Bismillahirrahmanirrahim.
Semenjak dua menjak ini dapur di rumah semakin malap. Kata Encik Suami, dapur kami di luar rumah. Maksudnya makan di luar terutamanya waktu pagi dan tengah hari. Waktu pagi, beli makanan untuk bekal sarapan. Waktu tengah hari, singgahlah mana-mana tempat makan. Tak kisahlah makan apa, yang penting dapat isi perut.
Hari ini kami singgah di Perdana Square. Sebenarnya tak ada selera hendak makan nasi. Jadi kami pun pilihlah makanan yang ringan-ringan sahaja tetapi tetap mengenyangkan.
|
Fried Wantan |
|
Curry Fish Ball |
|
Fried Popiah |
|
Passion Slush & Fruit Tea
|
|
Encik Suami : Kuey Teow Talang Bulang |
|
Amie : Asam Pedas Fish Head |
|
Asam Pedas Fish Head ini didatangkan bersama semangkuk mi kolok. |
|
Habis licin kuah asam pedas kepala ikan kita hirup. Kepala ikannya pun sedap, tak hancur. Rasanya kepala ikan disalut dengan tepung jagung dan kemudian digoreng. Tapi tak pasti ikan apa sebab matanya kecil. Encik Suami kata, ikan dongol. |
Owwwhhh... itu ke maksud dapur luar rumah? kah kah!
BalasPadamKah kah kah... iya betul Uncle.
PadamDapur Luar Rumah hehe. Waahh sedap2 semuanya.
BalasPadamTerima kasih dik.
PadamPortion kuey teow En. Majid macam saiz mini je.
BalasPadamNampak kecik ye Faizah. Mangkuknya yang besar sangat tu. Lepas makan kuey teow, Encik Suami kata penuh perutnya.
PadamHahahah.. kita ingat Kak Amie nak share design dapur luar rumah π€. Oh, unik pulak hidang asam pedas dengan mee kolok ek.
BalasPadamAsam pedas tu boleh pilih nak makan dengan nasi atau mi.
Padamikutkan kita smeua ada jer dapur luar rumah kak kak amie
BalasPadamBetul SA.
PadamSekali-sekala kena rehatkan juga dapur dalam rumah.
Seronok kdg2 tu bila dapur luar rumah... Hihihi... Tp skang byk dapur rumah je, sebab anak tgh membesar... Boleh bankrup kalau dapur luar rumah... ππ
BalasPadamBetul tu. Sekali-sekala saja 'berdapur luar rumah'.
PadamKalau saya ada mesyuarat dan balik lewat memang terpaksa singgah dapur luar rumah ...ahaks!
haha...pandai encik suami akak bergurau ye.
BalasPadamnampak sedap asam pedas tu. kueh tiow talang bulang tu ada telur kuning mentah ke di atas? huhu
Tak pastilah pula telur kuning mentah atau separuh masak, tapi nampak macam tak masak kan.
PadamIngatkan tgh renovate dapur, buat outdoor kitchen hehe...
BalasPadamSemua pilihan makanan tu nampak menyelerakan sungguh!
Makan waktu lapar sungguh ni PH, nampak menyelerakan kan.
Padamhe hee ingat td dapur luar rumah mcm org dulu2 di kampung
BalasPadamHahahaa... best kan dapur orang dulu-dulu, terbuka di bahagian luar.
PadamWah,sesuai nama tu...Ingatkan buat wet kitchen ....hihihi
BalasPadamItulah, nama sama tapi maksud berbeza kan Mama Cella.
PadamMemang ada masanya tiba-tiba takde mood dan idea nak memasak. Saya pun macam tu jugak hehe. Lagipun apa salahnya sekali-sekali kita sokong bisnes kedai makan dan restoran, betul tak Kak Amie? π
BalasPadamBiasanya kami makan di luar kalau tak sempat masak.
PadamSetuju! Apa salahnya sekali-sekala kita makan di luar untuk sokong bisnes kedai makan.
wow sedap semua menyelerakan
BalasPadamTerima kasih Kak PI.
PadamMungkin lepas ni dapur di luar rumah semakin tinggi kosnya
BalasPadamBetul Wak.
PadamKena cari dapur luar rumah yang rendah sikit kosnya.
Ya Allah menggoda semua makanan ini πππ€£π€£. Tapi untungnya saya dah kenyang, jadi tak sampai terliur ππ. Sedaap keliatan nya kak. Memanglah saya harus jadikan trip Sabah Serawak ini, kulinernya saya rasa sedap2 πππΏ
BalasPadamMudah-mudahan tercapai hasrat Fanny untuk travel Sabah dan Sarawak. Banyak sangat suku kaum di Malaysia Timur, dengan pelbagai budaya yang unik. Makanannya pun pelbagai. Tidak rugi berkunjung ke sini.
Padamingatkan kak.amie extend buat dapur baru kat luar rumah
BalasPadamhehehhee...
kari fish ball tu nampak sedaplah pulaπ€
cuak dah td igt kat amik buat dapur baruπ
BalasPadamsedap pula tgk kari fishball tu