Pages

Khamis, 26 Oktober 2023

Keropok Ikan Segera @ Keropok Baby Kesukaan Anak Raja

Bismillahirrahmanirrahim.
Petang ini gantung periuk. Encik Suami kata tak perlu masak sebab malam nanti ada majlis bacaan Yasin dan sambutan ulang tahun di rumah kakak ipar. Jadi, santai-santai sahajalah sampai ke petang. Kalau tak makan tengah hari di luar, kami cari sahajalah apa makanan yang ada di dapur seperti roti dan telur dan bancuh secawan susu halia. 

Ada sebalang Keropok Ikan Segera, bolehlah kunyah-kunyah buat kudapan. Keropok Ikan Segera ini datangnya dari Kunak. Setiap kali beli, memang Firdaus sahajalah yang akan menghabiskannya! Kadang-kadang Firdaus pesan dengan Encik Suami supaya bawa balang keropok sewaktu ambil dia dari sekolah agama. Jadi, sepanjang perjalanan pulang, memang mengunyah sahajalah mulutnya.

Keropok Ikan Segera

Keropok saiz kecil ini dipanggil juga dengan nama keropok baby kerana tidak melalui proses pengeringan. Keropok ini hanya dibentuk, dikukus, dipotong dan disejukkan sebelum melalui dua proses penggorengan. Adunan keropok ini terdiri daripada isi ikan tamban dan sagu segar, ditambah dengan lada putih dan bawang putih, dan bukannya serbuk lada putih atau serbuk bawang putih. 

Sewaktu kembara YDPA bersama putera puterinya ke Sabah, baginda mencemar duli di gerai tuan punya Keropok Ikan Segera di Batu 5, Kampung Cenderawasih, Kunak.  Kelihatan anakanda baginda sedang makan keropok sambil memeluk balang Keropok Ikan Segera.
Sumber : FB : Suhartini Sultan

Sumber : Suhartini Sultan

Selain Keropok Ikan Segera (keropok baby) perasa original, terdapat empat perisa lain termasuk:
  • Kari
  • Pedas Manis
  • Cheese
  • Lada Hitam
Firdaus suka semua perisa!


Kali ini Amie kongsikan Keropok Ikan Segera @ Keropok Baby perisa original.

Amie pernah jadikan lauk tambahan untuk Nasi Goreng Petai.

Keropok Ikan Segera @ Keropok Baby & Ikan Bilis Goreng


13 ulasan:

  1. Sedap tu makan keropok, susah nak jumpa yang kecil2 begini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap. Keropok buatan orang Kunak, Sabah.

      Padam
  2. nampak sedap...tersenyum setiap kali tengok gambo anak raja peluk balang keropok...hihi..

    BalasPadam
  3. Uncle pun hantu keropok... Tapi brand ni tak pernah nampak kat sini....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat ini hanya di sekitar tempat kami saja yang ada.

      Padam
  4. Rasanya sama tak dengan keropok ikan Terengganu Kak Amie?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sama. Keropok Terengganu dikeringkan, tapi keropok baby tidak ada proses pengeringan.

      Padam
  5. byk perisa keropok tu....ni kalo start ngunyah , mmg ralit

    BalasPadam
  6. ahahah...siap peluk balang keropok tu ye... bertuah betul anak raja pahang ni

    BalasPadam
  7. Makan kerupuk teman makan mie goreng / rebus enak kak

    BalasPadam
  8. Ada jual mentah tak kak? Kalo nak bawa buat oleh2, tapi prefer mentah biar bisa digoreng di rumah kan 😄.

    Sebelum bw ke blog kak Amie, saya lagi baca blog teman yg baru balik dari Kalimantan, Pontianak kalo tak salah. Dan bawa kerupuk basah. Tapi bentuknya macam pempek, hanya saja di kukus, lalu makan dengan kuah kacang. Teringin pula nak coba.


    Skr terbaca keropok ikan pula 🤣😍. Rasa2nya memang saya disuruh mempercepat plan ke Kalimantan dan sekalian Sabah Serawak. Supaya bisa menikmati kerupuk2 ini 😄

    BalasPadam
  9. Memula asyik dok tengok putera raja makan keropok...Sekali nampak nasi goreng petai...ish,macam nak kena cari petai gak ni

    BalasPadam