Pages

Selasa, 19 September 2023

Ikan Bilis Segar Goreng Tepung BESTARI

Bismillahirrahirrahmanirrahim.
Ikan Bilis Segar Goreng Tepung BESTARI ini cerita minggu lepas. Hari ini baru sempat untuk dijadikan entri. Tidak ada aktiviti masak-masak petang tadi. Dua hari kita tumpukan perhatian menyiapkan bahan untuk bengkel teknik menjawab SPM. Kita lupakan dapur untuk seketika. Alhamdulillah, bengkel berjalan lancar bermula dari pukul 7:15 sehinggalah pukul 12:15 tengah hari. Rehat selama setengah jam pada pukul 9:15-9:45. Turut sama hadir bengkel ialah murid-murid dari Sekolah Menengah Sains LD.

Sebelah petangnya pula menghadiri in house training untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK). Seorang rakan guru PJK naik pangkat menjadi penolong pegawai pendidikan daerah, jadi tiada guru pengganti. Mata pelajaran PJK yang diajarnya dibahagi-bahagikan kepada lima orang guru yang bukan opsyen PJK termasuklah kita. Mudah-mudahan kami dapat ilmu baharu untuk diaplikasi dalam kehidupan. Belek-belek buku teks PJK, banyak sangat info terkini tentang dunia kesihatan yang kami tidak ikuti atau terlepas pandang.

Sampai di rumah, terus rebahkan diri. Badan terasa longlai, dan betis pula terasa kejang. Rupanya tidak sedar, bergerak ke sana ke mari dari awal pagi dan berdiri hampir lima jam ketika mengendalikan bengkel. Peluh meleleh di muka, baju pula terasa kuyup! Tak sedar, berjam-jam dalam keadaan panas di dalam kelas. Walaupun ada kipas siling, tapi kita berdiri agak jauh dari kipas.

Hari ini kami makan di luar.

Berbalik cerita Ikan Bilis Segar Goreng Tepung BESTARI yang sudah wassalam (pinjam perkataan dari SK), itu kita jadikan lauk tambahan makan nasi goreng. Nasi goreng ini pun ada ceritanya juga. Nasi sejuk sudah terkumpul sedikt-sedikit selama beberapa hari dalam peti sejuk. Kita pun tidak sempat untuk goreng di pagi hari, jadi kita goreng waktu tengah hari. Kira jadi hidangan tengah harilah pula. Tidaklah berlaku pembaziran nasi. Dapatlah jimatkan beras yang semakin naik harganya sekarang ini.

Ikan Bilis Segar Goreng Tepung BESTARI.

Ikan bilis segar ini kami beli di Eco Fresh Sri Perdana. Sekilogram berharga RM8.00. Biasanya ikan bilis segar begini sedap dijadikan 'kilau'. Boleh makan dengan nasi atau putu. Tapi Encik Suami minta goreng dengan tepung. Kita pun gorenglah dengan tepung BESTARI tapi tambah beberapa bahan lain.

Nasi goreng ini Amie tambahkan perencah Nasi Goreng ADABI. Bahan perencah lain untuk memeriahkan nasi goreng termasuklah kacang panjang, lobak merah dan jagung. Kita memang suka masukkan kacang panjang lebih sikit. Oleh kerana terlupa hendak jadikan telur sebagai perencah, jadi Amie dadarkan saja telur jadi rakan kongsi ikan bilis goreng sebagai peneman nasi goreng.

Ikan Bilis Segar Goreng Tepung BESTARI & Telur Dadar


Nasi Goreng Adabi, Ikan Bilis Segar Goreng Tepung BESTARI & Telur Dadar

Ikan Bilis Segar Goreng Tepung BESTARI

Resipi Ikan Bilis Segar Goreng Tepung BESTARI
Bahan-bahan:

  • 500 gram ikan bilis segar - bersihkan - tos
  • 1 cawan tepung BESTARI
  • 5 helai daun ketumbar jawa - hiris
  • minyak
  • garam / perasa pilihan
Bahan kisar / tumbuk:
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • 1 cm halia
Cara memasak:
  1. Gaul ikan bilis dengan bahan kisar, daun ketumbar dan garam / perasa pilihan.
  2. Lumurkan dengan tepung BESTARI.
  3. Goreng sehingga kuning keemasan.
  4. Angkat dan toskan.

5 ulasan:

  1. Terserlah kesegaran ikan bilis tu..lutsinar kemeraha & mata masih bersinar.pasti manis dan segar juga isinya.
    Kat sini ada juga jual di labelkan sebagai " Bilis Tembaga" tapi dah pecah la perutnya.Cuma sesekali teringin beli la juga ...

    BalasPadam
  2. Tepung Bestari ini mungkin tepung serbaguna kalo di Indonesia ya kak. Yang untuk gorengan kan yaa. Saya nak coba buat ikan bilis goreng ini. Dulu rasanya mama sering buat, zaman kami kecil. Tapi dulu saya tak suka ikan. Ntah kenapa setelah besar baru mulai rasa suka 😁

    BalasPadam
  3. Favourite nasi goreng letak kacang panjang. krup krap krup krap rangup. Lama juga tak masak nasi goreng guna perencah nasi goreng. Ikan kecil-kecil ni goreng tepung, rangup betul.

    BalasPadam
  4. Ikan bilis segar goreng tepung, mesti krup krap krup krap bila dikunyah.

    BalasPadam
  5. Ni mesti sedap krup krap bila masuk mulut ni...dh la segar plak tu..

    BalasPadam