Pages

Ahad, 13 Ogos 2023

Pengamal Diet Keto Mesti Cuba Keto BBQ Sauce & Keto Avocado Salad Dressing with MCT Oil Dalam Hidangan Harian!

Bismillahirrahmanirrahim.
Kali ini Amie berkongsi cerita tentang diet keto. Diet keto sesuai diamalkan oleh mereka yang mempunyai rekod perubatan normal terutamanya paras gula dalam darah dan kolesterol. Ini disebabkan pengamal diet keto perlu mengambil makanan yang mengandungi lemak yang sangat tinggi dan karbohidrat yang sangat rendah. Ia berbeza dengan jenis diet lain yang mengelakkan pengambilan lemak. Jumlah kalori yang perlu diambil setiap hari untuk pengamal diet keto ialah:
  • 70-75% lemak
  • 20% protein
  • 5% karbohidrat
Dengan disiplin pemakanan yang disebutkan di atas, tubuh pengamal diet ini akan memasuki fasa ketosis. Ketosis merupakan fasa apabila seseorang itu tidak mengambil sebarang karbohidrat atau mengambil karbohidrat dengan jumlah yang sangat terhad. Sekiranya seseorang itu kurang mengambil karbohidrat, maka tubuh badan akan mula membakar lemak sebagai sumber tenaga tubuh.

Diet keto bertujuan untuk membantu menurunkan berat badan. Selain itu, banyak manfaat lain diperolehi sekiranya mengamalkan diet keto. Bagaimanapun pengamal diet keto mesti mengetahui jenis-jenis makanan yang boleh diambil dan ditinggalkan semasa mengamalkan diet ini serta memahami kelebihan dan kekurangan serta risiko sampingannya.

Menu Tengah Hari Diet Keto 

Bagaimana cara untuk memudahkan kita mengolah masakan dan menghidangkannya dengan sempurna : pengambilan lemak yang sangat tinggi dan karbohirat yang sangat rendah? Sudah tentu kita akan tercari-cari bahan masakan yang mesra keto. Di sini Amie kongsikan Keto BBQ Sauce dan Keto Avocado Salad Dressing with MCT Oil yang Amie gunakan untuk olahan makanan tengah hari kami. Bahan-bahan tersebut Amie beli secara online di ketogrocer.my

Sumber : KETO GROCER

Keto BBQ Sauce & Keto Avocado Salad Dressing with MCT Oil


Keto BBQ Sauce mengandungi sedikit karbohidrat dan tiada gula tambahan. 
Ia sesuai untuk dijadikan pemerap  hidangan seperti ayam, daging dan sayur-sayuran dan sedap menjadi pencecah. Keto BBQ Sauce mmesra keto, dan melengkapkan diet ketogenik tanpa menjejaskan rasa. Jumlah karbohidrat hanya 1 gram dalam stiap hidangan. 
Mempunyai perisa BBQ klasik kerana dihasilkan dengan campuran rempah BBQ tradisional, dengan aroma asap dan rasanya manis-manis manja.

Sos serba guna ini diperbuat daripada pes tomato, cuka epal, mustard dijon, garam laut, lada hitam, bawang besar, bawang putih, kayu manis, sos keto worcestershire, rempah-rempah, tamarind, ekstrak stevia, erythritol, garam Himalaya dan gula xanthan.

Sayap Ayam Panggang Keto BBQ Sauce

Resipi Sayap Ayam Panggang Keto BBQ Sauce
Bahan-bahan:
  • 7 ketul sayap ayam - potong dua
  • 1 batang serai - potong dua - ketuk
  • 3 ulas bawang putih - tumbuk
  • 2 cm halia - tumbuk
  • 1 sudu kecil lada putih - tumbuk
  • 2 sudu besar minyak
  • 4 sudu besar Keto BBQ Sauce
Cara:
  1. Dalam sebuah bekas, masukkan sayap ayam.
  2. Masukkan kesemua bahan dan gaul rata.
  3. Perap selama 30 minit.
  4. Panggang di dalam air fryer selama 25 minit (atau sehingga masak) dengan suhu 180'.
Buah Avovado

Sementara menunggu Sayap Ayam Panggang Keto BBQ Sauce masak, Amie sediakan pula salad sebagai pelengkap. Amie pilih buah avovado sebagai salah satu bahan untuk djadikan salad.. Buah avocado sesuai dijadikan bahan makanan untuk pengamal diet keto kerana avocado termasuk dalam kategori buah rendah karbohidrat.

