Bismillahirrahmanirrahim.
Terima kasih Abang Farid bantu uruskan tempahan tempat penginapan di Kota Damansara. Pada mulanya Abang Farid tempahkan bilik Superior King tetapi apabila daftar masuk kami meminta tukar kepada kamar Superior Hollywood Twin. Kami hanya menginap selama satu malam sahaja, daftar masuk pada hari Isnin dan daftar keluar pada hari Selasa. Bayaran yang dikenakan termasuk service tax and charges sebanyak RM249.10 termasuk sarapan pagi untuk dua orang dewasa. Bayaran tambahan yang dikenakan untuk sarapan pagi ialah sebanyak RM58.00 dewasa, dan RM35 kanak-kanak.
Abang Farid pernah menginap di hotel ini sebulan yang lalu. Katanya, senang untuk ke sana ke mari dengan berjalan kaki. Cadangnya Abang Farid hendak bawa kami naik MRT jika ada kelapangan. Sayangnya, di sinilah kami melepaskan lelah setelah beberapa hari mengumpul keletihan dalam perjalanan! Akhirnya rancangan untuk menaiki MRT dan bas Go KL terbatal begitu sahaja.
|
Firdaus dengan bantal busuknya! |
|
Google : Royale Chulan Damansara |
|
Google : Royale Chulan Damansara |
|
Google : Royale Chulan Damansara |
|
Selamat Datang ke Royale Chulan Damansara |
Royale Chulan Damansara yang letaknya di Petaling Jaya ini menawarkan kolam renang infiniti dan akses terus ke pusat beli-belah The Curve. WiFi percuma boleh diakses di seluruh kawasan. Tempat letak kenderaan yang luas dan percuma turut disediakan.
Hotel ini menampilkan hiasan kontemporari, bilik berhawa dingin dan dilengkapi dengan TV skrin rata. Bilik mandi en suite dilengkapi dengan kemudahan pancuran mandian dan peralatan mandian percuma. Bilik-bilik tertentu mempunyai pemandangan kolam renang manakala yang lain mempunyai pemandangan bandar.
Masakan yang disediakan termasuklah masakan tempatan dan antarabangsa yang disajikan di Royale Coffee House, dan dibuka sepanjang hari. Ada sebuah restoran yang menghidangkan masakan Jepun iaitu Minori Restaurant.
Stesen MRT Mutiara Damansara terletak hanya 250 meter dari hotel ini. Pelbagai pusat membeli-belah terletak dalam jarak 10 minit berjalan kaki dari Royale Chulan Damansara. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur berjarak kira-kira 57 kilo meter.
|
Bilik kami : 420 |
|
Rasa tenanag sahaja sebaik melangkah masuk ke bilik ini. |
|
Pemandangan kolam renang dari bilik hotel. |
|
Firdaus tidak sabar-sabar hendak turun mandi! |
|
Abang Farid sempat ambil gambar di sekitar kolam mandi. |
|
Abang Farid menemani Firdaus di kolam mandi sekitar pukul 4 petang! Matahari masih memancar. |
|
Hampir satu jam Firdaus berendam di dalam kolam mandi. |
|
Pemandangan Royale Chulan Damansara dari kolam mandi. |
|
Walaupun cuaca panas, tapi mendung-mendung hendak hujan! |
|
Pukul 5 petang, kami suruh Firdaus naik ke bilik kerana kami hendak jalan-jalan di sekitar Royale Chulan Damansara. |
Belikan Daus goggles yang ada power tu... Senang nak swimming
BalasPadamIya Uncle.
PadamSelamat Tahun Baru 2024 Kak Amie 🎉 Kali terakhir menginap di Royale Chulan Damansara ni tahun 2015 kalau tau silap. Memang selesa dan senang nak pegi shopping kat bawah hihi.
BalasPadamSelamat Tahun Baharu 2024 juga Carneyz.
PadamBestnya nginap kat hotel
BalasPadamCuti-cuti Malaysia Wak.
Padamselamat tahun baru amie. wah thn baru sambil makan angin yea. all da best for year 2024
BalasPadamMakan angin, tapi jangan sampai keluar asap Kikiki!
Padamhappy new year....pernah juga check in sini tp urusan keje...yg best dlm bilik dpt yg ada bathtub..tp certain bilik xde
BalasPadamHappy News Years Mamatisya.
PadamSukanya kalau dapat menginap disini....hihihi
BalasPadamMemang best Mamacella. Lagilah time letih.
PadamBestnya tidur hotel.. budak budak suka la ada swimming pool
BalasPadamYa, betul tu. Memang seronok sangat Firdaus di swimming pool.
Padammemang cantik hotelnya kak, lengkap semua kelengkapan mmg puas hati lah, hotel tengah bandar mudah untuk ke mana2 dgn pengangkutan awam.
BalasPadamKan Dana. Boleh ronda keliling. Balik hotel boleh rehat.
Padaminterior dia hampir sama laa kak dengan cawangan kat conlay...
BalasPadamYa, kak tengok pun banyak cawangannya.
Padamnampak selesa hotel dia, lps tu dkt MRT pula, senang nak jln2.
BalasPadamBetul Syu. Tak perlu pandu kereta.
Padamalaaa... puas ke Daus mandi sejam aje.
BalasPadamCukuplah tu... panas pula dengan pancaran matahari hihihii.
PadamBest dapat menginap di hotel mewah ni. Besar dan selesa. ID pun menarik. Next time kalau cuti panjang bolehlah merasa pengalaman naik MRT dan naik bas go KL. Firdaus dan bantal busuknya berpisah tiada. hihi...
BalasPadamItulah Fizah, banyak kali Abang Farid ajak naik MRT tapi tak juga kesampaian. Rezeki belum sampai. In syaa Allah lain kali.
Padamdaus boleh geng dengan alan dan awan ni... check in hotel je target nk mandi kolam... hehehe
BalasPadamMemang itulah target anak-anak kan.
PadamFirdaus bila dah jumpa kolam renang, memang kat situ jugak la dia ye..nasib abang farid temankan...
BalasPadamSyukurlah ada Abang Farid ikut sama. kalau tidak, Baba dialah yang jadi mangsa hihihii.
PadamSaya langsung cek harga nya di Agoda, dan ternyata tak terlalu mahal ya kak . Soalnya awal July planning nak ke KL dan JB, jadi dah mulai cari2 hotel 😄.
BalasPadamKalo ajak anak2, memang lah saya pilih hotel dengan pool, biar mereka puas berenang kan.
Harganya memang tidak terlalu kayangan.
PadamPuas hati, segala kemudahan disediakan. Tempatnya luas, selesa dan bersih. Berdekatan pula dengan tempat shopping.