Pages

Rabu, 15 November 2023

Nasi Daging Air Asam Kerisik

Bismillahirrahmanirrahim.
LD mendung, hujan dan terus gelap-gelita.
Namun di dapur, semerbak aroma Nasi Daging memenuhi ruang sehingga tembus ke ruang tamu!

Petang ini Amie masak menu orang utara iaitu Nasi Daging. Tentu Mama Cella pakar betul kalau masak nasi daging. Maklumlah, asal-usulnya nasi daging ini dipercayai datangnya dari negeri Kedah. Dengar khabarnya Mama Cella anak-beranak sedang berterbangan di Borneo dan sekarang berada di Kuching. Selamat bercuti Mama Cella sekeluarga.

Oleh kerana terdapat pelbagai cara olahan nasi daging di media sosial, Amie masak ikut mana yang mudah dan menepati selera kami. Amie pernah masak Nasi Daging di sini: RESEPI NASI DAGING YANG SEDAP!

Nasi Daging Air Asam Kerisik

Amie gunakan daging segar bahagian peha. Memang terasa manisnya apabila direbus, dan sebahagian kuahnya Amie jadikan sup. Sewaktu merebus, Amie tambahkan hirisan halia, bawang putih dan bawang besar.

Nasi Daging

Resipi Nasi Daging
Bahan-bahan:
  • 2 cawan beras basmathi - rendam 20 minit 
  • 350 gram daging lembu segar bahagian peha - potong dadu 
  • 2 cawan air rebusan daging
  • 1/2 cawan susu cair
  • rempah empat sekawan - kulit kayu manis - 3 biji buah pelaga - dua kuntum bunga lawang - 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 halia - hiris halus
  • 3 ulas bawang putih - hiris
  • 1 labu bawang besar - hiris
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • 1 sudu besar rempah briyani - boleh kurangkan jika tidak sukakan rasa rempah yang kuat
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 2 helai daun pandan - siat dan simpul
  • garam / perasa pilihan
Cara memasak:
  1. Rebus daging bersama sedikit hirisan halia, bawang putih dan bawang besar. Biarkan masak sehingga empuk. 
  2. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. 
  3. Tumis rempah empat sekawan bersama bawang putih, bawang besar, halia, daun pandan, rempah kurma dan rempah briyani hingga terbit aroma.
  4. Sementara itu, toskan beras basmathi dan masukkan ke dalam rice cooker bersama 2 cawan air rebusan daging.
  5. Kemudian masukkan bahan tumis disertai dengan susu cair dan garam / perasa pilihan secukupnya.
  6. Masukkan daging rebus. Kacau beberapa kali dan tutup periuk.
  7. Biarkan sehingga nasi masak.
Sup & Air Asam Kerisik

Air Asam Kerisik

Resipi Air Asam
Bahan-bahan:
  • 10 tangkai cili padi
  • 7 tangkai cili padi - hiris
  • 2 sudu kecil serbuk belacan
  • 1 sudu besar kerisik
  • 1 labu bawang besar - hiris
  • 1 biji tomato - hiris
  • 5 hiji limau kasturi - perah jusnya
  • 2 sudu kecil pati asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air masak
  • garam / gula / perasa pilihan
Cara:
  1. Tumbuk cili padi dengan serbuk belacan. 
  2. Masukkan bahan tumbuk ke dalam sebuah. Tambahkan bawang, tomato, bancuhan air pati asam jawa, garam / gula / perasa pilihan, kerisik, cili padi hiris dan jus limau kasturi.
  3. Gaul sebati.

Nasi Daging

Habis licin anak beranak makan nasi daging. Firdaus pula ajak Khalid makan bersama. Oh, hari ini Firdaus masih bercuti. Encik Suami kata, macam hendak makan lagi.... ahaks! Nasi Daging sudah habis, tapi aromanya masih kekal. Naik ke tingkat atas, masih terbau! Maklumlah, aromanya terperangkap dalam rumah disebabkan hujan di luar!

19 ulasan:

  1. Sedapnya! Last sekali saya makan nasi daging ni, masa bulan puasa lepas. Terbayang-bayang kesedapannya!

    BalasPadam
  2. kena masak lagilah nampaknya tu..hehe...sedap, daging fresh..

    BalasPadam
  3. OK nak save resipi ni boleh cuba lain kali. Nampak mcm senang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang agak mudah cara olahannya. Selamat mencuba Carneyz.

      Padam
  4. Macam tak mudah nak buat patut la sedap :D

    BalasPadam
  5. Sedap-sedap masakan kakak ini, menggugah selera dan selalu ya tampilan nya cantik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.
      Mreneyoo pun tidak kurang juga, masakannya juga enak-enak belaka.

      Padam
  6. Tadi saya sempat bingung dengan kerisik. Googling dulu, dan ini semacam kelapa yang dimasak tanpa minyak Hingga kering, betul tak kak Amie?

    Tertarik sangat dengan air asam kerisik tu, nampak menggoyang lidah sangat 😍

    BalasPadam