Pages

Selasa, 12 September 2023

Udang Nestum Goreng Tepung BESTARI

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini Firdaus tamat latihan choral speaking pada pukul 4:30 petang. Pagi tadi Firdaus tak mahu bawa bekal makanan. Agaknya sesekali teringin beli makanan di kantin. Jadi Encik Suami bekalkan duit sahaja. Tentu balik sekolah perut rasa lapar. 

Selepas solat asar, Amie bergegas ke dapur dan masak nasi. Teringat Firdaus suka makan udang nestum, jadi Amie pun selongkar peti sejuk dan kabinet dapur mencari bahan-bahan untuk menu kegemarannya itu. 

Ketika sedang menggoreng udang, Firdaus pun sampai ke rumah dan meluru ke dapur. Namnpak lapar sungguh dan tidak sabar untuk makan. Amie suruh Firdaus mandi dan solat asar. Sebentar nanti bolehlah makan sama-sama.

Resipi Udang Nestum ini sama sahaja dengan masakan yang lepas-lepas. Kalau sebelum ini Amie gunakan minyak sapi, tetapi kali ini Amie gunakan mentega sahaja. Udangnya pula Amie bersihkan, buang kulit dan kepala, hanya tinggalkan ekor sahaja. Rasanya lebih baiklah buang kulit sebab tak perlu makan sambil buat kerja kupas kulit udang! Kemudian Amie gaulkan udang dengan sedikit tepung BESTARI sebelum digoreng.

Udang Nestum Goreng Tepung BESTARI

Resipi Udang Nestum Goreng Tepung BESTARI
Bahan-bahan:

  • 20 ekor udang kertas - bersihkan - buang kulit dan kepala - tarik urat belakang udang
  • 7 ulas bawang putih - cincang
  • 12 tangkai cili padi Siam - hiris / cincang
  • 2 pelepah daun kari - lurutkan
  • 2 cawan serbuk nestum original
  • 1 cawan tepung goreng spicy BESTARI
  • minyak untuk menggoreng udang
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 sudu kecil gula pasir
  • 1 sudu kecil serbuk Maggi Cukup Rasa
Cara memasak:

  1. Setelah udang dibilas, toskan seketika. 
  2. Kemudian taburkan tepung goreng spicy BESTARI dan golek-golekkan sedikit supaya lekat merata.
  3. Goreng udang sehingga masak. Angkat dan toskan.
  4. Tinggalkan dua sudu besar minyak bekas gorengan udang.
  5. Tambahkan dua sudu besar mentega.
  6. Goreng bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing.
  7. Masukkan serbuk nestum dan kacau sebati.
  8. Seterusnya masukkan udang.
  9. Tambahkan satu sudu kecil serbuk Maggi Cukup Rasa dan satu sudu kecil gula pasir.
  10. Gaul rata dan padamkan api dapur.


Kalau sudah namanya udang, orang kata masak apa pun sedap. Bertambahlah sedapnya kalau masak Udang Nestum Goreng Tepung BESTARI. Bertambahlah kelazatannya apabila udang sudah tidak berkulit. Tak perlu kupas kulit sewaktu makan. Bismillah, dan terus suap ke mulut!


12 ulasan:

  1. saya pun suka gunakan tepung bistari. goreng tempe, goreng udang, goreng roti semua nak dicelup dalam tepung bistari

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senang kan MY. Tak perlu tsmbsh perasa lain.

      Padam
  2. Nampak sedap. Bau dia mesti wangi kan?

    BalasPadam
  3. Saya pernah makan ini pas di Malaysia, tak pernah masak sendiri 😅. Memang sedap, ada rasa pedas dikit, dan manis gurih. Pada dasarnya saya suka sangat udang kak. Jadi mau diolah macam manapun bagi saya tetap sedap. ❤️🤤

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, ada rasa pedas dan manis. Mengolahnya pun cukup mudah. Tidak perlu banyak bahan.

      Padam
  4. mesti harum masa menggoreng tu kak, seronokla Daus ya

    BalasPadam
  5. aduyai, bertabah le saya ni x boleh makan udang allergy huhu

    BalasPadam
  6. Lauk kegemaran Daus, mesti tak sabar dia nak makan. Betul juga cakap kak Amie tu. Senang kerja nak makan tak ada kulit. Boleh tiruvasi cara kak Amie. hihi...

    BalasPadam
  7. Fav Dania ni kak amie..SA nak buat la..tapi dia lebih suka sotong..nanti nak cuba buat udang..dia makan x..

    BalasPadam