Bismillahirrahmanirrahim.
Rumah terakhir yang kami ziarahi pada hari Khamis bersamaan 21 Disember 2023 ialah rumah Kang Salleh di Taman Desa Tronoh. Di sini kami sempat tunaikan solat jamak takhir sebelum berangkat ke Ipoh.
Kang Salleh pernah bertugas di LD sebagai pengurus ladang dan kembali ke Perak apabila bersara. Beliau sangat menjaga silaturrahim sesama keluarga. Seingat Amie waktu kecil dulu, Kang Salleh selalu datang menziarahi keluarga di Bukit Kucing dan Bukit Hijau bersama Kang Amit (arwah) dengan menaiki motosikal dari Perak!
Gambar kenangan bersama Kang Salleh dan Kak Rose Laila (isteri Kang Salleh sebelah Firdaus). |
Emak Saudara dan anak saudara. |
Firdaus sedang menikmati keropok lekor yang masih panas! |
Keropok Lekor |
Kami dihidangkan dengan minuman kopi panas dan keropok lekor. Menurut Kang Salleh, mereka baru pulang dari Kelantan. Barangkali keropok lekor itu dibeli dari sana.
Selain keropok lekor, kami turut dihidangkan dengan keledek rebus dan sambal kicap!
Keropok lekornya pula, tiga kali tambah! Barangkali sudah dihidangkan, masih lagi menggoreng di dapur. Memang kenyang sungguhlah kami menikmati keropok lekor dan keledek rebus panas!
Ketika kami minta izin untuk berangkat, rupanya mereka sudah menyediakan nasi di dapur! Allahu Akbar! Kata Kang Salleh dan Kak Rose Laila, hanya seadanya sahaja. Eh, ini bukan seadanya, tapi sudah cukup lengkap.
Beginilah keluarga Bonda di Perak. Mesti hendak menjamu kami kami bertandang ke rumah mereka. Tidak baik menolak rezeki, jadi kami pun sambung santap nasi pula.
Nasi putih berlauk kari ayam, ikan cencaru sumbat sambal dan telur dadar. |
Bismillahirrahmanirrahim. Sedapnya air tangan orang Perak! Alhamdulillah. |
Kiranya perut sudah benar-benar kekenyangan. Rasanya tidak perlulah lagi mencari makan malam. Sampai di Ipoh nanti, terus daftar masuk homestay dan boleh merehatkan diri. Kang Salleh pesan, di Ipoh nanti jangan lupa cari Satay Endut. Pesannya lagi jangan datang leawat-lewat nanti sate habis!
In syaa Allah Kang.
Pukul 17:56 petang kami meninggalkan Taman Desa Tronoh dan meneruskan perjalanan ke Ipoh.
Taman nie depan dia ad stesen myk ka Amie? Kalau betul, rumah Linda ad dekat belkg2 tu ja... Taman Tronoh Universiti... Kikiki
BalasPadamRasanya di situ juga Linda. Anak saya pula di Taman Akasia.
PadamBesarnya hati mereka meraikan tetamu dari jauh. Agaknya sambil goreng keropok, mereka masak lauk-pauknya, Kak Amie!
BalasPadamTerharu sangat kan SK. Setiap kali kami ziarah memang'wajib' jamah nasi di rumah mereka.
PadamDengar na Tronoh...teringat dulu- dulu bila radio umumkan waktu berbuka puasa..Bila dengar nama Tronoh rasa pelik je sebab dulu mana tahu sangat nama nama tempat..dok kampung tak keluar..hihihi
BalasPadamSaya pun teringat nama Tronoh disebut-sebut oleh juruhebah radio. Aneh betul, ada tempat nama Tronoh. Sekarang Tronoh sudah tidak asing lagi sebab Abang Farid pun duduk di Tronoh juga.
PadamSuka cara orang² lama ni, sangat meraikan tetamu, salute! Selagi tak makan nasi, selagi tu tak bagi balik :D
BalasPadamKiranya keropok lekor & keledek rebus tu appetizer je le Kak Amie kan...
Kan PH.
PadamMereka sangat meraikan tetamu, dan kita pula kena menghargainya.
Tak sangka pula tiga kali hidangkan keropok lekor, makan sampai habis ada pula nasi menyusul.
Alhamdulillah..rezeki dapat bertemu. Dijamu pula dengan bermacam-macam menu. Memang cukup lengkap dah rasanya tu. Semoga bertambah-tambah rezeki tuan rumah menjamu tetamu bermacam-macam hidangan.
BalasPadamAmin ya Allah. Mudah-mudahan tambah rezeki mereka.
PadamSuami pun selalu sebut pasal Sate Endut sebab pernah dibesarkan di Ipoh.
BalasPadamOohh... memang terkenal rupanya Satay Endut di Ipoh ye Faizah.
PadamMesti nak makan juga satu hari nanti.
Syukur alhamdulillah rezeki ye Kak Amie..langkah kanan..macam tu la kalau ziarah sanak saudara memang akan dihidangkan dengan makanan apa adanya..
BalasPadamBegitulah adatnya ya SA. Tetap juga hendak hidangkan untuk kami, dan sudah semestinya kami perlu hargai.
PadamYa ampuuuun lekornyaaa 😍😍😍😍.
BalasPadamKebiasaan di sana mirip dengan budaya Tapanuli di keluarga saya kak. Kalo kita bertamu, lalu tuan rumah mengajak makan, jangan pernah ditolak. Tetap harus diterima, walopun hanya sedikit makan.
Krn pernah bertamu ke 5 tempat saudara, dan 5-5 nya menjamu makan berat..tapi memang hrs ditrima semua 🤣. Supaya mereka besar hati kan yaa. Makanya kalo dah tau pergi ke banyak rumah saudara, dah lah, makan sedikit2 saja 😄
Cantik budayanya kan Fanny.
PadamSetiap kali kami datang, memang mereka akan beritahu di rumah yang lain supaya tidak bertindan. Kalau sudah makan tengah hari di rumah yang satu, nanti sampai ke rumah yang satu lagi mungkin minum petang. Dan begitulah seterusnya.
Tapi kalau ziarah waktu hari raya, biasanya mereka sediakan makanan berat.
Makanya, sama seperti Fanny, makan sedikit-sedikit sahaja. Yang penting mereka rasa dihargai.
Beginilah adat orang kita ,melayan tetamu dengan seikhlas hati..walaupun lauk seadanya tapi cukup nikmat bagi kita yang mnjadi tetamunya...
BalasPadam