Pages

Khamis, 9 Mac 2023

Pesta Makan Kreatif Kota Kinabalu : Nasi Briyani Sabahan & Laksa Padu

Bismillahirrahmanirrahim.
Ada Pesta Makan Kreatif Kota Kinabalu pada 10 hingga 26 Februari 2023 yang diadakan di Kompleks Sukan Likas. Encik Suami teruja untuk ke sana. Katanya sudah berpuluh tahun tidak datang ke Kompleks Sukan Likas tempatnya berkursus di bawah Kementerian kebudayaan Belia & Sukan sewaktu zaman bujangnya.

Sewaktu kami tiba pada pukul 03:00 petang, belum banyak gerai makan dibuka. Ikut jadualnya, waktu berniaga bermula pada pukul 02:00 petang hingga 12:00 malam. Kami memilih gerai Nasi Briyani Sabahan. Hanya Amie dan Encik Suami yang makan. Firdaus tak mahu, sebab katanya tak ada kentang goreng!

Nasi Briyani Sabahan


Ada Nasi Briyani Daging Rendang, Nasi Briyani Ayam Kari, dan Nasi Briyani Kambing Bakar.


Ketika ini hanya ada :
  • Nasi Briyani Daging Rendang
  • Nasi Briyani Daging Kari

Amie: Nasi Briyani Daging Rendang

Encik Suami : Nasi Briyani Kari Daging

Habis licin kami makan Nasi Briyani Sabahan. Firdaus pula, apabila kita suap nasi briyani, mahu pula dia makan! Pada masa yang sama, hujan turun selebat-lebatnya! Tak dapatlah hendak meronda di gerai yang lain. 

Sempat beli laksa, bawa balik ke Penampang. 

Alhamdulillah. Memang sedap kuah Laksa Padu ini.

Laksa Padu.


Tak sempat ambil gambar suasana di sekitar Kompleks Sukan Likas. Gambar ini Amie ambil ketika tersesat mencari tapak Pesta Makan Kreatif Kota Kinabalu. Moga terubat rindu Encik Suami mengenang segala peristiwa dan pengalaman yang pernah dilalui sepanjang berada di sini sewaktu zaman bujangnya dulu!



13 ulasan:

  1. Ada jumpa makanan yg kreatif tak di sana, kak Amie?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sempat meronda sebab hujan lebat.
      Lepas makan terus ke Penampang.

      Padam
  2. Tergoda sy tengok nasi beriani tu, kak Amie.. lagi2 bila baca kambing, rasa nak mengembek sekali.

    BalasPadam
  3. sama di Kuantan awal cuti sekolah hari tu pun hujan lebat tak boleh nak keluar berjalan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Afzan. Kami duduk di kondo, seram-seram juga bila dengar angin bertiup kencang!

      Padam
  4. Alahaiiiii tak nampak le yang lain sebab tak sempat ronda-ronda. Nak tenguk juga makanan apa yang kreatif

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waktu makan nasi briyani tiba-tiba angin bertiup kencang dan terus hujan.
      Tak dapat lupakan apabila melihat penutup meja dan kerusi di gerai kami makan ikut terbang! Tu pasal, lepas makan terus cepat-cepat menuju kereta.

      Padam
  5. Balasan
    1. Memang sedap makan panas dan aromanya menggoda!

      Padam
  6. Kuah laksa tu nampak menarik...ish..teringin pula nak melaksa

    BalasPadam