Bismillahirrahmanirrahim.
Galleria Vittorio Emanuele merupakan galeri beli-belah aktif tertua di Itali dan mercu tanda utama Milan. Galleria Vittorio Emanuele terletak di dalam arked berkembar empat tingkat di tengah bandar. Galleria dinamakan sempena Victor Emmanuel II, raja pertama Kerajaan Itali. Untuk menuju ke pintu masuk galeri beli belah kita, para pengunjung perlu melalui sebahagian besar bangunan besar Milan Cathedral (Gereja Khatolik).
Banyak gambar yang diambil tidak jelas, dan video 38 saat yang dirakam tidak boleh dimuatnaik. Jadi, hanya gambar-gambar di bawah ini sahajalah yang dapat dikongsi.
Perjalanan menuju Galleria Vittorio Emanuele.
Walaupun terpaksa memerah tenaga melintas beberapa batang jalan sebelum sampai ke destinasi, namun Amie tertarik dengan batuan yang digunakan untuk menyempurnakan jalan di sini. Ia terdiri dari jenis batuan keras yang disusun rata serta kukuh!
Laluan trem. |
Banyak ukiran patung di sana sini.
Menurut Tour Guide, kami boleh membeli barangan berjenama di sini seperti Gucci, Prada, Louis Vuitton, Chanel dan sebagainya. Jangankan berangan hendak membeli jenama kayangan langit ketujuh ini, melihat perkataan GUCCI di seberang sanun pun sudah rasa seram.... ahaks!
Cuci-cuci mata sajalah!
Sebahagian daripada bangunan membeli belah Galleria Vittorio Emanuele. |
Pemandangan di sekitar, kelihatan pelanggan restoran santai-santai duduk di bahagian luar sambil menikmati hidangan. |
Amie dan Kamsiah tidak berhasrat untuk menjelajah lebih jauh di kawasan Galleria Vittorio Emanuele ini. Jadi kami membuat keputusan untuk kembali ke tempat pancuran air berdekatan dengan Milan Castle. Untuk sampai ke sana, memang memerlukan banyak langkah! Petang itu sahaja entah sudah berapa kilometer kami berjalan kaki!
Di pertengahan jalan, kami terserempak dengan beberapa orang rakan rombongan yang sedang membelek-belek fridge magnet dan barangan lain di sebuah gerai. Kami berhenti di situ. Setelah bertanya harga fridge magnet, Amie berpandangan dengan Kamsiah.
Kalau mahu buat kenangan, belilah sebiji dua. Takut nanti tak jumpa di tempat lain. Ya, pejamkan mata dan di dalam hati berkata : Harga sebiji fridge magnet RM3.00! Hehehee... sebenarnya memujuk hati bahawa harga sebenar ialah 3EURO yang membawa maksud RM16.89sen!
Pada masa yang sama Amie bisikkan di telinga Kamsiah agar jangan terlalu lama berada di tempat seperti ini. Rasa risau dan bimbang tentang cerita-cerita pencuri dan pencopet yang memukau pelancong semakin membuak-buak di dada! Teringat cerita kawan kaki jalan kami pada tahun 2017, hari pertama mereka sampai di Milan, salah seorang peserta rombongan kehilangan RM3K(dalam bentuk tukaran EURO) tanpa disedari!
Mari cepat tinggalkan tempat ini Kam!
Kami terjumpa beberapa ahli rombongan lain yang sedang dalam perjalanan menuju pancuran tetapi tidak nampak kelibat Lucy dan Nancy. Mungkin keadaan yang samar-samar di bawah cahaya lampu dan agak gelap, jadi tidak berapa jelas untuk melihat sesiapa yang berhampiran di situ.
Sempat tangkap gambar Milan Castle yang terpapar di tepi jalan masuk ke pancuran. |
Suhu bertambah sejuk!
Rasa dahaga datang semula. Ketika sampai di kawasan pancuran, food truck sudah tidak kelihatan. Beberapa orang rakan rombongan menunjukkan arah untuk membeli minuman. Amie dan Kamsiah menuju ke tempat tersebut.
Amie suruh penjual di gerai pegang botol air. Disangkanya Amie hendak pulangkan sebab botol sudah kemek dan air memancut keluar. |
Sebotol air mineral 500 ml berharga 1.5 EURO. Botolnya sangat nipis. Ketika Amie buka penutupnya, botol menjadi kemek kerana cengkaman tangan Amie yang kuat dan airnya melimpah keluar! Dapatlah minum beberapa teguk untuk menghilangkan dahaga.
Sempat membelek-belek fridge magnet dan key chain, tapi tengok begitu sajalah.
Ketika ini suhu mencecah 12'C.
Tak tahan sejuk! Terpaksa cari sarung tangan yang memang tersimpan dalam beg!
Pemuda Bangladesh ini datang lagi dengan membawa bunga ros merah. |
Dan beberapa minit kemudian semua peserta berkumpul untuk kembali ke tempat letak bas. Kami perlu berjalan lebih kurang 10 minit melintasi jalan raya dan bangunan sebelum sampai ke sana.
Setelah semua berada di dalam bas, kedengaran satu suara seorang peserta rombongan wanita dari tempat duduk bahagian belakang:
Duit saya hilang!
Duit saya hilang dalam beg!
Duit saya hilang dalam beg!
