Bismillahirrahmanirrahim.
Perjalanan dari KLIA Terminal 1 ke kampung memakan masa hampir dua jam disebabkan kesesakan lalu lintas. Kononnya kami hendak menjemput ahli keluarga makan malam bersama.
Sebelum itu Amie minta bantuan Kak Aton untuk mencari tempat makan dan tempat cadangannya di Aroma Ikan Bakar Jeram. Amie pernah makan di sini bersama Bonda di sini : AROMA IKAN BAKAR JERAM, KUALA SELANGOR.
Kali ini Amie belanja mana-mana ahli keluarga yang tinggal berhampiran dan ada masa untuk makan bersama. Ramai juga anak buah tidak dapat hadir kerana masing-masing ada urusan.
Kami tidak dapat tempat makan di tepi pantai kerana sudah penuh dengan para pelanggan. Jadi, kami duduk sahajalah di meja yang ada.
Bonda kesayangan hamba! |
Mungkin malam minggu, jadi ramai yang mengambil kesempatan untuk makan bersama ahli keluarga di sini. Mujurlah Amie dan Encik Suami datang awal. Jadi kami tempah makanan sebelum ahli keluarga sampai. Tidaklah perlu menunggu lama untuk menikmati hidangan. Cuma, apabila hendak tambah makanan seperti lauk dan nasi, memang sangat lambat sampai!
Asam Pedas Ikan Pari kegemaran Bonda. |
Terima kasih buat ahli keluarga yang sudi meluangkan masa makan bersama-sama. Minta maaf di atas segala kekurangan. Mudah-mudahan pada masa yang lain kita dapat makan bersama dengan lebih sempurna.
Yang penting, malam itu Bonda sentiasa tersenyum bahagia! Inilah wajah paling cantik di dunia dengan senyuman manis menawan. |
Alhamdulillah…tersenyum bahagia bonda dapat makan bersama anak cucu cicit.
BalasPadamAllah, tumpang seronok dapat lihat wajah bahagia seorang ibu..
BalasPadamMudah-mudahan bonda Kak Amie sihat selalu 🤲
Alhamdulillah... dpt juga gathering bersama walaupun x full attendance
BalasPadamalhamdulillah... seronok dapat berkumpul bersama keluarga macam ni
BalasPadamnampak bonda tersenyum puas anak cucu cicit dapat berkumpul
BalasPadamJelas terukir kegembiraan seorang bonda bila dapat berkumpul bersama anak cucu cicit 🥰
BalasPadamWahhh.. ada asam pedas ikan pari. Oh, sy dah tahulah, dari mana Kak Amie dapat wajah dan senyuman yang sentiasa menawan hati.
BalasPadamSeronok dapat berkumpul makan ramai2 ni kak Kak Amie.
BalasPadamlamanya tak makan di aroma ikan bakar ni kak oi.... mmg terkenal kedai seafood ni
BalasPadamMeriahnya, makan beramai-ramai. 😊
BalasPadamSeronok berkumpul, makan² bersama..bonda gembira...ramai betul pelanggannya..
BalasPadamAlhamdulillah..dapat bertemu sanak saudara macam raya la...
BalasPadamPasti bonda tersenyum bahagia dikelilingi anak cucu cicit
Alhamdulillah..dapat bertemu sanak saudara macam raya la...
BalasPadamPasti bonda tersenyum bahagia dikelilingi anak cucu cicit
Seronok dapat makan beramai ramai ni. Menambah selera kita sebenarnya kan. Semoga Allah limpahi rezeki yang melimpah ruah buat kak Amie dan keluarga belanja orang makan. Aamiin...
BalasPadamBegitulah kalau ramai orang, memang lambat. Kadang mintak air kosong pun boleh jadi lambat. Sabar je lah. Alhamdulillah..tersenyum gembira bonda.
lamanya tak pmakan kat sini. masih ramai mcm dulu rupanya
BalasPadamSeronoknya bonda Kak Amie bila dapat berkumpul macam ni...comel jer senyuman dia...terpancar betapa bahagianya Bonda...
BalasPadam