Pages

Sabtu, 21 Oktober 2023

Abang Aznan Belanja Makan Kambing Bakar

Bismillahirrahmanirrahim.
Abang Aznan beritahu Encik Suami, katanya nanti sampai Tawau akan makan kambing bakar. Rupa-rupanya Abang Aznan sudah membuat tempahan untuk makan malam pada pukul 7:30 malam di Back of House - Sage.  Abang Aznan singgah di Secret Recipe untuk beli kek dan dibawa ke Back of House - Sage. Abang Aznan sudah rancang untuk sambut ulang tahun Rini, adik bongsunya di Tawau!

Nampaknya rezeki berganda untuk kami pada hari Sabtu itu. Sudah makan Sate Cocos Haji Ali sebelah petang, melimpah pula rezeki makan kambing bakar sebelah malam!

BBQ Lamb Shoulder

Birthday Cake

Selamat ulang tahun Rini. Moga sentiasa sihat, bahagia di samping keluarga tersayang dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

16 dewasa & 8 kanak-kanak memenuhi ruang makan di penjuru sebelah kiri.


Tidak semua memilih kambing. Ada yang memilih ayam, fish & chips dan juga nasi.

Masing-masing memilih makanan dan minuman yang digemari.

Nyonya Curry Noodle


Mushroom  Soup Breadbowl

Ppepperoni Pizza






Deluxe Cheese Pizza

Sour Plum

Watermelon & Mango Smoothie






Peri Lamb Saffron Rice







Egg Salted Fish & Chips

Nasi Kerabu Udang 

Nasi Kerabu Ayam


Oleh kerana anak-anak buah tahu kita suka ambil gambar makanan, jadi setiap kali datang hidangan mereka minta kita tangkap gambar. Disebabkan agak banyak menu yang dipesan, kita pun sampai tak tahu apa nama menunya!




Senarai makanan dan harganya ditampal oleh pekerja restoran di dinding tempat kami makan. Setiap kali hidangan tiba di meja, mereka akan tandakan supaya semua dapat pesanan masing-masing. Setakat ini semuanya berharga RM886.55 tidak termasuk pesanan makanan dan minuman tambahan.

Terima kasih tidak terhingga buat Abang Aznan. Semoga rezeki terus bertambah dari segenap penjuru. Mudah-mudahan ikatan kekeluargaan bertambah erat.

Malam itu, kami berangkat pulang bersama-sama setelah Abang Aznan selesai berurusan tentang hal kerjanya di Tawau. Di pertengahan jalan, Encik Suami pula yang memandu kerana Fairuz berasa letih dan hendak merehatkan diri. Keesokan paginya hendak memandu pulang ke Kota Kinabalu pula. Kami sampai ke rumah di LDU pada pukul 1:05 pagi. 

Begitulah ceritanya.
Fairuz hanya pulang untuk seketika sahaja. Kalau kami tidak jalan bersama, memang tiada masa untuk bercerita!

5 ulasan:

  1. Tadi saya hitung dlm Rp berarti 3 juta lah. Untuk hitungan 16 dewasa dan 8 anak, dan nampak menu pun besar juga enak, worth it sih harga segitu 👍👍👍. Banyak soalnya jumlah orang. Pengen juga kalo nanti kesana, saya coba makan di sana kak

    BalasPadam
  2. Wahhh...nampak sedap semua menu yang dipilih.... Best kan dapat berkumpul ramai-ramai makan bersama. Semoga kekal bahagia

    BalasPadam
  3. Menggiurkan semua menu...kambing bakar the best..Alhamdulillah, semoga bertambah rezeki Abang Aznan...

    BalasPadam
  4. menu SR Tawau lagi meriah dari menu SR kt tempat saya. Bila tengok menu2 yang famili cikgu order tu, banyak yang takde kt sini.

    BalasPadam
  5. Jauh makannya cikgu....
    Alhamdulillah...Semoga yang belanja dan yang makan juga dilimpahi rezekinya🤲

    BalasPadam