Pages

Sabtu, 1 April 2023

Penjaram Kota Belud Sangat Sedap!

Bismillahirrahmanirrahim.
Andainya ada rezeki dan kesempatan, mahu saja Amie bawa Mama Cella jalan-jalan ke Tamu Kota Belud menyaksikan sendiri peniaga menggoreng kuih penjaram, dan merasai sendiri keenakan kuih penjaram Kota Belud yang cukup rasa, lemak manis mengancam selera! Pertama kali melihat suasana peniaga kuih penjaram di Kota Belud, sudah tentulah Amie rasa teruja, rasa cukup kagum! Di sana sini, ada deretan peniaga kuih penjaram dan di belakang gerai mereka kelihatan wanita-wanita sedang menggoreng kuih penjaram. Pembelinya pula sanggup beratur menunggu giliran untuk mendapatkan kuih tradisional kegemaran mereka! Sementara penjual kuih penjaram tidak menang tangan melayan pelanggan, tukang goreng kuih penjaram pula tidak putus-putus menuang adunan ke dalam kuali dan menjaga supaya masak sempurna!

Mungkinkah benar apa yang selalu Amie dengar: Kalau hendak makan kuih penjaram sedap, carilah di Kota Belud!

Kuih penjaram Tamu Kota Belud.

Amie singgah di sebuah gerai dan di atas talam beralas daun pisang, hanya ada sekeping sahaja kuih penjaram yang tinggal. Amie berminat menunggu di sini kerana dapat beli yang masih panas dari kuali!

Ada pelbagai jenis kuih penjaram, termasuk penjaram gula merah, penjaram biasa (gula pasir) dan penjaram pandan.


Sempatlah ambil gambar adik manis ini menggoreng penjaram sambil berbual-bual dengannya sementara menunggu kuih penjaram kita siap digoreng. Teringin hendak menghasilkan kuih penjaram air tangan sendiri, tapi apabila memikirkan bentuknya tidak pernah sempurna, lupakan sajalah.... ahaks!


Cantiknya!


Amie kongsikan video peniaga manis ini sedang menggoreng penjaram.


Selesai bab kuih penjaram, kita teruskan jalan-jalan cari kuih lain. Ada pelbagai jenis kerepek pisang dijual di sini. Kita pun belilah kerepek pisang masin, kerepek pisang pedas dan kerepek pisang cheese.

Kerepek ubi kayu! Teringat Bonda kita suka buat kerepek ubi kayu lebihan ubi rebus yang tidak dimakan.

Rembat enam bungkus kerepek pisang!

Ada tapai nasi bungkus daun keladi. Yang diikat dengan getah tu tak tahu kuih apa.

Seronok rasanya melihat para peniaga kecil dengan jualan kuih masing-masing.


Kita beli juga kuih Atai Buntal @ Talam Tepung Beras.

Lemang Pandan.

Macam suasana raya pula apabila melihat ketupat daun kelapa dan ketupat daun palas!

Ketupat daun palas di sini tidak dijual dengan lauk seperti rendang. Menurut penjualnya, ketupat daun palas boleh dimakan dengan apa sahaja lauk termasuk ikan!


Di sebelah ketupat, kuih yang bulat-bulat ini namanya kuih dangai.

Wajik pun ada.

Dan pelbagai lagi kuih-muih tradisional.

Kuih Penjaram Kota Belud.

Kuih penjaram yang kami beli di Tamu Kota Belud ini masih panas apabila sampai di Gardens Condominium, Penampang. Kebetulan ada ibu dan ayah Haziq bersama kami. Apalagi! Kami makan beramai-ramai kuih penjaram ini dan tak sampai berapa minit habis licin satu nyiru!

12 ulasan:

  1. Cantik2nya penjaram mereka, Kak Amie. Boleh tinggi gula ni kalau berjalan2 lama di sini, semua rasa nak dibeli dan dimakan!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mama Cella peminat manis-manis SK.
      Tak apa, sudah makan manis kita minum air kosong banyak-banyak bagi bilas gulanya, lepas tu jalan-jalan lagi bakar kalori. Rendahlah gulanya hihihiii.

      Padam
  2. Bawalah sy sekali Kak Amie ahak!
    Meriahnya alahai tamu Kota Belud ni ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayok PH... kita jalan-jalan Tamu Kota Belud sampai lebam hahahhaa.

      Padam
  3. Jom jom SK & PH..
    Kita buat lawatan sambil belajar ke LD & Tamu Kota Belud..
    Memang cantik kejadian penyaram depa tu Cikgu.Kemas bentuknya..Kalau ke sana ,nak ja saya berguru buat kuih penyaram tu..
    Ketupat palas guna daun hijau pun cantik la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada kawan sekerja saya jual penjaram di LD. Dia asal Kota Belud. nanti nak belajar dengannya.
      Aaa...iya. Ketupat palas daun hijau. Tak perasan warnanya.

      Padam
  4. Yeah, cantik tuh 🤩 Saya pun teruja..Kat Johor pernah nampak orang jual jugak tapi tak pernah try lagi..Teringin rasa macam Kak Ami punya 😃😃

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasib-nasib juga ni. Kadang-kadang ada penjaram yang keras dan liat. Yang ini memang lembut. Makan panas-panas itu yang paling nikmat!

      Padam
  5. nak tau x kak sy dah byk kali nmpk kuih ni tp sampai laa ni x penah mkn kuih penjaram ni🤭🤭

    BalasPadam
  6. Cantiknya kuih Penjaram tu.. Sha pernah makan sekali.. Sedap rupanya rasa dia.. memang teringat-ingat.. hehehe

    BalasPadam
  7. Kak Amie...nak ikuttttt jugak...mana aci mama cella je..eh...cantik betul la kejadian penjaram tu...elok jer terbentuk..

    BalasPadam
  8. kalau bawa mama cella bawaklah saya sekali. Hehe..Kalau makanan sedap memang orang sanggup beratur kak Amie. Cantik kejadian kuihnya. Jarang dapat makan kuih ni kat sini macam susah nak dapat.

    BalasPadam