Pages

Khamis, 23 Mac 2023

Jalan-Jalan Layan Selera

Bismillahirrahmanirrahim.
Biasanya kami sampai ke hotel lewat pukul 1700 petang. Itu pun kalau lalu lintas kurang sesak. Memandangkan waktu malam pun kami buat kerja menoreh, jadi sebelum maghrib kami sudah sedia isi perut atau beli sahaja makanan di Suria Sabah Mall dan bawa masuk ke bilik. Apabila berjaga hingga larut malam, memang perut pandai lapar! Jadi, makan sahajalah jajan yang ada.

10 Jenis Sushi Panda + Shoyu Packet + Wasabi Packet

  • Cheesy California Roll
  • Spicy Mayo Salmon Flake Roll
  • Sesame Inari Roll
  • Futo Maki
  • Inari Ebiko Sushi
  • Special Grill Abalone Sushi
  • Inari Cheese Sushi
  • Unagi Sushi
  • Maki Salmon
  • Maki Smoked Duck

Kalau makan sushi mesti teringat anak-anak. Maklumlah semuanya hantu sushi.

Isi jugalah mini peti sejuk dengan minuman tin. Senang nak minum sebab lima malam berada di bilik yang sama.

Pezzo Pizza


Tengok pizza panas keluar daro oven memang nampak sedap! Kalau boleh nak borong banyak-banyak!


Setiap petang meronda Suria Sabah Mall berdua dengan Nora. Cuci mata dan cuci poket sikit.


Singgah Subway cari apa-apa makanan yang digemari!


Amie: Cheong Fun

Nora : Bihun Curry

Cendol Durian

Popia.

Petang Ahad, Zaiton belanja kami makan di Chicken Rice Shop di Sabah Suria Mall.


Terima kasih daun keladi Ton!
Mudah-mudahan sentiasa dimurahkan rezeki.
Kami sayang Zaiton yang sanggup datang dari Kota Belud memenuhi jemputan kami makan malam di BBQ Steamboat Kampung Nelayan.

Zaiton : Nasi Goreng Nanas (Room Service)

Makan ais krim kelapa di Sabah International Convention Centre sempena Pameran Makanan Antabangsa di Kota Kinabalu.

Pukul 1500 Amie terbang ke Lahad Datu, Mewah terbang ke Sandakan. Pukul 1505, Nora pula terbang ke Tawau. Sementara menunggu waktu terbang, singgah makan dahulu di Marry Brown.

Amie: Egg-Stra Ong
Beli satu set lagi untuk Firdaus. Marrybrown di LD sudah lama tutup.

Tak dapat layab selera di kapal terbang sebab mengantuk sangat! Layan mata saja.

Tiba-tiba terdengar pengumuman. Cuaca kurang baik. Penumpang diminta duduk ditempat masing-masing, tegakkan kerusi dan pasang tali pinggang keledar. Badan kapal terbang masuk ke dalam awan tebal. Tidak kelihatan apa-apa di luar tingkap melainkan warna putih awan! ZZZuuuuupppp! Kapal terbang seakan menjunam ke bawah! Perut kita rasa terjatuh! Sempat mengucap! Cemas seketika. Tidak lama kemudian keadaan kembali normal apabila kapal terbang keluar dari gumpalan awan tebal!

Selepas peristiwa 'terjunam' di dalam awan tebal, kita tak sambung tidur. Kita renung bentuk-bentuk awan sehinggalah MASWings mendarat di Lahad Datu.

7 ulasan:

  1. Allahu...memang kecut perut kalau macam tu.Saya pernah 2x melalui pengalaman penerbangan dalam cuaca buruk..memang terbayang mati.la saat tu..
    Tapi bila dengar pengalaman terjunam daripada pengalaman orang yang kerap fly..lagi takut.Cikgu tentu ada aneka pengalaman kan sebab selalu fly

    BalasPadam
  2. Selamat berbuka puasa
    Ramai betul juadahnya

    BalasPadam
  3. Uihh.. memang kecut perut lah bila ada pengumuman cuaca kurang baik ditambah pula dengan keadaan terjunam.. macam2 yang diingatnya.

    BalasPadam
  4. sedap2 semua menu yang akak ambil tu

    BalasPadam
  5. Kalau SA memang dah nangis dah tu Kak Amie..dalam keadaan menjunam tu lama x kak? apapun Alhamdulillah akak selamat sampai...

    BalasPadam
  6. mbul blom pernah cobain okra kak...apa itu seperti gambas ya...atau oyong...cendol durian segar tuk berbuka puasa...^^

    BalasPadam
  7. Allahuakbar...saya pernah alami masa kat miri ke kucing. Cuaca buruk lepas tu tak boleh turun kucing. Seriau bila kata minyak nak habis tapi kita orang masih berlegar-legar nak turun tak dapat-dapat. huwaaaaa doa zikir macam-macam yang kuar. Alhamdulillah turun emergency di sibu isi minyak sebelum dapat landing kat kucing sebelum balik klia.

    BalasPadam