Belah buah avocado, buang biji, kupas kulit dan potong ikut cita rasa.


Inilah antara bahan salad yang Amie gandingkan untuk dinikmati bersama sayam ayam panggang iaitu:
Green Cos Lettuce
Tomato Cherry
Avocado
Lobak Merah
Keto Avocado Salad Dressing with MCT Oil

Keto Avocado Mayo Salad Dressing with MCT Oil

Keto Avocado Mayo Salad Dressing ini dirumus khas dengan minyak MCT. MCT Oil ialah ekstrak daripada kelapa berkomposisi dari asid kaprilik (C8) dan asid kaprik (10). MCT Oil ialah fat burner yang membakar lemak dan menggunakan lemak sebagai sumber tenaga. Keto Avocado Mayo Salad Dressing ini mengandungi karbohirat yang sangat rendah. Ia boleh juga digunakan untuk memerap daging selain menuangkannya ke dalam coleslow, salad ayam, tuna, pasta, telur dan sebagainya. Kandungan bahan Keto Avocado Mayu Salad Dressing ini termasuklah minyak zaitun, minyak MCT, kuning telur, cuka, avokado, erythritol, ekstrak stevia, gaaram laut, serbuk bawang putih, Vitamin C, asid sitrik, gum Xanthan.

Sayap Ayam Panggang Keto BBQ Sauce

Setelah selesai menyediakan bahan untuk dijadikan salad, Ayam Panggang Keto BBQ Sauce pun masak. Bolehlah dihidangkan panas bersama salad yang segar. Sedaplah pula Sayap Ayam Panggang Keto BBQ Sauce. kalau boleh Firdaus hendak makan semua.... ahaks!

Menu Diet Keto (Tengah Hari) : Sayap Ayam Panggang & Salad

Keto BBQ Sauce & Keto Avocado Salad Dressing with MCT Oil

Jangan lupa dapatkan Keto BBQ Sauce & Keto Avocado Salad Dressing with MCT Oil  di Keto BBQ Sauce 150ml – Halal, Sugar Free dan Keto Avocado Salad Dressing with MCT Oil – 150ml. Selain dua bahan yang Amie kongsikan dalam entri ini, banyak lagi bahan lain yang mesra keto boleh di dapati di KETO GROCER.

8 ulasan:

  1. seriously menu ni sedap. jenis yg saya sgt suka. maybe i shud try this diet. nanti cari more info about this diet

    BalasPadam
  2. Uncle tak pernah jumpa lagi brand ni...

    BalasPadam
  3. Alhay, saya tidak gemuk, hingg tidak perlu diet. Sebab, pola makan saya semaunya ajah

    BalasPadam
  4. kt supermarket ke beli ni kak? jarang nmpk ni atau sy je yg x perasan.. hehehe

    BalasPadam
  5. Badan saya kurus kak...kalau diet tambah kurus lagi..😀.yg penting makan sehat aja deh..tapi liat menunya kayaknya lezat dan menggugah selera yaa

    BalasPadam
  6. Badan SA?macam seram aje nak citer sekarang ni..hahaha..tunggu la lepas kahwen nanti start diet semula..org sebelom kahwen diet kan..hahahaha...

    BalasPadam
  7. Wahhh.. Kak Amie tgh buat diet keto ke tu.

    BalasPadam
  8. Senang dah ada sos perapan tu. Mesti sedap. Tak lah boring makan menu diet. Kak Amie tengah diet keto ye. Semoga terus konsisten dan berhasil. Nak diet keto ke IF ke kalau dah dapat rentaknya memang seronok. Mula mula je dia macam bermain dengan perasaan.

    BalasPadam