Pages

Ahad, 2 April 2023

Jualan Gudang DBP Cawangan Sabah

Bismillahirrahmanirrahim.
Ambil kesempatan mengunjungi DBP Cawangan Sabah sempena Jualan Gudang DBP yang diadakan pada 3 hingga 12 Mac 2023. Kami datang ke sini pada hari Isnin bersamaan 06 Mac 2023. 


70% diskaun untuk judul am (tahun 2015-2020)
30% diskaun untuk majalah dan judul am (tahun 2021-2023)
25% diskaun untuk judul terpilih dan kamus
Pelbagai majalah lama DBP berharga RM1.00 (tahun 2015-2020)
10% diskaun untuk Buku Teks Pasaran Terbuka (BTPT)





Kita suka bahagian ini, buku berkaitan budaya masyarakat pelbagai kaum di negara kita.








Kita banyak beli majalah Dewan Budaya.

Seronoklah Firdaus dapat lepak di bahagian buku kanak-kanak.


Beli dua buah novel.

Novel Sayang Sarawak karya Idris Boi terbitan 2015.
1146 halaman.

Buku ini memaparkan fiksyen sejarah yang berdasarkan sejarah Sarawak pada penghujung era penguasaan Kesultanan Brunei sebelum jatuh ke tangan penjajah Inggeris melalui James Brooke. Fiksyen sejarah ini berlatarkan masa awal abad ke-19, iaitu pada zaman pergolakan politik tempatan dan kemasukan kuasa Inggeris di kepulauan Borneo. Keadaan di Sarawak yang agak gawat ketika itu akibat rasuah dan penyelewengan yang berleluasa dalam kalangan pembesar Sarawak, ditambah dengan kegiatan lanun yang bermaharajalela di perairan Sarawak, juga pemberontakan oleh pembesar dan penduduk tempatan kerana tidak berpuas hati dengan pemerintah Sarawak, Pengiran Indera Mahkota, akhirnya telah membuka peluang kepada James Brooke untuk berkuasa di Sarawak.

Kekuatan buku ini terletak pada tema sejarah dan persoalan besar tentang jatuh bangun kuasa politik tempatan. Ia merupakan subjek besar yang diterokai dengan penuh bergaya oleh penulis. Fiskyen sejarah ini pastinya mampu memberikan kesan epik yang sangat menarik kepada pembaca.

Novel Pulang karya Ismail Hj. Abdullah.
1154 halaman.

Jusoh dan rakan-rakannya, Moin, Deris, Sehak, dan Lateh mencari pendapatan dengan mencari bijih jauh ke dalam hutan di Daerah Sik, sehinggalah mendatangkan masalah yang besar apabila bertembung dengan sekumpulan komunis yang ingin mendapatkan bekalan makanan. Mereka ditawan komunis, namun, dapat melepaskan diri dengan menempuh pelbagai cabaran sebelum berjaya memasuki perkampungan orang asli. Mereka tinggal disitu bertahun-tahun lamanya kerana tidak dapat mencari jalan keluar, sehinggalah datang sekumpulan pengkaji binatang terancam dari Jabatan Hidupan Liar Antarabangsa ke kampung itu. Jusoh dan rakannya bekerja dengan mereka, dan ini memberi peluang kepada mereka untuk mencari jalan pulang ke kampung. Di kampung halaman, Rokiah, isteri Jusoh, menuntut fasakh dan berkahwin dengan Majid. Sekembalinya Jusoh ke kampung, dia amat terkejut dan kecewa dengan tindakan isterinya.




11 ulasan:

  1. Menarik novel Pulang tu.. ada tak cara nak dapatkannya di Johor ni? Mungkin sy kena cari Kedai Buku BADAN yang menjual banyak buku terbitan DBP. Terus rasa nak pergi Angsana Mall pulak.

    BalasPadam
  2. Masa kecik2 dulu suka baca novel terbitan DBP. Antara judul yang saya paling minat masa tu ialah Sejak Kami Ditinggalkan oleh Othman Putih.

    BalasPadam
  3. Fuh...tebal sungguh kedua-dua novel pilihan k.Amie.

    Sedihnya cerita novel Pulang tu..

    BalasPadam
  4. Kedua-duanya punya jalan cerita yang menarik nampaknya...

    BalasPadam
  5. Wah,banyak memborong...Daus pun rajin membaca.
    Saya suka karya-karya Azizi Hj Abdullah.Antara yg masih melekat dalam ingatan pastinya Seorang Tua di Kaki Gunung.

    BalasPadam
  6. Jalan cerita novel Pulang tu nampak menarik .. Hari tu dekat KL pun rasanya ada DBP buat jualan murah.. Tak sempat nak pergi..

    BalasPadam
  7. Menariknya jalan cerita novel Pulang itu.. Rasanya DBP KL pun adabuat jualan gudang, cuma tak berkesempatan nak pergi..

    BalasPadam
  8. Menariknya jalan cerita novel Pulang tu..

    BalasPadam
  9. tebal-tebal novel tu kak Amie. puas membaca

    BalasPadam
  10. SA x boleh tengok ada jualan murah buku2 macam ni..nanti pergi niat nak beli sikit je..sekali balik berbondong2 bawak balik..hehehe...

    BalasPadam