Pages

Selasa, 9 Januari 2024

Makan Sate di Rembau : Chembong World Satay

Bismillahirrahmanirrahim.
Setelah daftar masuk Mummy Firdhan Homestay, Fuad dan Fairuz hendak mencari sate di kawasan sekitar. Encik Suami dan Firdaus tinggal di homestay. Kami jalan-jalan cari sate. Terjumpa Warung Chembong World Satay di seberang dengan masjid Batu 17 Chembong. Singgahlah kami di situ.


Adik penjual sate yang sangat peramah melayan pelanggan.

Sumber : FB : Chembong World Satay

Ada tiga jenis sate yang ditawarkan iaitu:
  • Sate Ayam -RM1.20 sen secucuk
  • Sate Daging - RM1.20 sen secucuk
  • Sate Kambing - RM1.80 sen secucuk
  • Nasi Himpit - RM1.00 sebiji



Kami beli sate ayam, sate daging dan sate kambing tapi tak ingat berapa puluh cucuk yang kami beli. Harga termasuk nasi himpit : RM132.00

Makan malam di Mummy Firdhan Homestay.







Baki sate yang tidak habis dimakan dipanaskan lagi keesokan paginya.
Sebelum meninggalkan homestay dan meneruskan perjalanan, kami sempat alas perut dahulu.



Antara menu sarapan kami selain sate ialah bahulu cermai dan bubur pulut hitam. Kedua-dua makanan ini dibekalkan oleh bakal besan kami sewaktu kami berkunjung ke Pagoh petang kelmarinnya.

Bubur pulut hitam dari Pagoh.

17 ulasan:

  1. sedap satey ni.. lady suke satey ayam.. yumm yumm yumm

    done follow as Ain Farhana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sate memang sedap kan Ain.
      Terima kasih sudi follow.

      Padam
  2. Sate kalau kuah kacang tu sedap memang sedap la.

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Rezeki dapat berkumpul seisi keluarga.

      Padam
  4. lamanya tak makan sate. Wah dapat bontrot dari bakal besan ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak betul bontrotnya sampai boleh dibawa ke Rembau dan Sungai Petani.

      Padam
  5. Cuti cuti Malaysia sungguh ni...separuh Malaya

    BalasPadam
  6. Sy tak jumpa lagi cerita ke Pagoh. Sedap tu makan sate anak-beranak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cerita di Pagoh kena masuk frame SK hehehehe.

      Padam
  7. terliur pulak tengok sate tu kak oi, sedap tengok semu menu terutama bubur pulut hitam tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmemang sedap sangat tu bubur pulut hitam air tangan orang Johor.

      Padam
  8. bahulu dan bubur pulut hitam kesukaan kyra.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oooo Kyra peminat bahulu dan bubur pulut hitam ye.

      Padam
  9. rasanya satay kat sini yang popular tu kak amie..pernah nampak tapi x ingat baca kat mana

    BalasPadam