke bahagian atas. Entah mengapa tertarik pula melihat lampu-lampu yang bergantungan di situ!


Jomlah tengok lampu yang pelbagai macam ini.



Unik kan bentuk lampunya.









Sesekali melihat-lihat juga barangan cendera hati di sini.
Sama seperti harga di Milano, key chain 3EURO setiap satu.




Kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan.





Pelayan restoran yang kacak sedang membawa keluar makanan yang dipesan oleh pelanggan.


Menu makanan yang dipamerkan di luar restoran.



Ada juga terselit gambar berdua dengan Kamsiah di celah-celah San Marco Square.



Sekarang kami menuju ke lorong menghala ke sebuah terusan untuk menaiki gondola.


Jadi, kami tinggalkan dahulu San Marco Square dan keping-keping sejarah di Kota Venice (Eropah) dan Venice Timur (Melaka). 
Walaupun sekadar menjejakkan kaki seketika di Milano dan Venice, namun begitu ada rasa membuak di dada untuk mengetahui tentang sejarah empayar Islam yang terbentuk selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW di sini. Pada abad ke-7 hingga ke-11 Masihi terdapat beberapa wilayah di Semenanjung Itali diperintah oleh pemimpin Islam. Ketika ini terasa betapa ceteknya ilmu pengetahuan yang ada. Mudah-mudahan ada kesempatan untuk memahami sejarah dunia dengan lebih mendalam!

Google : San Marco Square 1730 

13 ulasan:

  1. Saya sukaaa kota ini 😍😍😍. Penuh dengan sejarah dan seni. Semua bangunannya cantik dengan design rumitn 😍😍. Apalagi lampu2 yg kakak foto. Aisssh uniiiik sangat 😍. Saya pun jadi fokus kesana.

    BalasPadam
  2. Suasananya jika di Malaysia ni macam di Melaka. Memang wajarlah jika keduanya dikaitkan di intro entry ini. Pencopet di sana mesti mahir mencopet tanpa disedari mangsa.

    BalasPadam
  3. Masyaa Allah...indahnya alam ciltaan Allah...Benarlah mengembara menikmati ciptaan Allah juga menjadi ibadah

    BalasPadam
  4. Seronok nya baca trip Kak Amie. Memang unik sangat lampu2 tu kan. Teringat trip kami ke Venice dulu. Cantik senibina, banyak sejarahnya.

    BalasPadam
  5. cantik sungguh gambar2nya..

    cenderahati yg dijual tu cantik, penuh gerainye..

    kisah patriotik tu mmg perlu untuk menaikkan semanagt kenegaraan kite.. tetibe rs bersemangat ni

    BalasPadam
  6. cantiknya. Gabungan sejarah dan seni memang menarik hati. rasa ada dekat sana juga bila tengok gambar yang Amie kongsi. Terima kasih

    BalasPadam
  7. Keliatan cuaca dingin berangin...panoramanya sangat indah...cendera matanya cantik cantik arsitektur bangunan megah penuh nilai sejarah

    BalasPadam
  8. Agak tak seronok juga bila berjalan-jalan ikut kumpulan ni. Kena sentiasa alert tak terpisah. Tak best jugalah bila tak boleh nak bergambar sakan dimana-mana tempat, nak kena kejar masa, kejar group dan kena berhati-hati dengan pencopet juga. Risau betul kalau berselisih tu bila ramai ramai tu. Tempatnya sangat luas, puas berjalan, banyak daya tarikan disini. Seni bangunan pun unik. Tempat yang menarik tapi dicemari pencopet yang merosakkan suasana.

    BalasPadam
  9. Cantik-cantik gambar yg kak amie share..pencuri kat sana tu ada degree agaknya sampai pandai mencuri tanpa org kesan

    BalasPadam
  10. Cantiknya reka bentuk bangunan-bangunan di sana . Pastinya ada sejarah tertentu kan . Tenkiu share beberapa gambar

    BalasPadam
  11. Cantiknya reka bentuk bangunan-bangunan di sana . Pastinya ada sejarah tertentu kan . Tenkiu share beberapa gambar

    BalasPadam
  12. Aduh cantik sekali pemandangan di Venice ini Mbak.
    Saya jadi membayangkan jalan-jalan kesana. Bahagia sekali Mbak sempat berkunjung kesana.
    Rupanya disana banyak juga yang berjualan di jalanan ya Mbak. Kalau di Indonesia itu namanya pedagang kaki lima...
    Apa Mbak sempat berbelanja? Jadi Mbak beli barang apa saja ya?

    Salam,

    Salam,

    BalasPadam