Pages

Ahad, 17 Mac 2024

Dapat Khabar Duka dari Tanah Jauhar Sebelum Berbuka Puasa

Bismillahirrahmanirrahim.
Semalam ziarah ke Tanah Jauhar: SAHUR & BERBUKA HARI KE 4. Sempat tinggalkan komen dengan harapan Bondanya SK akan cepat sembuh dan dipermudahkan urusan rawatannya. Petang tadi sementara menunggu waktu berbuka kita ziarah lagi, rupanya komen kita tidak timbul. Terkejut baca entri: PUTUSNYA DOA SEORANG IBU. Innalillahiwainnailaihiraajiuunnn! Bondanya SK sudah kembali dijemput Ilahi di hari kelima umat Islam berpuasa. Bermakna sewaktu kita baca entri Sahur & Berbuka Hari ke-4, Bondanya sudah tiada!

Salam takziah buat SK sekeluarga. Semoga tabah menghadapi saat yang mendukacitakan di bulan Ramadan ini. Mudah-mudahan arwah Bonda SK ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman. Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Hanya kita sahaja yang tidak tahu saat ketibaannya kerana itu semua rahsia Allah. Kita hanya mampu mendoakan agar roh arwah Bonda SK tenang menemui-Nya, dilapangkan dan diterangi kuburnya serta sentiasa dalam keadaan sejuk dan nyaman di rumah baharunya.  Amin ya Allah.

Hari ini merupakan hari ke-6 kita berpuasa. Apa agaknya juadah yang disajikan untuk keluarga tersayang? Petang tadi Amie masak daging tetal, diolah menjadi Kari Daging Tetel. Firdaus berbuka puasa dengan penuh selera, makan nasi lauk Kari Daging Tetel.



Hidangan berbuka puasa:
  • Nasi Putih
  • Kurma Ajwa
  • Jus Epal Hijau
  • Kari Daging Tetel
  • Ikan Belanak Goreng
  • Acar Timun & Lobak Merah
  • Ulam Kacang Bendi + Telur Masin + Sambal Belacan Tempoyak
Encik Suami bantu sediakan jus epal. Ditambah asam boi bertambahlah nyamannya! Rasa masam, manis dan masin menjadi satu. Bergelas-gelaslah melintasi tekak.

Kari Daging Tetel


Acar Timun & Lobak Merah

Ikan Belanak Goreng


Jus Epal Hijau

Kurma Ajwa

Kari Daging Tetel

Seperti biasa kalau masak kari, diakhir masakan mesti tuangkan jus limau nipis. Resipi arwah emak mentua ini memang Amie ingat ketika masak kari, tidak kiralah samada kari daging, ayam atau ikan.

Resipi Kari Daging Tetel
Bahan-bahan:

  • 500 gram hirisan daging tetel yang sudah direbus empuk
  • 3 biji kentang - kupas kulit - belah 2
  • 1 batang serai -diketuk
  • 750 ml santan cair
  • 250ml santan pekat
  • 4 sudu besar serbuk kari daging 888
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 biji limau nipis - ambil jusnya
  • 4 sudu besar minyak
  • garam / gula / perasa pilihan
Bahan tumbuk / kisar:
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 2 cm halia
Bahan penumis:
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 pelepah daun kari - dilurut
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 1 labu bawang besar - hiris
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan penumis dan serai. Tumis sehingga terbit aroma.
  2. Kemudian masukkan bahan tumbuk, diikuti dengan serbuk kari daging dan serbuk cili. Perlahankan api dapur. Jika terlalu kering, tambahkan sedikit santan cair.
  3. Masukkan daging tetel bersama kentang.
  4. Tuangkan santan cair. Masak sehingga kentang empuk.
  5. Kemudian masukkan santan pekat.
  6. Taburkan dengan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
  7. Biarkan masak seketika lagi.
  8. Tuangkan jus limau nipis. Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.
Limau Nipis & Limau Kasturi


Bismillah.


14 ulasan:

  1. Alahai comey dan kemas jer susunan juadah berbuka dia.. suka tgk..
    Innalillahi wainna ilaihi rajiun al fatihah buat Mak SK..

    BalasPadam
  2. menu berbuka akak sentiasa lengkap... sedap betul nengoknya

    BalasPadam
  3. Inalillah dan salam takziah buat kak SK... moga dia sabar dan tabah

    BalasPadam
  4. Saya pun lepas berbuka baru tahu khabar duka SK..
    Sedap sedapnya lauk tu...terliurnya

    BalasPadam
  5. alamakssss.. jus epal hijau+asam boi tu menggoda betullah

    BalasPadam
  6. innalillahiwainnailaihirojiunn...baru tau tentang bondanya kak SK. lama betul ammi tak BW ke blog kengkawan.

    BalasPadam
  7. linda baru tahu nie...yg tahu bonda SK masuk wad awal ramadhan hr tu...salam takziah untuk SK

    BalasPadam
  8. salam takziah untuk blogger SK . ujian berat buatnya . CCL pun dua hari sebelum ramadan dh kehilangan tok

    BalasPadam
  9. Innalillahiwainnailaihirojiun...SA dengar khabar dari FB...Sis Lin yang update...meleleh2 air mata ini..sebab SA baru juga kehilangan arwah Mak Pah...rasa sedih kehilangan itu tetap ada walau dirumah yang lain...

    BalasPadam
  10. إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
    Semoga mereka sekeluarga tabah, sabar dan terus kuat menghadapi ujian kehilangan orang yang tersayang. Terkejut mendengar berita tu dari update kak SK sendiri di blog.

    Menyelerakan lauk pauk Kak Amie. Resipi orang lama yang sedap pasti kita ingat dan amalkan. Saya pun suka berbuka dengan kurma ajwa. Tak cari kurma lain dah.

    BalasPadam
  11. Sedih sangat pas baca mama kak sk dan berpulang. Di saat ramadhan pula. Macam ada yg kurang saat lebaran nanti kan 😔.

    Sedap semua terlihat lauk kak ami. Saya terbayang jus apel dengan somboi. Memang lah manis asam asin berpadu sangat 😍

    BalasPadam
  12. Terima kasih, Kak Amie atas doanya. Semoga Allah swt makbulkan doa Kak Amie.

    Sedapnya kari tetel.

    BalasPadam
  13. اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا

    salam takziah buat SK sekeluarga...

    BalasPadam