Pages

Rabu, 13 Disember 2023

Sambal Kentang & Tempe

Bismillahirrahmanirrahim.
Firdaus hendak makan kentang.
Encik Suami hendak makan peria.
Kita hendak makan tempe.

Penyelesaiannya, masak sekali harung ketiga-tiga bahan menjadi sambal ditambah udang dan petai. Hasilnya, sudah tentu semua dapat makan bahagian masing-masing dalam satu hidangan. Hendak tulis nama resipi Sambal Kentang & Tempe Campur Peria, Udang dan Petai.... aduhai! Panjang sangat nak baca. Jadinya, namakan saja Sambal Kentang & Tempe.

Sambal Kentang & Tempe



Resipi Sambal Kentang & Tempe
Bahan-bahan:
  • 2 cawan kentang yang dipotong dadu - goreng hingga kuning keemasan - angkat -toskan
  • 2 cawan tempe yang dipotong dadu - goreng hingga kuning keemasan - angkat - toskan
  • 2 cawan hirisan peria katak
  • 1 cawan isi petai dipotong dua
  • 1 cawan isi udang segar
  • 1 sudu kecil pati asam jawa
  • 1/2 cawan minyak
  • garam / gula / perasa pilihan
Bahan kisar:
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 2 sudu besar udang kering - rendam hingga kembang
  • 10 tangkai cili kering
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  3. Masukkan pati asam jawa, udang, peria dan petai.
  4. Gaul rata sehingga peria dan petai berubah warna.
  5. Taburkan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
  6. Masukkan kentang goreng dan tempe goreng.
  7. Gaul sebati.
  8. Padamkan api dapur.

Sambal Kentang & Tempe

Biasanya jangka hayat sambal begini memang tak panjang. Masak sebelah pagi, petang sudah licin!

15 ulasan:

  1. saya pun suka masak jenis yang campur2 camni, ni amie masak mmg tak pernah tak kelihatan dan pasti sedap

    BalasPadam
  2. Senang cerita…bila dah letak peria tu Firdaus makan ke tidak kentangnya? Takut terbantut selera

    BalasPadam
  3. Boleh try versi letak peria lepas ni. Nampak sedap...

    BalasPadam
  4. All in.. senang macam ni sedap pulak tu.

    BalasPadam
  5. haha... mudah campurkan semua je.. benda boleh buat kenapa nak susah-payah kan kak amie??? begitulah kita mak-mak ni kena mmg selalu thinking out of the box yg x menyusahkan diri kita sendiri

    BalasPadam
  6. senang camni kan ka.amie ..semua dapat merasa..yumms

    BalasPadam
  7. senang keje kak sekali harung confirm sedap ni

    BalasPadam
  8. Tambah sedap kak ada udang dan petainya๐Ÿ‘

    BalasPadam
  9. sedapnya kak cuma ada peria semua gabungan rasa ada

    BalasPadam
  10. Hahahahah pandai, sekali masak, 3 selera terpenuhi ๐Ÿ˜„๐Ÿ‘๐Ÿฟ. Saya jadi nak masak menu ini juga

    BalasPadam
  11. Haa senang macam ni menu 3 in 1 sekali masak, semua dapat bahagian fav masing-masing.

    BalasPadam
  12. Bijak bijakkkk! Sekali jalan terus kan kak! heehehehe

    BalasPadam
  13. Rasa nak minta ja sikit ....kalau la dekat...hihihi

    BalasPadam