Pages

Sabtu, 6 Januari 2024

Firdaus Berkenalan dengan Lembu Wak Mail di Parit 9 Sungai Sumun

Bismillahirrahmanirrahim.
Dari Parit 1 kami teruskan ziarah ke Parit 9 Sungai Sumun. Kali ini kami ke rumah Kang Nan dan Kang Mail. Kang bermaksud abang dalam bahasa Jawa. Kang Nan tidak ada di rumah kerana bekerja. Kami hanya bertemu isteri dan anak-anaknya serta Kang Mail. Firdaus panggil Wak Mail, ikut pangkat panggilan untuk yang lebih tua.

Firdaus bersama lembu peliharaan Wak Mail. Rumah di belakang mereka merupakan rumah tinggalan arwah Wak Perak dan sekarang diduduki oleh Wak Mail.


Turun sahaja dari kereta, Firdaus terus meluru ke kandang lembu!


Semua orang masuk ke dalam rumah Kang Nan (Wak Nan), tetapi Firdaus berada di luar berbual-bual dengan Wak Mail di kandang lembu.

Bonda berbual-bual dengan isteri Kang Nan.

Encik Suami dan Abang Farid di ruang tamu.

Firdaus sempat merakam sendiri video bersama lembu.

Gambar lembu yang Firdaus tangkap.

Firdaus bersama Wak Mail.


Sudah dihidangkan minuman di dalam rumah, Wak Mail pula petik buah kelapa dan kami pun minumlah air kelapa segar yang sudah disediakan.


Kemudian kami teruskan perjalanan menuju ke Simpang Empat, ke rumah Kak Rahaniah pula. Sepanjang jalan mata sentiasa terpukau menikmati kehijauan ladang kelapa. Lama tak melihat jajaran pokok kelapa melainkan pokok kelapa sawit sahaja. Alhamdulillah, masih banyak hasil buah kelapa di Hutan Melintang.

Selain pokok kelapa, mata tidak terlepas melihat pokok pisang tumbuh bersusun berhampiran jalan raya. Memang sungguh menenangkan perjalanan dengan pemandangan hijau di kiri dan kanan jalan.

Firdaus pula berkali-kali melihat gambar lembunya dalam HP!


14 ulasan:

  1. Alhamdulillah... Seronok menyambung silaturrahim

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Semoga aktiviti begini dapat diteruskan pada masa akan datang.

      Padam
  2. Wahhhh.. mungkin Daus boleh timba ilmu menternak lembu lepas balik ke sanun nanti.

    BalasPadam
  3. Teringat Arwah Sudirman...lagu Anak Gembala

    BalasPadam
  4. On point lah Firdaus ambil gambar lembu tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pandai juga rupanya budak kecil tu ambil gambar.

      Padam
  5. Berkenan betul Firdaus dengan lembu wak Mail. Pandai pula tu ambil gambar center je. Ada bakat ambil gambar Firdaus ni. Sedapnya dapat minum air kelapa segar kak Amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sibuk dia pinjam telefon Kak Amie nak ambil gambar lembu, dan ambil video lembu hihihii.
      Ya, memang sedap dapat minum air kelapa muda yang baru petik dari pokok.

      Padam
  6. Pandai firdaus ambil gambar ye...hehhe..sedapnya kalau dapat minum air kelapa muda segar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tiap kali datang ke Perak mesti minum air kelapa muda. Maklumlah di keliling rumah di sana memang penuh dengan pokok kelapa.

      Padam
  7. Gemuuuuk sapi2nya 😍😍. Salut saya, karena sudah lama di Malaysia tapi even panggilannya masih pakai sebutan Jawa ☺️.

    Tempatnya masih asri banget ya kak ❤️

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, memang begitulah tradisi panggilan mengikut pangkat yang kami kekalkan dalam keluarga.
      Syukurlah masih ada desa yang penuh dengan tanaman menghijau, tidak seperti di tempat kami di Selangor. Kebanyakan kampung sudah jadi hutan batu.

      Padam