Bismillahirrahmanirrahim.
Setelah bas patah balik ke Hotel Bela Krajina, bas bergerak semula untuk menempuh 110KM perjalanan ke Taman Negara Plitvice Lakes, sebuah taman negara tertua dan terbesar di Croatia. Pada tahun 1979, Taman Negara Plitvice Lakes tersenarai sebagai salah satu Warisan Dunia UNESCO. Hal ini kerana di sini terdapat tasik dan gua-gua yang indah serta air terjun.
Sebelum sampai ke tempat tujuan, seperti biasa Amie cuba tangkap gambar dari dalam bas. Salaupun tidak berapa jelas, bolehlah untuk disimpan buat kenang-kenangan. Orang kata musim bunga dan musim luruh itu cantik, tetapi musim sejuk pun tiada kurangnya, malah kelihatan lebih unik berbanding musim-musim yang lain.
Pemandangan di sebelah kanan jalan raya di Jezerane, Croatia. Gambar diambil pada pukul 9:47 pagi
Pemandangan di Kompolje, Croatia. |
Check point keluar dari Slovenia. Seperti biasa TGB mengarahkan kami semua diam-diam sahaja, jangan bercakap dan serius ketika bas dinaiki polis sempadan Croatia untuk pemeriksaan. Dilarang sama sekali untuk mengambil gambar. Pemandu bas diarahkan membuka pintu bawah bas untuk tujuan pemeriksaan juga.
Perjalanan diteruskan. Rezeki Amie duduk di sebelah kanan dalam bas, jadi hanya dapat melihat dan tangkap gambar di sebelah kanan sahaja. Tak tahulah apa pemandangan di bahagian sebelah kiri pula.
Beginilah antara bentuk rumah yang terdapat di Otocac, Croatia.
Selepas musim sejuk, kerja tanam-menanam pokok jangka pendek akan dilakukan. Kelihatan di sana-sini kawasan tanah lapang dan bersih sudah bersedia untuk aktiviti penanam di permulaan musim bunga. Antara tanaman tersebut termasuklah jagung, gandum, strawberi dan sebagainya. Manakala pokok-pokok seperti epal, anggur, zaitun akan mula bertunas dan seterusnya akan berbunga.
Antara bentuk rumah di Croatia.
Kami dikehendaki menyediakan 25 EURO untuk bayaran tiket masuk ke Plitvice Lakes.
Selamat Datang ke Plitvice Lakes.
Sebaik kami tiba, kami diperkenalkan dengan tour guide tempatan, seorang pemuda tinggi lampai yang akan memandu jalan sepanjang trek yang akan dilalui.
Inilah tour guide kami. Tinggi betul. Agaknya boleh sampai tujuh kaki kot!
Kami dikehendaki mendengar penerangan yang akan disampaikan oleh tour guide sebelum memulakan perjalanan.
Inilah peta kedudukan Plitvice Lakes yang terdiri daripada 16 buah tasik dan berkeluasan 300 kilometer persegi.
Belum pun kaki melangkah ke tasik, rasa takjub mendengar penerangan serta arahan tour guide. Tidak dapat dibayangkan jarak yang perlu kami tempoh. Menurut tour guide, kami hanya akan menempuhi perjalanan sejauh 3.5 kilometer sahaja.
Sebelum memulakan langkah, bergambar dahulu dengan pak beruang.
Kami akan melangkah ke sanun!
Air terjun sedang menanti.
Maka menapaklah kami bersama-sama menuju ke Plitvice Lakes!
Cantiknya semua. Tak sabar nak tunggu post bila sampai di Plitvice Lakes.
BalasPadam3.5km, jalan slow2 sambil menikmati view cantik, takkan rasa penat. Cuaca pun sejuk.
Tinggi betul Tour Guide tu.
Besar betul pak beruang! Salam Nuzul Quran ❤️
BalasPadamCantiknya....terasa kami pun ikut melancong sekali tengok gambar-gambar yang kak amie kongsikan ni
BalasPadamSangat bersih udaranya....negara maju emang penataan lingkungan sangat baik...huhu
BalasPadamLuar negara ni setiap musim ada kecantikan permandangan dia tersendiri. Rare permandangan sebegini. Agaknya kalau saya berdiri sebelah tour guide tu paras pinggang die je. Tinggi betul! Arca bear tu tempat wajib ambil gambar.
BalasPadamwalaupun pokok-pokok tak berdaun tetap cantik semua pemandangan gunung ganangnya kak
BalasPadamWalau ambil gambar dari atas bas pun view dah cantik sangat.
BalasPadamKak Amie, kuatnya kaki Kak Amie berjalan jauh. Seronok tengok Kak Amie melancong, menjelajah bumi ciptaan Allah swt.
BalasPadam3.5 km tak jauh kalo winter begini. jadi tak terasa sebab sejuk kan. saya paliiiing suka jalan jauh di saat winter begini. kalori banyak terbuang :D. hitung2 olahraga...
BalasPadambaguuus memang viewnya kak, walopun air terjun juga banyak di malaysia, tapi pasti beda juga saat melihat di negara lain :)