Pages

Rabu, 28 Jun 2023

Makan Mentarang Bakar, Sup Belut dan Belangkas Masak Lemak di Sekinchan

Bismillahirrahmanirrahim.
Dalam perjalanan pulang dari Ipoh menuju ke Kuala Selangor, kami singgah makan tengah hari di:
Faridah Mentarang Bakar,
Batu 47 3/4, 
Tali Air Sungai Leman,
Sekinchan, Selangor.

Menjamu selera pada pukul 12 tengah hari.


Selalu lalu-lalang di sini kalau ke Perak, tetapi baru kali ini berkesempatan singgah.




Antara menu yang dihidang:
  • Nasi Putih - RM2 X 5 = RM10.00
  • Asam Pedas Sayur Keladi - RM5 
  • Mentarang Bakar - RM20.00
  • Belangkas Masak Lemak -RM15.00
  • Sup Belut - RM15.00
  • Siakap 3 Rasa - RM50.00
  • Cencaru Sumbat Kelapa - RM20.00
  • Kerang Rebus - RM13.00
  • Jus Epal - RM12.50
  • Jus Nanas - RM12.50
Jumlah : RM173.00

Jus Epal : RM12.50
Jus Nanas: RM12.50

Mentarang Bakar : RM20.00


Teringat waktu kecil dahulu, selalu makan mentarang rebus. Tak perlu beli. Hanya kutip dalam lumpur di Pantai Jeram sahaja. Sudah berpuluh tahun tidak makan mentarang! Anak-anak pun tak pandai makan, jadi kita seorang sahajalah meratahnya.

Asam Pedas Sayur Keladi : RM5.00

Ternampak Asam Pedas Sayur Keladi. Kita ambil semangkuk yang sudah tersedia. Pun tidak ada siapa yang pandai makan. Puaslah kita meratah seorang. Sedap! Hendak tambah lagi, terfikir pula nanti perut penuh tak boleh isi makanan yang lain. Cukuplah!
Sebenarnya rindu hendak makan makanan yang sekian lama tidak dijamah!

Air Asam

Kerang Rebus : RM13.00

Kerang Rebus pun turut menjentik selera! Maklumlah membesar dengan kerang-kerangan begini. Sudah tentu nostalgia lalu kembali menyapa! Terhidu aroma kerang rebus yang Bonda masak dengan serai! Sedap dimakan begitu saja, atau cecah air asam.

Belangkas Masak Lemak Saiz Kecil : RM15.00

Terkenang beramai-ramai panggang belangkas, dan makan telurnya cecah air asam. Ketika musim belangkas naik ke pantai, memang berkarung-karung bawa pulang belangkas betina yang isinya penuh telur. 
Sama juga, hanya kita seorang yang makan!

Sup Belut : RM15


Sup Belut ini Amie dengan Encik Suami yang makan.


Sedap rasa kuahnya.

Ikan Cencaru Panggang Sumbat Kelapa : RM20.00

Siakap 3 Rasa : RM50.00

Tak tahu apa rasa ikan siakap ini sebab kita hanya fokus makan lauk yang dirindui. Abang Farid dengan Aseeyah dan Firdaus yang berminat dengan Siakap 3 Rasa ini.



Kami memilih tempat duduk lesehan di bahagian tepi restoran.

Menikmati hidangan hingga ke butir nasi yang terakhir!

15 ulasan:

  1. lauk pauk nostalgia ye kak...dekat sini belum pernah jumpa mentarang yang banyak siput buluh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya suka siput buluh, tapi jarang jumpa pulak di sini.

      Padam
  2. Nampak berselera sungguh Kak Amie menikmati makanan yang dirindui tu. Saya pernah jugak ke Sekinchan tapi tak pernah singgah makan kat sini. Insha Allah ada peluang nak jugak singgah sini mencuba mentarang tu. Kerang rebus tu buat kecur air liur je 🤤

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lama saya mencari mentarang, akhirnya jumpa di Sekinchan.
      Kerang rebus memang sedap! Manis isinya.

      Padam
  3. Mentarang tu rasanya boleh makan. Tapiii..belangkas dengan belut...tak tau usia2 mcm ni boleh telan atau tidak...nampak tempting..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak pernah masak belut, tapi boleh makan kalau orang lain masak.

      Padam
  4. SELAMAT SAMBUT AIDILADHA MAAF ZAHIR BATIN AMIE N FAMILI..MAKANAN BIASA RASANYA LUARBIASA KAN

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Aidil Adha Kak PI.
      Rindu makanan dulu-dulu.

      Padam
  5. Kalau sy ada kat situ, bolehlah kita kongsi makan belangkas masak lemak cili api dan asam pedas keladi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul SK... Kak Amie ratah seorang belangkas dengan asam pedas keladi tu.

      Padam
  6. Sedapnya belangkas..SA pun dah lama x makan belangkas kak...nampak terbuka selera semua tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul SA.
      Berselera sungguh makan di sini.

      Padam
  7. uiiii boleh tahan jg ya harga mentarang skrg.

    untung kak amie dpt mkn asam pedas sayur keladi sorg2 x de sapa nk kacau😀

    BalasPadam