Pages

Jumaat, 28 Julai 2023

Kari Kambing VS Kari Ikan Tenggiri

Bismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin Fairuz tiba ke LD dari Kota Kinabalu. Hari ini sepupunya melangsungkan pernikahan. Itu sebabnya Fairuz pulang untuk turut sama meraikannya. Sebelum sampai ke rumah Fairuz telefon, Mommy hendak makan apa? Kita yang masih mamai-mamai dari mimpi, tak dapatlah hendak beritahu hendak makan apa. Selera itu makan belum kunjung datang.

Sampai di rumah, Fairuz ajak makan tapi dia tak makan sama sebab sudah makan! Firdaus pula ikuti latihan Choral Speaking. Jadi, makan berdua sahajalah dengan Encik Suami.

Fairuz beli nasi arab dari Restoran Rumpun Selera. Dibelikannya lauk kari kambing dan dua keping kari ikan tenggiri.

Nasi Arab Rumpun Selera


Nasi Arab

Keropok Papadom

Kari Kambing

Kari Ikan Tenggiri

Acar Timun

Fairuz buatkan air sirap limau.


Apabila terbau aroma kari, tiba-tiba rasa sangat berselera untuk makan. Kari ikan tenggiri ala mamak memang sangat sedap! Kari kambingnya pun sedap sama. Terima kasih Fairuz belanja makan Nasi Arab.

Ummi Syazana, sepupu Fairuz selamat diijabkabulkan.


6 ulasan:

  1. Kalau wak tentulah pilih kari kambing

    BalasPadam
  2. Cantik kak tampilan di atas piring...kayaknya saya pilih kari ikan..lebih sehat aja 😀

    BalasPadam
  3. Sy tak pernah makan nasi arab dgn kari ikan, mgkin boleh cuba lain kali. Cantik pengantinnya, Kak Amie.

    BalasPadam
  4. Telan air liur pula baca cerita kari di awal pagi... selamat pengantin baru puan ummi shazana & suami... dh bertukar title cik ke puan ye

    BalasPadam
  5. Rupa paras nasi arab tu menarik dan menyelerakan. Bila fairuz ada dirumah, maknanya adalah tukang pembuat air sedap. Mujur selera datang kan Kak Amie.
    Selamat pengantin baru Ummi Syazana dan pasangan. Semoga berbahagia sampai syurga. Aamiin...

    BalasPadam
  6. sedapnyaaa kari kambing!!

    btw tahniah buat ummi syazana dan suami...

    BalasPadam