Pages

Rabu, 22 Mac 2023

Hari ini Firdaus 10 Tahun

Bismillahirrahmanirrahim.
Sudah dua hari Firdaus tidak hadir ke sekolah. Rupanya sewaktu Amie menoreh di Kota Kinabalu, Firdaus jatuh dari basikal. Kakinya luka tetapi takut beritahu Encik Suami. Patutlah jalannya perlahan, dan dengkut-dengkut.

Hari ini umurnya genap 10 tahun. Kami sambut ulang tahunnya di rumah sahaja. Abang Farid tolong order KFC. Encik Suami beli kek, tetapi apabila dibuka tertera usia tujuh tahun pula! Kata Encik Suami, agaknya pekerja di kedai kek itu salah dengar.

Kek ulang tahun Firdaus ke-10.

Sedang bervideo call dengan abang-abangnya!

Selamat ulang tahun Firdaus. Semoga terus membesar dengan sihat,  jadi anak soleh, rajin belajar dan berjaya di dunia serta akhirat.

Jangan nakal-nakal lagi!


14 ulasan:

  1. Selamat ulangtahun Daus..Dah 1 dekad umurnya.Rasa macam baru semalam membaca tentang kelahirannya..
    Semoga diberkati di dunia dan akhirat

    BalasPadam
  2. Hepi birthday Daus sayang...semoga diberi kesihatan yang baik dan menjadi anak kebanggaan ibu ayah.Selamat menyambut ramadan mubarak buat amie sekeluarga

    BalasPadam
  3. Anak bongsu sudah mencecah umur 10 tahun.
    Selamat harijadi Firdaus.

    BalasPadam
  4. Selamat ulangtahun ke 10 Firdaus.
    Membesar menjadi anak yang sihat dan menggembirakan.
    Besarnya kek tu.. habis ke 😅

    BalasPadam
  5. Selamat harijadi Firdaus, semoga doa mamanya dimakbulkan oleh Allah, Ameen YRA 🤲🏻

    BalasPadam
  6. Selamat Hari Lahir Daus, tak kisahla kek salah tulis pun kan janji ada kek dan ayam KFC kan Daus. Moda sentiasa dalam lindungan Yang Maha Esa

    BalasPadam
  7. happy birthday firdaus ...smoga jd ank yg soleh dan berjaya dunia akhirat

    BalasPadam
  8. besar dah anak bongsu ni sakit jatuh basikal pun dah boleh simpan sendiri...moga yg baik2 semuanya utk mu anak

    BalasPadam
  9. Sedapnya tengok kek, tengah puasa ni. Hehe... happy birthday to firdaus... semoga jadi kebanggaan ibubapa dan anak yang soleh. Aminn

    BalasPadam
  10. Happy Birthday Firdaus 🎂🎂🎂

    BalasPadam
  11. Wah, Daus muda tiga tahun la nampaknya ni 😆

    BalasPadam
  12. happy belated birthday firdaus... ooo sama birthday dgn allahyarham.TS p ramlee laa... boleh jd anak seni ni🎂🧁

    BalasPadam