Pagi Rabu, 31 Mei 2023 setelah bersarapan nasi lemak di rumah Abang Farid, kami bergerak meninggalkan Tronoh menuju ke Cameron Highlands. Sekali lagi Abang Farid sarankan guna WAZE. Baru sahaja keluar ke jalan besar, WAZE buat hal. Arahan sudah tidak betul, sampai ke hujung jalan, diarahkan balik ke pangkal jalan semula. Amie tukar gunakan Google Maps sahaja. Alhamdulillah selamat sampai ke Tanah Rata!
Ketika bermalam di rumah Abang Farid, Amie terpaksa bangun tengah malam untuk mandi. Walaupun malam, terasa sangat panas! Memang tidak dapat lelapkan mata. Kipas angin yang berpusing menambah bahang dalam bilik. Encik Suami dan Firdaus tidur di ruang tamu. Kita pindah ke ruang tamu tetapi masuk semula ke bilik. Dapatlah tidur sekejap-sekejap. Terjaga pukul tiga pagi, kepala basah kuyup dengan peluh. Walaupun ada empat bilik tetapi hanya bilik Abang Farid sahaja yang mempunyai pendingin hawa.
Eh, panas sungguh di Tronoh. Tapi lupa pula hendak melihat berapa tinggi suhunya malam itu. Jadi, kononnya kami ke Cameron Highlands untuk mencari sejuk-sejuklah.... ahaks!
Kami sempat membuat tempahan hotel ketika larut malam di rumah Abang Farid. Alhamdulillah, dapat juga sebuah bilik di Heritage Hotel Cameron Highlands yang merupakan hotel butik ala Tudor yang terletak di atas bukit yang dikelilingi pemandangan Tanah Rata. Hotel ini berada 1,500 meter di atas paras laut, dan istimewanya ia menggabungkan seni bina tradisi British dan moden bertaraf 4 bintang. Selain itu taman di resort ini di reka menyerupai sebuah English Garden.
Di samping dapat menikmati suhu yang sejuk, hotel butik ini turut menawarkan perpustakaan, beberapa pilihan tempat untuk menjamu selera seperti Rainforest Restaurant yang menghidangkan pelbagai jenis makanan sepanjang hari. Untuk yang ingin santai-santai menghirup teh panas dan menikmati cookies serta kek bolehlah memilih The Vintage Lounge.
Heritage Hotel yang dikelilingi hutan tropika ini hanya berjarak 10 minit jika berjalan kaki dari pusat bandar Tanah Rata. Bolehlah berjoging atau jalan-jalan untuk keluarkan peluh. Jauhnya dari Taman Strawberi Big Red pula hanya 6 km. Jarak ke Muzium Sejarah Terowong Masa pula hanya 7 km dan untuk ke Ladang Teh Boh jauhnya 15 km.
Heritage Hotel Cameron Highlands ini terletak di:
Jalan Gereja,
Jalan Gereja,
39000 Cameron Highlands, Pahang.
Harga yang booking.com berikan ketika itu ialah RM226.14 sen tanpa sarapan. Kalau hendak sarapan boleh ke Rainforest Restaurant dengan bayaran sebanyak RM30.00 untuk seorang dewasa.
Kami tidak mengambil masa yang lama untuk daftar masuk. Sebaik sahaja dapat kunci bilik, kami terus naik lift dan ingin cepat-cepat berehat! Maklumlah, sebelum itu kaki hampir patah menjejak pelbagai tempat di sekitar!
Istimewanya hotel lama ialah ruangan yang agak luas, dan memudahkan untuk solat. Tidaklah tersepit di celah katil!
Ruangan kegemaran Encik Suami. |
Boleh simpan buah strawberi dan dessert di sini. |
Jamu mata dengan beberapa jenis makanan yang ditawarkan. |
Nun di tepi sana, bersebelahan tingkap ada sebuah pintu yang boleh dibuka menghala ke balkoni peribadi.
Tidak ada penghawa dingin di sini, hanya sebuah kipas angin sahaja yang ada dan jika apabila kipas berpusing, terasalah dinginnya hawa kerana di luar memang sejuk.
Apabila berada di balkoni, beginilah antara pemandangan yang dapat dilihat.
Pemandangan dari balkoni peribadi. |
Bilik air gaya lama. Luas dan tetap selesa.
Setelah solat jamak dan berehat seketika, teringat pula baki strawberi yang Firdaus petik di Lavender Garden. Jom kita makan.
Strawberi yang sudah masak ini tambah sedap kalau makan keesokan hari, lebih ranum dan manis! |
Amie beli lima biji telur pindang, dan sebiji sudah masuk mulut. Tinggal empat biji lagi. Kalau tak silap lima biji berharga RM10.00 |
Bergambar di hadapan Heritage Hotel setelah daftar keluar. Nyaman sungguh dengan suhu sejuk sambil menikmati sinaran matahari pagi yang membekalkan vitamin D.
Kena sungguh suasana bilik dengan nama hotel tu, Kak Amie. Tentunya ia antara hotel terawal dibina di Cameron Highlands.
BalasPadamWalaupun hotel lama tp nampak terurus dan dimaintain je kak... x dpt bayangkan panas di tronoh kalau tdo pun boleh basah kuyup
BalasPadamSaya pun pelik juga, pernah menginap hotel di Cameron, kenapa tak ada aircond, yang ada cuma kipas? Rupa-rupanya, memang sejuk ye, di sana. Itu pun, berselimut bangun pagi-pagi.
BalasPadamCameron ni sonok pegi kalau bkn musim cuti sekolah atau cuti perayaan... paling suka cuaca malam dan awal pagi...
BalasPadamBestnya aimie jejalan ke CH, saya blm berkesempatan menjejakan kaki kat sana, antara wishlist tuk dilawati
BalasPadamSejuk2 rasa nak duduk bawah gebar je hahha
BalasPadamHeritage Hotel ni sentiasa penuh kan Kak Amie, SA pernah nak book kat sini full house...sold out..nanti nak cuba la stay kat sini
BalasPadamsama mcm kat genting. blk hotel x de aircond... ada kipas je. tu pun dah gigil😁
BalasPadamcantik dan selesa hotelnya👍
bilik luas, mmg selesa utk solat...cantik view dari balkoni hotel...
BalasPadam