Semua RM10K dalam bentuk mata wang EURO, USD dan LIRA TURKEY hilang!
Suasana bertukar tegang.
Rasa panik dan kecut perut!
Rasa panik dan kecut perut!
Beberapa saat kemudian Tour Guide memberi arahan dengan nada suara yang tinggi:
Semua orang periksa beg masing-masing!
Pastikan ada duit anda!
Pastikan ada passport anda!
Buka beg anda sekarang!!!
Semua orang periksa beg masing-masing!
Pastikan ada duit anda!
Pastikan ada passport anda!
Buka beg anda sekarang!!!
Suspensnya bab duit hilang. Lawa betul bangunan kat Itali ni ya....
BalasPadamYa, kejadian tidak diduga.
PadamAllahu. Seramnya dengar duit hilang. Moga dipermudah kan semua.
BalasPadamCantiknya Milan. Moga dapat ke sana nanti Insyaa Allah. Seronok nya baca trip Kak Amie. Thanks kongsi semua :)
Kami tidak sempat jejaki banyak tempat di sini. Maklumlah lewat sampai dan hari pun sudah malam. Banyaklah yang tidak diteroka.
PadamHaisssh betul hilang atau terselip kak jadinya? Semogalah terselip yaa. Baru hari awal, dah hilang duit, sediiih sangat 😔.
BalasPadamMemang lah eropa ini Macam2 perangainya. Suka terjadi hal2 tak disangka. Betul2 kita harus fokus selama di sana.
Cantik semua bangunannya yaa. Italia ini bucket list saya juga. Nak kuliner kalo nanti kesana. Krn saya pernah baca novel ttg kuliner Italia, dan rasanya langsung teringin pula..terutama kopi mereka 😄
Benar Fanny, memang hilang.
PadamSeronok melihat pemandangan di sini, terutama sewaktu naik bas dan ketika bas berhenti di traffic light, kebetulan di sebelahnya ada restoran. Kak Amie sempat melihat seorang wanita Italy sedang mencanai doh, mungkin untuk dibuat pizza. Kedudukannya betul-betul di tingkap terbuka, mungkin bahagian dapur restoran. Sayangnya Kak Amie tak sempat ambil gambar kerana bas terus berlalu.
Hilang betul ke misplaced Kak? 10k banyak tu huhu...
BalasPadamCantik2 betul bangunan, lampu dan persekitaran di sini
Hilang PH.
PadamBetul-betul hilang!
cantik betul bangunan tu kan kak... tak sangka pusat beli belah rupanya. Pencopet kat sana lg advance dan jahat dr kt negara kita ye kak... uish sampai 10k hilang duit, bahayanya kalau bwk duit banyak2...
BalasPadamAduilaa .... Dana!
PadamMmemang itulah salah satu kegiatan ekonomi mereka, sumber mata pencarian hasil mencopet duit pelancong.Memang mereka pakar dan 'cium bau' duit dalam beg pelancong.
bestnya kak dpt ke sana.. gmbar smua cantik2. bangunan dorang mmg wau!
BalasPadamYa, bangunan nampak klasik berusia ratusan tahun tapi dijaga dengan baik.
Padamnak mengumpulkan duit pun susah, apatah lagi dah hilang...
BalasPadamItulah orang kata, nak kumul duit macam titisan air. Duit hilang bagaikan air terjun!
Padamtelan air liur tgk harga FM tu...
BalasPadamromantik sgt tmpt ni...
kalau KL ni sure dah terang benderang kat kawasan tumpuan ramai mcm ni
haa
sekarang sy faham
kenapa duit wanita tu hilang..
sy sangka hlg di airport
tapi bla baca entry ni
sy faham...
ya, kat sini antara kawasan hot pickpocket...
kena pula dalam keadaan tak berapa nak terang...
Kan Anies. Di bawah samar-samar cahaya lampu, senang jew aktiviti menyambar duit. Kota romantik yang tak berapa nak romantik hihihiii.
PadamPemandangan cantik..bangunan2 dan scenery mmg indah...tp selingan bab duit hilang plak...aduhaiiii....kesiannya
BalasPadamHuurrmmm... memang potong mood betul kan SA.
PadamTidak dapat dibayangkan suasana kelam-kabut masa tu, Kak Amie.
BalasPadamKami yang mendengar masalah kecurian itu hanya mampu diam-diam saja SK. Tak berani nak kata apa.
PadamMemang seram dengar jenamanya. Inikan pulak nak dengar harganya kan. Serammm...
BalasPadamFM pun boleh tahan juga harganya. Kalau nak buat kenangan tu boleh lah beli sebiji dua. Lembut sungguh botol tu sampai kemek gitu. Mujur masih ada rezeki air yang tinggal.
Ya Allah, paniknya kalau jadi macam tu. Banyak pula tu hilang duitnya. Kalau macam ni dan semakin berleluasa, rasa takut pula pelancong nak datang sini kan.
Begitulah kisahnya Fizah. Tak semua yang kita bayangkan indah akan berhasil dengan yang manis-manis, melainkan ambil iktibar dan pengajaran dari setiap apa yang terjadi.
PadamMemang sudah sekian lama aktiviti mencopet di sini, tapi macam tidak ada usaha untuk mengatasinya.
kesiannya org yg hilang duit tu. mesti mood dia dah takde juga. hari pertama dah hilang duit huhu..
BalasPadam