Pages

Rabu, 6 Disember 2023

Selamat Tinggal Jakarta - Hingga Jumpa Lagi

Bismillahirrahmanirrahim.
Tibalah masanya untuk kami kembali pulang ke tanah air. Kami bersiap sedia turun ke lobi Hotel Alma bersama beg masing-masing sebelum pukul 1:00 pagi. Pak Herman dan Pak Rajaab menghantar kami ke Lapangan Terbang Soekarno Hatta. Teringat tahun 2011, kecut perut kami kerana jalan menuju ke Lapangan Terbang Seokarno Hatta macet! Jadi, kami memilih penerbangan sebelah pagi supaya tidak kelam-kabut atau macet di tengah jalan!

Terima kasih atas khidmat terbaik Pak Herman dan Pak Rajaab, menyantuni kami sebagai tetamu sepanjang tujuh hari kembara Padang - Jambi - Palembang - Jakarta.

Pukul 12:50 pagi kami sudah turun ke lobi Hotel Alma.

Masih banyak waktu sebelum kami daftar masuk penerbangan ke Kuala Lumpur. Jadi kami singgah 'sahur' di A&W.

Wajah-wajah ceria, tidak sabar untuk terbang pulang bertemu keluarga.
Nano sempat mengira jarak perjalanan darat kami lebih kurang 1270 kilometer!







Jom balut beg. Bukan apa. Takut pecah dan terburai isi sebab terlalu padat. Maklumlah segala macam yang dibeli sumbat saja di dalamnya. Lepas itu, mulalah bertawakal. Kalau diminta buka di imigresen, dan dikenakan bayaran, maka bayar sajalah!


Maka terbanglah kami selama dua jam dari Bandara Soekarno Hatta ke Bandara Kuala Lumpur.

Sumber : Google



15 ulasan:

  1. Padahal 2 jam je kan from KL?. Tapi entah bila dapat melawat sahabat handai saya di JKT. Nanti Ammi cerita lagi yg indah2 biar makin semangat sy nak pegi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, tak lama dalam penerbangan. Boleh selalu terbang ke Jakarta.

      Padam
  2. x sempat erk jumpa wak kat sana., hehe

    BalasPadam
  3. Mujurlah bagasinya tak beranak Kak Amie hehe ..
    Pernah terbang dari Bandara Soekarno Hatta ni ke KLIA juga :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beranak PH. Semuanya beranak-anak hahahaha.

      Padam
  4. beg dari 2 beranak jadi 4 ke jadi 5 hhhehhehe

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. Ada juga Kak PI. Memang beg penuh hihihiii.

      Padam
  6. Saran saya kalo ke JKT lagi, jangan pilih hari Jumat siang kalo nak ke bandara Soetta 😂. Mengerikan itu.

    Makanya saya lebih suka Rabu, atau Kamis.

    Sabtu Minggu sebenerny oke traffic, tapi mahaal tiket 😄

    Semoga pengalaman traveling kak Amie ke sumatera dan Jakarta ini benar2 berkesan yaa, dan tak kapok untuk balik lagi 😊. Doakan juga saya bisa ke Sabah Serawak nantinya ☺️

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oooo... begitu ya. Syukurlah kami keluar awal pada hari Jumaat itu. Tidaklah kecut perut berhadapan dengan macet!
      Memang tak pernah kapok kalau jalan-jalan. Seronok sebenarnya jika ada cabaran. Ada rezeki memang akan datang lagi ke Jakarta atau Bandung sebab mahu cari pisang bolen Kartika Sari yang sangar sedap itu.
      Semoga impian Fanny untuk ke Sabah dan Sarawak akan tercapai suatu hari nanti.

      Padam
  7. Bila travel, balik beg beranak baru puas hati kan kak 😁

    BalasPadam