Pages

Khamis, 30 November 2023

Makan Tengah Hari di Rumah Makan Singkarak Raya 03 Masakan Padang

Bismillahirrahmanirrahim.
Pak Herman dan Pak Rajaab dengan masakan Padang memang berpisah tiada! Kami pun tidak sempat memikirkan tentang menu makanan di setiap daerah yang kami datangi. Makan sahajalah apa yang dihidangkan untuk kami. Namun begitu, di hati berharap mudah-mudahan ada rezeki untuk berkunjung ke Jambi dan Palembang dan sudah tentu tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati air tangan atau masakan di sana selain masakan Padang.

Kali ini Pak Herman membawa kami untuk kesekian kalinya makan tengah hari hidangan masakan Padang lagi di Rumah Makan Singkaran Raya 05 yang terletak di Jl. Soekarno Hatta No.99, Talang Klp., Kec. Alang-Alang Lebar, Kota Palembang, Sumatera Selatan 30153, Indonesia.


Rumah Makan Singkarak Raya 03 Masakan Palembang


Rumah Makan Singkarak Raya 03 dibuka 24 jam dan mempunyau ruangan makan yang sangat luas. Para pelanggan boleh memilih samada makan di dalam rumah makan atau di bahagian luar.


Pada mulanya kami hendak makan di bahagian luar tetapi suhu yang agak panas, membuatkan kami kembali semula ke bahagian dalam rumah makan.

Sebahagian tempat makan di bahagian luar.



Antara lauk-pauk yang dihidangkan termasuklah ayam panggang, ikan goreng, ikan panggang, sambal hijau, gulai nangka dan ulam-ulaman.






Rendang Daging

Ulam-ulaman.

Bismillah.

Selamat menjamu selera!

Alhamdulillah.

Selesai makan, kami tunaikan solat jamak di surau yang disediakan.


Ke mana tempat tujuan selepas ini?


9 ulasan:

  1. Alhamdulillah
    Selamat menjamu selera
    Tentu enak2 juadahnya

    BalasPadam
  2. sambal hijau tu mesti ada kan, penambah selera makan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lauk wajib tu Dana. Mesti ada di mana-mana rumah makan Padang / Minang.

      Padam
  3. Masakan padang yang paling mbul suka sih paru goreng kak amie, ditambah sambal hijau dan daun singkong rebus...pake kuah dikit dan ada kol gulainya mantab

    BalasPadam
    Balasan
    1. Daun singkong rebus memang selalu kami temui di rumah makan Padang / Minang.

      Padam
  4. Masakan Padang Di kota asalnya memang sedaaap. Tapi biasanya masakan Jambi tak jauh beda dengan Padang. Makanan Palembang aja aja yg beda. Tapi saya suka juga Krn mostly olahan ikan. Saya tak terlalu suka ikan, tapi kalo diolah jadi pempek, Laksan, Burgo, celimpungan, tekwan, model, saya sukaaa kak Amie 😍😄

    BalasPadam
  5. Sambal hijau tu sampai sekarang SA x pandai buat

    BalasPadam