Bismillahirrahmanirrahim.
Salah satu kerepek yang terselit di antara kuih raya pada Hari Raya Aidil Fitri lepas ialah Kerepek Jejari Ketam. Inilah kerepek terlaris di rumah kami setiap tahun apabila menjelang raya. Seminggu selepas raya, Firdaus mencari Kerepek Jejari Ketam dalam balang di dapur tetapi sudah habis. Diajaknyalah Encik Suami pergi ke kedai beli dua bungkus jejari ketam. Firdaus minta Amie buat lagi Kerepek Jejari Ketam.
Hari berganti hari, minggu berganti minggu dan bulan Syawal terus menghilang sehinggalah menjelma bulan Zulhijjah. Setiap kali Firdaus tanya tentang jejari ketam itu, Amie kata nantilah Mommy buat kerepek. Sehinggalah pagi tadi, akhirnya Firdaus keluarkan sebungkus jejari ketam, nyahbeku dan siat-siat. Setelah siap, diunjukkan kepada kita: Nanti Mommy goreng ya.
Kita pun gorengkanlah Kerepek Jejari Ketam. Bukanlah susah sangat pun. Tak sampai berapa minit, sudah siap Kerepek Jejari Ketam!
Kerepek Jejari Ketam |
Kerepek Jejari Ketam |
Firdaus kata, separuh Kerepek Jejari Ketam akan dibawa ke sekolah. Katanya lagi, hendak makan dengan kawan-kawannya. Jadi Amie suruh Firdaus masukkan dalam balang dan tutup rapat-rapat supaya tidak masuk angin. Seronok sungguhlah Firdaus dapat makan kerepek idamannya.
Teringat ada satu bungkus lagi jejari ketam dalam freezer. Harap Firdaus terlupa!
Issshhhh! Malas betul Mommy Daus kan.
Ada rasa ketam erk
BalasPadamRasa perisa ketam Wak.
PadamSaya baca tajuk tertanya-tanya bagaimana rupanya.
BalasPadamSenang hendak goreng tapi kena carik itu yang ambil masa.
Betul, ambil masa untuk carik-carik.
PadamFirdaus hendak makan, jadi dia pun rajinlah mencariknya.
hahaha betullah , kadang bahannya dah berkurun beli tapi takada kerajinan nak buat . tunggu mood sampai baru jadik kan hahha
BalasPadamHahaaa... jahat sungguh kan 'mood' kita!
PadamMungkin karena warna nya mirip ketam atau kepiting ya kak..wah Firdaus baik banget berbagi keripik jari ketam😘
BalasPadamYa warnanya mirip merah ketam, isinya ditambah perisa ketam.
PadamMommy Daus kena beli air fryer sebijik kot, jadi Firdaus boleh buat sendiri je kerepek jejari ketam 😅
BalasPadamPernah guna air fryer untuk buat kerepek ketam ini, tapi tak sedap.
PadamGoreng dengan minyak juga yang sedap.
Dah dapat makan tu mungkin Daus lupa sebungkus lagi hehehe
BalasPadamSy selalu nampak posting tentang kerepek jejari ketam ni, tapi sy sama macam Kak Amie, malas! Hahahaha.
BalasPadamSampai Firdaus dah carik-carikkan baru menjadi kerepek jejari ketam. hihi..Ini kalau makan, sekejapan habis.
BalasPadamMemang betul dia nak la tu kak amie sampai dia sendii yang carik carikkan jejari ketam tu
BalasPadam