Pages

Ahad, 17 Mac 2024

Makan Tengah Hari dengan Secawan Coklat Panas

Bismillahirrahmanirrahim.
Setelah selesai melawat sekitar San Marco Square dan menyusuri terusan dengan menaiki gondola, kami pun bergerak menuju ke tempat yang dijanjikan untuk bertemu semula sebelum pukul 5 petang. Sempat juga membeli plate souvenir yang kecil. Ketika itu jam menunjukkan angka 4:20 petang. Tiba-tiba perut terasa pedih! Rupanya kami belum makan tengah hari. Kami perlu mencari sendiri restoran untuk isi perut. Memang sudah ditetapkan, makan tengah hari atas tanggungan sendiri dan sudah juga diberikan anggaran harga makanan di antara EURO 10 - EURO 15 seorang.


Cioccolata EURO 6


Pada mulanya kami mencari restoran berpandukan maklumat yang dikongsi dalam WhatsApp Group di sekitar tempat laluan kami. Nampak warna kain alas meja dan nama restoran sama seperti di dalam gambar tetapi apabila kami tanya pekerja di situ sambil menunjukkan gambar yang tertera di dalam HP, mereka bercakap dalam bahasa Italy yang memang tidak dapat difahami langsung. Kamsiah, Lucy dan Nancy pula tidak yakin itulah restoran yang dimaksudkan dalam gambar.

Kami terus bergerak ke hadapan dan tiba-tiba terpandang empat orang ahli rombongan sedang duduk di sebuah restoran di bahagian luar. Kami mendekati dan mereka mengajak kami untuk minum di situ. Perut pun sudah meronta-ronta minta diisi sesuatu ditambah pula dengan suhu waktu petang yang semakin sejuk. 

Memandangkan hanya tinggal 20 minit ke pukul 5 petang, jadi kami berempat hanya memesan minuman panas sahaja iaitu coklat. Salah seorang ahli rombongan yang duduk semeja dengan kami memesan caffe latte. 


Belajar bahasa Italy: 
Cioccolata - Coklat

Caffe Latte

EURO 6


Tiba-tiba teringat seketul roti di dalam beg sandang yang Amie simpan dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Dubai dua hari yang lepas. Masih elok lagi! Lengkap dengan jem dan mentega. Walaupun roti tersebut keras tapi ketika kesejukan dan kelaparan, memang itulah makanan paling sedap ketika dijamah!

Dan kawan-kawan yang lain mengeluarkan biskut dari beg masing-masing, yang sudah semestinya bekalan yang diambil dalam penerbangan yang tidak sempat dihabiskan.

Alhamdulillah!
Sekurang-kurangnya perut pun tidaklah berasa pedih lagi.


Pada masa yang sama tiba-tiba kami tersedar suasana di sekitar sudah berubah!
Kabus menyelubungi alam.


Benarlah bahawa pada musim sejuk waktu siangnya sangat singkat!
Matahari hendak cepat-cepat kembali di tempat peraduannya.


Bagaimanapun semua ahli rombongan dapat berkumpul pada masa yang ditetapkan.
Namun rasa berdebar-debar juga membayangkan berada selama 30 minit di dalam perut bot BELLINI yang akan belayar kembali ke Venetian Lagoon.








Kali ini tidak kedengaran suara TGB yang keras ketika mengarahkan kami untuk menaiki bot. Mungkin semua peserta patuh arahan dan menepati masa.


Dalam keadaan sedikit cemas melihat kabus semakin tebal, sempat juga tangkap gambar sebuah bot ketika melalui jeti untuk menaiki bot BELLINI. Bukan apa, nampak perkatan THAI di situ! Seolahnya berada dekat dengan tanahair.

Bot BELLINI meninggalkan pulau Venice tepat pada pukul 5:20 petang.
Harapnya cepatlah sampai ke destinasi dan isi perut yang mula lapar kembali ini!

12 ulasan:

  1. Terkejut sy baca tajuknya Kak haha 😂... Rupanya cerita di Venice tempohari :D
    Dgn cuaca sejuk begitu sedapnya pekena secawan coklat panas...

    BalasPadam
  2. Pengalaman yang bukan semua orang dapat rasa :)

    BalasPadam
  3. Bab coklat tu sebutan ada la jugak persamaan..bokeh la agak agak maksudnya kalau terbaca .Tapi ya lain lain tergeliat lidah nak sebut🤣.
    Agaknyaebih beruntung kalau mengembara ni musim panas ye agar siang lebih panjang..boleh jenjalan lama lama..

    BalasPadam
  4. Minum coklat panas pasti segar sangat di kala cuaca yang sejuk.

    BalasPadam
  5. Wahhhhh seronoknya JJCM di Venice. Sure rasa nyaman dapat minum hot chocolate di kala cuaca sejuk dan dingin

    BalasPadam
  6. bila cuaca sejuk..dapat hot chocolate, memang terbaik kak amie kan...

    BalasPadam
  7. Mujur juga masing masing ada bekalan sendiri. Boleh juga alas perut dengan secawan coklat. Kan bagus kalau semua patuh arahan. Stress juga kalau asyik dengar suara tinggi je kan. Tebal betul kabusnya tu.

    BalasPadam
  8. seronoknya.. dapat pengalaman yg pelbagai .. syukur... doakan kami juga boleh melancong yer kak emie..

    BalasPadam
  9. aduh kak payah jugak ye nk dapat makanan kt sana, mujur jugak ada roti buat alas perut kan... Masa singkat betul, tak boleh lepa sikit je gelap dah ye

    BalasPadam
  10. membayangkan waktu naik bot kabus tebal dan captainnya main jalan je tanpa tau apa yg ada didepan...hahahha dramatik betul

    BalasPadam
  11. Wajah coklatnya pasti sedaap kak, apalagi diminum saat dingin kan 😍😍😍

    BalasPadam
  12. Nasib baik ada roti dengan jem dalam begnya Kak Amie

    BalasPadam