Pages

Rabu, 19 Julai 2023

Asam Rebus Tempoyak Ikan Tenggiri Yang Sangat Menyelerakan!

Bismillahirrahmanirrahim.
Sudah masak untuk hidangan tengah hari?
Amie belum masuk dapur lagi. belek-belek HP terjumpa gambar Asam Rebus Tempoyak Ikan Tenggiri.  Daripada terlupa untuk dijadikan entri, baiklah kongsi sekarang. Stok tempoyak masih banyak dalam peti sejuk, itu sebabnya asyik masak ikan dengan tempoyak saja. Lagi pun, memang sedaplah masak asam rebus begini. Hirup kuah yang masam pedas aroma durian...pergghhh!

Asam Rebus Tempoyak Ikan Tenggiri

Resipi Asam Rebus Tempoyak Ikan Tenggiri

Bahan-bahan:

  • 2 kepingan ikan tenggiri
  • 3 sudu besar tempoyak
  • 1 batang timun jepun - belah dua dan potong 4
  • 1 keping asam gelugor - pilihan / boleh tambah kalau ingin lebih rasa masam
  • 1 labu bawang besar - hiris
  • 1 helai daun kunyit - siat-siat
  • garam / gula / perasa pilihan
  • 800 ml air
Bahan tumbuk halus / kisar:
  • 20 tangkai cili padi 
  • 3 cm kunyit hidup
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
Cara memasak:

1. Masukkan air ke dalam periuk.
2. Kemudian masukkan bahan tumbuk / kisar , asam gelugur, tempoyak dan timun. Biarkan hingga mendidih atau sehingga timun layu.
3. Masukkan ikan. Masak sekitar 5 minit.
4. Setelah ikan masak, masukkan daun kunyit, garam / gula / perasa pilihan.
5. Kacau beberapa kali, dan padamkan api dapur.

Asam Rebus Tempoyak Ikan Tenggiri


12 ulasan:

  1. Senang masaknya, rebus semua dalam periuk sampai mendidih baru masukkan ikan. Pastikan nasinya dimasak lebih 1 pot, hehehe.

    BalasPadam
  2. gambar2 makanan amie semua nampak sedap which sebab resepi mostly memang resepi dan cara masak kegemaran saya, saya pasti semua sedap

    BalasPadam
  3. Sy pula sudah kehabisan stok tempoyak :(
    Letak kuah banyak² dalam nasi sedap ni...

    BalasPadam
  4. Antara masakan yang belum pernah saya cuba masak - asam rebus 😄
    Kot nak mencuba, mudahlah saya rujuk je di blog kak Amie.

    BalasPadam
  5. Sedapnya asam rebus tempoyak.. Memang bertambah makan kalau lauk cengginie.. Lamanya tak makan..

    BalasPadam
  6. Tak perlu kata apa pun.. bgi nasi panas2 mau dua pinggang ni makan hahaha

    BalasPadam
  7. Resepi nenek² yg main rebus² ni mmg menyelerakan... cukup lauk ni saja sbb sayur pun da ada sekali dalam ni

    BalasPadam
  8. Cuaca di KL hujan pagi ni...Kalau dapat hirup kuah ni...tentu dapat hangatkan tekak dan perut...lapaq nasik pulak walau masih pagi

    BalasPadam
  9. Segerrrrr nya kuah asam rebus tu... dikala musim hujan sekarang kalau dapat makan, pasti dapat hangatkan perut.

    BalasPadam
  10. menu sehat dan segar...ikan kaya akan gizi.. tapi tempoyak belum pernah cuba

    BalasPadam
  11. Macam sedap jugak ikan tenggiri masak asam rebus tempoyak. Hirup kuah panas-panas dengan nasi panas tu yang sedap. Tak lupa, sambal dan ulam. Hihi...

    BalasPadam
  12. menjejes sy kak kalau dpt judu lauk ni dgn ikan masin wallaaaaa

    BalasPadam