Pages

Jumaat, 10 Mac 2023

Asam Rebus Ikan Nyok-Nyok dengan Nanas Sedap!

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini Amie masak Asam Rebus Ikan Nyok-Nyok dengan Nanas. Ikan nyok-nyok ini Amie jumpa dalam satu bekas dengan ikan putih yang dibekalkan Abang Aznan. Amie tambahkan setengah biji nanas yang dibeli di Tamu Ranau. Berat nanas itu tepat 1 kilogram. Apabila dibahagi dua, bermakna 1/2 kilogramlah Amie gunakan.

Amie tidak buang empulur nanas, sebaliknya Amie kisar bersama bahan perencah yang lain seperti cili kering, bawang putih, bawang merah dan belacan. Memang sedap sungguhlah rasa kuahnya. Ada rasa manis nanas dan masam asam keping. 


Resipi Asam Rebus Ikan Nyok-Nyok dengan Nanas
Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan nyok-nyok (500 gram) - bersihkan dan potong 3 bahagian
  • 1/2 kilogram nanas masak - pisahkan empulur  (potong-potong dan ketepikan - Amie dapat 1 cawan) - potong isi nanas ikut saiz yang digemari
  • 5 biji cili padi
  • 1 labu bawang besar - mayang kasar
  • 1 liter air
  • 1 keping asam gelugur
  • garam / perasa pilihan secukupnya
Bahan kisar:
  • 1 cawan empulur nanas
  • 3 tangkai cili kering
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • 1 sudu kecil belacan
  • 2 cm kunyit hidup
Cara memasak:
  1. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk. Tuangkan air, masukkan hirisan nanas dan asam keping.
  2. Masak sehingga mendidih dan nanas menjadi layu.
  3. Kemudian masukkan ikan nyok-nyok, cili padi dan bawang besar.
  4. Biarkan mendidih sekali lagi sehingga ikan masak.
  5. Taburkan garam / perasa pilihan secukupnya.
  6. Kacau beberapa kali, dan padamkan api dapur.
Asam Rebus Ikan Nyok-Nyok dengan Nanas

Berpeluh-peluh Firdaus hirup kuah asam rebus. Katanya Mommy masak kurang pedas. Jadi dipicitnyalah cili padi! