Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini 19 September 2023, genaplah usia anak bujang ketiga kami, Fairuz mencapai usia 22 tahun. Amie orang terakhir ucapkan selamat ulang tahun kepadanya. Kesibukan dengan tugas hakiki dan mengendalikan bengkel teknik menjawab soalan SPM, benar-benar membuatkan Amie terlupa.... maafkan Mommy dik!
Selepas solat isya, Encik Suami hendak bervideo call dengan anak-anak tetapi Fuad pula sedang menghadiri makan malam bersama pengarahnya. Fairuz pula sedang dalam perjalanan melepasi bukit di Kimanis menuju ke Kota Kinabalu selepas menghantar bekalan ikan ke Keningau. Lebih kurang pukul sembilan malam barulah kami dapat bersama-sama berkumpul secara maya. Itu pun Encik Suami meminta Fairuz berhenti dahulu di tepi jalan (di Kota Kinabalu).
Blueberry Cheese Cake untuk Fairuz. |
Semoga Allah memberi keberkatan di sepanjang usiamu dik. Mudah-mudahan segala usahamu mencari rezeki dengan tulang empat kerat sentiasa disertai dengan rasa syukur. In syaa Allah bertambah rezekimu atas usaha gigih yang dilakukan.
Firdaus tukang potong kek sempena ulang tahun Fairuz. Kecil comel saja keknya, cukuplah untuk kami makan bertiga!
Mudah-mudahan tercapailah hasrat untuk berjaya dalam pekerjaan membekalkan ikan. Banyakkan menimba ilmu dan mengumpul pengalaman. Doa Mommy dan Baba sentiasa mengiringimu. Kami sangat menyayangimu, begitu juga Abang Farid, Fuad dan Fairuz.
Beruntungnya kak Amie dikaruniakan anak2 lelaki yang baik, sopan, dan gigih dalam bekerja. Semoga doa kak amie dan keluarga untuk Fairuz dikabulkan. Semoga Fairuz mendapat perlindungan sentiasa, dipanjangkan umur dan kesehatan selalu
BalasPadamSemoga Fairuz sentiasa berada dalam rahmatNya.
BalasPadamSeronoklah Firdaus blh potong cake on behalf of abang
HB Fairuz...Semoga sentiasa dalam limpah rahmat kasih sayang Allah...
BalasPadamUntung jadi Daus..walaupun dalam 4 beradik hanya dia bukan dalam September kan?
Tapi dapat jadi wakil potong kek..ðŸ¤
Selamat ulang tahun Fairuz ke-22. Semoga dipanjangkan usia dengan segala kebaikan dan dilimpahi rezeki dengan segala keberkatan. Aamiinn...
BalasPadamMacam biasa Daus wakil tuan punya birthday potong kek. hihi...Fairuz sama macam anak buah saya. Tetaplah panggil adik walaupun ada adik sorang. Sebab dari kecil dah biasa dengan panggilan adik kan.
Selamat hari lahir, Fairuz. Semoga suatu hari nanti Fairuz akan jadi tauke ikan yg disegani, sihat dan sejahtera selalu hendaknya, Amiiinnnn YRA.
BalasPadamSanah Helwah Firdaus!
BalasPadamMudah-mudahan tercapai segala hajat dan cita²nya aamin 🤲
Selamat ultah untuk ananda Fairuz. Semoga panjang umur, sehat, sukses selalu, dan bertambah soleh.
BalasPadamSelamat hari lahir Fairuz.
BalasPadamSemoga sihat, mendapat umur yang berkat dan dipermudahkan segala urusan.
Selamat ultah buat abang Fairuz.semoga selalu dalam perlindungan yang maha kuasa...
BalasPadamHappy belated birthda buat Fairuz, moga sentiasa dalam lindungan yang maha ESa, dan sukses dalam pekerjaannya
BalasPadamHappy belated birthday Fairuz...
BalasPadam