Pages

Ahad, 9 April 2023

Lempeng Daun Bawang Sambal Sardin Penyelamat Waktu Berbuka Puasa!

Bismillhirrahmanirrahim.
Sabtu, 18 Ramadan 1444. Encik Suami telefon, hendak beli apa untuk buka puasa petang nanti? Kita kata, belilah daun bawang, cili padi, limau kasturi dan sardin tin kecil. Tak lama kemudian, pulanglah Encik Suami dengan enam biji kelapa muda, sebungkus besar bunga betik dan sebiji nangka muda yang sudah dikupas.

Kita tak peduli yang lain, sebab kita hanya peduli daun bawang dan sardin tin sahaja. Kita hendak sediakan lempeng bawang cicah sambal sardin. Dah lama memendan rasa tengok lempeng cair dengan sambal sardin Orang Tanah Jauhar dan Mama Cella.

Lempeng Bawang & Sambal Sardin

Kita tak beritahu Encik Suami banyak mana bahan yang kita mahu. Dibelinya daun bawang seikat harga RM1. Limau kasturi itu pun RM1 juga, empat biji sebungkus. Dengan cili padi sebungkus RM1 juga. Kita tarik nafas panjang! Adakah harga barang yang mahal, atau nilai ata wang sewakin menurun?

Sardin tin kecil, RM4.30.

Apa pun yang penting hajat sudah tercapai. Bolehlah hantar semula mambang rajin ke Tanah Jauhar. Tak lama lagi azan akan berkumandang, dan bolehlah menikmati Lempeng Daun Bawang Sambal Sardin.

Ikan Kutambak Goreng.

Untuk Encik Suami dan Firdaus, kita masakkan nasi. Ada lauk ikan goreng dan sayur lodeh bunga betik dengan ikan masin kerapu untuk Encik Suami. Firdaus pula, kita sediakan ayam masak kicap.

Sayur Lodeh Cocos : Bunga Betik dengan Ikan Kerapu Masin

Ayam Masak Kicap

Air Kelapa Muda

Lempeng Daun Bawang Sambal Sardin

Beberapa minit sebelum azan berkumandang, Encik Suami bantu keluarkan nasi dari periuk. Allahu Akbar! Kita lupa tekan butang on! Yang kelihatan bukan nasi, tapi beras yang sedang berendam dalam rice cooker!
Tak apalah. Ada lempeng. Kita buka dengan lempeng, kata Encik Suami.
Firdaus baca doa buka puasa.
Kiranya Lempeng Daun Bawang Sambal Sardin jadi penyelamat waktu berbuka puasa kami!

14 ulasan:

  1. Alamak...aduhai..nasib baik ada lempeng..nasib suami akak san fi e daus ok..kalau org lain maunya merajuk tu...haha

    BalasPadam
  2. Allahu..
    insiden lupa tekan butang on pastinya pernah dilaui kebanyakan orang.Tapi bila berlaku di bulan puasa tu memang dugaan sungguh la.
    Cili padi tu tak sampai hati nak nilai..limau kasturi pula saya perasan sejak puasa ni memang tak sempat membesar depa kutip jual..Sini sekilo RM16..Saya ambil dalam 10 biji memang RM2++..Adakah kerana air viral tu harga limau kasturi melambong?
    Sardin tu kat pasaraya dekat rumah saya RM4.70.
    Cuma daun bawng kalau secekak tu baru dalam RM2..agak murah.Terung panjang & terung memang tgh mahal kat sini.
    Eh,maaf la panjang pula komen..Rasa macam dok bersembang berdepan sahajašŸ¤­

    BalasPadam
  3. Sardin pun dah mahalnyer
    Jadi makanan kayangan

    BalasPadam
  4. ramai juga ya yg berbuka dgn lempeng ni... nk kena buat jg nampaknya...

    ya kak.. brg makin mahal. beli brg aritu x penuh troli pun dah rm100++

    BalasPadam
  5. Alamak, nasib baik ada lempeng. Sardin besor, RM9 kat sini.

    BalasPadam
  6. Allah, dah lupa tekan rice cooker agaknya sebab tak sabar nak makan lempeng daun bawang dengan sambal sardin. Ni mesti pasal mambang nak cepat balik, hihi.

    BalasPadam
  7. asal lately ni ramai buat lempeng ni aissshhh x leh jadi haahah kena melempeng gak ni :D

    BalasPadam
  8. Sedap nampak lempeng tu. Lagi² dengan sambal sardin. Nak buat juga la bila² nanti.

    BalasPadam
  9. memang terasa barang mahal sekarang akak T__T
    waduhhh sedapnya lempeng & sambal sardin!

    BalasPadam
  10. Mujur ada lempeng kalau tak minum air je lah jawabnya.
    Sedapnya lempeng cicah sambal sardin.

    BalasPadam
  11. wah lempeng dgn sambal sardin. peberet ni. Kita buat lem[peng batak je. Layan dengan kuah kari kelmarin. Jadi lah ye. terupa tekan suis rice cooker....alahaiiii kasim

    BalasPadam
  12. Oh patutlah jadi penyelamat, terlupa tekan butang on nasi rupanya. pernah juga terjadi. Terliur pagi-pagi tengok sambal sardin dan lempen cair

    BalasPadam
  13. sedap dah tu kak lempeng nya nampak gebus

    BalasPadam