Pages

Khamis, 6 Julai 2023

Asam Rebus Ekor Ikan Merah dengan Nanas

Bismillahirrahmanirrahim.
Tak berapa pasti entah hari apa masak Asam Rebus Ekor Ikan Merah dengan Nanas. Yang pastinya, kita masak waktu petang dan makan bersama-sama Firdaus yang baru balik dari sekolah. Seperti yang dijangkakan memang suka hati sangatlah Firdaus melihat Asam Rebus Ekor Ikan Merah dengan Nanas terhidang di atas meja. Tak sabar-sabar dia hendak hirup kuahnya yang masih panas!

Seperti sebelum ini, Amie suka tambahkan nanas dalam bahan kisar dan kemudian rebus bersama hirisan nanas. Nanasnya pula Amie pilih yang setengah masak, tidak terlalu masam dan tidak manis. Rebus sehingga mendidih dan jika suka rebus lama sedikit supaya kepingan nanas yang direbus bersama itu menjadi layu dan keluar rasa masam manisnya.

Jika sudah cukup rasa masam seperti yang diingini, tak perlukan tambah asam keping. Tapi, untuk sempurnakan rasa masamnya, bolehlah bubuh sekeping. Amie bubuh sekeping dan setelah masukkan ekor ikan merah, Amie keluarkan semula kepingan asam tadi sebab kuahnya sudah cukup rasa masam, masin, manis dan pedas.

Asam Rebus Ekor Ikan Merah dengan Nanas

Asam Rebus Ekor Ikan Merah dengan Nanas

Resipi Asam Rebus Ekor Ikan Merah dengan Nanas
Bahan-bahan:

  • sepotong ikan merah bahagian ekor seberat 450 gram - cuci bersih
  • 10 tangkai kacang bendi - potong 2
  • 1 cawan hirisan nanas 
  • 1 batang serai - diketuk
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 liter air
  • garam / gula / perasa pilihan
Bahan kisar kasar:
  • 1 cawan hirisan nanas
  • 1 tangkai cili merah
  • 7 tangkai cili padi
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 sudu kecil belacan
  • 2 cm kunyit hidup
Cara memasak:
  1. Jerang periuk di atas api dapur. Tuangkan bahan kisar bersama air, serai dan hirisan nanas.
  2. Biarkan sehingga mendidih dan nanas menjadi layu. 
  3. Masukkan asam keping, ekor ikan merah dan kacang bendi.
  4. Setelah kuah asam rebus mendidih sekali lagi, dan ekor ikan merah masak, taburkan garam / perasa pilihan.
  5. Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.
  6. Keluarkan asam keping

Jom makan.
Kita tambahkan nasi dengan terung goreng, sayur brokoli celur, tomato ceri, telur masin dan sambal belacan.

Sambal Belacan

Sedapnya Asam Rebus Ekor Ikan Merah dengan Nanas!

Jemput makan!


5 ulasan:

  1. Nampak sungguh menyelerakan Asam Rebus Ikan Merah nak nak pulak ada kepingan nenas. Tentu rasanya sedap, tengok gbr dah tau. Pandai Daus hirup kuah asam rebus. Selalu budak2 suka memilih kuah yang tak pedas aje.

    BalasPadam
  2. Sedapnyaaaa....hirup kuah dia...makan bendi tu...allahu...bila la nak makan macam ni lagi ha...

    BalasPadam
  3. Sedapnya hirup kuah panas panas. Kalau saya pun tak sabar macam Firdaus. Ada nanas tu buat ratah je. Sedapnya masakan kak Amie.

    BalasPadam
  4. Saya pun suka kalau lauk camni. Sedapnya..nak cuba masak la esok 😊

    BalasPadam
  5. sedapnya makan nasi kuah banjir

    BalasPadam