Pages

Selasa, 21 Mac 2023

Jamuan Perpisahan Selepas SPM

Bismillahirrahmanirrahim.
Terima kasih Aisyah kerana beberapa kali mesej mengingatkan tarikh jamuan perpisahan kelas. Sepatutnya jamuan diadakan pada 19 Mac, tetapi Amie masih lagi buat kerja-kerja menoreh di Kota Kinabalu dan akan pulang ke LD pada 20 Mac. Jadi, tarikh jamuan ditunda pada 20 Mac pula. Dan, akhirnya ditunda lagi ke tarikh 21 Mac. Jadinya, petang kelmarin sebaik sahaja jejak kaki ke LD, dapatlah berehat pada sebelah malamnya. Hari ini pun, sebenarnya ingat-ingat lupa untuk hadir sebab sibuk menyambung kerja.

Masing-masing hadir dengan berpakaian hitam emas. Rupanya tema makan malam! Haiiyyoooo....kita terlupa! Apa pun majlis berjalan lancar dalam suasana santai.



Tahniah Aisyah! Sebagai ketua kelas, Aisyah bersama kawan-kawan sekelas berjaya mengurus majlis perpisahan selepas tamat menduduki SPM.


Wajah-wajah yang bakal dirindui.


Teringat-ingat kelazatan daging masak lada hitam!

Kek keladi yang sangat sedap!

Semoga kalian berjaya mencapai cita-cita!

Oleh-oleh makan malam.

Terima kasih guru-guru mata pelajaran yang sudi hadir memeriahkan majlis. Untuk 41 orang murid, sebagai guru kelas, cikgu mohon ampun dan maaf di atas segala kekurangan dalam pengurusan kelas, dan salah silap sepanjang kita bersama. Terima kasih raikan kehadiran semua guru yang terlibat dan juga hadiah yang diberikan. Semoga kita akan bertemu lagi. Salam sayang.

Sebenarnya rasa sayu hadir majlis perpisahan ini. Tak mampu nak tulis banyak-banyak! 

9 ulasan:

  1. Semuga semua anak murid amie berjaya dalam peperiksaan SPM dan menjadi orang yang hebat. Aamiin

    BalasPadam
  2. budak sekarang semuanya hebat2 kan pandai buat perancangan,pandai meraikan guru2 teringat zaman kami dulu habis sekolah hanya mampu ucapkan terima kasih saja pd cikgu...

    BalasPadam
  3. Semoga ini bukan pertemuan terakhir, semoga mereka tak lupakan Cikgu Amie bila dah berjaya nanti.

    BalasPadam
  4. harap2 ini bukan pertemuan teraakhir ye anak- anak..insyaallah akan ada pertemuan lagi...smoga kamu semua berjaya mencapai cita2

    BalasPadam
  5. semoga anak2 didik berjaya dlm hidup.. semoga ada rezeki utk jumpa mereka lg

    BalasPadam
  6. Masya Allah..hebatnya anak2 ini...walau majlis perpisahan kelas namun nampak grand .Yang ni pun dh kira Pencapaian dan salah satu kejayaan ni

    BalasPadam
  7. Bagus anak-anak ni meraikan guru-guru. Masyaallah.. masing-masing sepakat buat majlis di luar.

    BalasPadam
  8. bestnya jamuan perpisahan ni kak... siap buat kt luar lagi, biasa kan bt kt kelas hehehhehe. Nampak matang mcm bukan budak lepas SPM lah kak anak murid akak tu

    BalasPadam
  9. bagusnya diorg ni... semoga mrk lbh berjaya di masa hadapan. aminnn

    BalasPadam