Pages

Selasa, 22 Ogos 2023

Resipi Ayam Goreng Kunyit

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini menjemurkan diri di tengah padang menjadi ketua hakim lempar cakera. Kejohanan Olahraga Tahunan bermula pada hari ini, selama tiga hari sehingga hari Khamis. Rasanya setelah dipanggang cahaya matahari, pada hari ketiga nanti, hanya nampak warna gigi sahajalah.... ahaks!

Apabila lewat balik ke rumah, dan tidak banyak masa untuk masak, eloklah pilih menu masakan yang mudah dan ringkas serta cepat disiapkan. Masak sekali harung seperti Ayam Goreng Kunyit. Hanya tambahkan sayur-sayuran sahaja.

Ayam Goreng Kunyit


Resipi Ayam Goreng Kunyit
Bahan-bahan:

  • 2 kepingan ayam bahagian peha - potong kecil 
  • 1/2 batang lobak merah - buang kulit - potong memanjang
  • 5 batang kacang panjang - potong 3 cm panjang
  • 1 cawan hirisan brokoli
  • 1 labu bawang besar - potong wedges
  • 3 ulas bawang putih - pecahkan
  • 10 tangkai cili padi - hiris
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • minyak
  • garam / perasa pilihan - Maggi Cukup Rasa
Cara memasak:
  1. Perap ayam dengan serbuk kunyit dan sos tiram. Ketepikan selama 15 minit.
  2. Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam sehingga masak. Angkat dan toskan.
  3. Tinggalkan 4 sudu besar minyak bekas gorengan ayam tadi dalam kuali.
  4. Tumis bawang besar , cili padi dan bawang putih hingga terbit aroma.
  5. Masukkan brokoli dan lobak merah. Tutup kuali. Setelah brokoli dan lobak merah lembut, masukkan pula ayam goreng bersama kacang panjang
  6. Gaul rata.
  7. Tambahkan Maggi Cukup Rasa.
  8. Gaul beberapa kali, dan setelah kacang panjang berubah warna, padamkan api dapur.


15 ulasan:

  1. Cepat dimasak, sedap dimakan ni, Kak Amie. Nak cuci pinggan pun tak banyak.

    BalasPadam
  2. Petang tadi saya keluarkan brokoli dgn cauliflower dari peti sejuk tapi lepas tu simpan balik sebab takde idea nak masak apa. Terima kasih Kak Amie kongsi resepi ayam goreng kunyit, terus ada idea nak masak apa utk tengahari esok 😊

    BalasPadam
  3. Wah, tampak lezat sekali kuliner satu ini. Lain waktu mesti coba nih resepi kat rumah :)

    BalasPadam
  4. Ijin saya save resepnya mbak.. istri saya rajin masak. Siapa tau bisa masakin. 😁😁

    BalasPadam
  5. Lauk simple tp paling laku kan

    BalasPadam
  6. Kadang yang ringkas ni lah yang menambah2 nasi.

    BalasPadam
  7. Simpel..sudah ada sayuran sekaligus lauknya..

    BalasPadam
  8. Memang plan nak masak ayam goreng kunyit ni utk dinner mlm nanti :)

    BalasPadam
  9. Thank youuuu resepnya kak Amie ❤️. Saya sejak asisten masak resign, mau tak mau masak sendiri. Skill masak tak lah bagus sangat, makanya saya sukaaa kalo dapat resep yg simple dan tak susah macam nih. Dan lagi dia menggabungkan protein dan sayur sekali. Jadi masak tak perlu 2 macam 😄😄. Hemat tenaga hahahah. Nanti saya nak coba resep nya☺️👍

    BalasPadam
  10. Kak Amie masak yang ringkas gini pun nampak sedap sangat tau 😀

    BalasPadam
  11. lauk simple mcmni dilawankan dengan sambal belacan boleh bertambah makan kak jadinya

    BalasPadam
  12. favourite saya..bila masak ni, mesti saya match kan dgn sambal belacan..ada ni tak pandang lauk lain...

    BalasPadam
  13. saya nak buat jualan laa resepi kak amie ni. nnt boleh pakai lori pulak jual nasi + ayam goreng kuniy + kicap + sambal belacan ;-)

    BalasPadam
  14. Menu paling cepat dan menyelerakan. Selalu juga masak menu macam ni sebab nak cepat masak bila perut tengah lapar tak boleh bawa bincang.

    BalasPadam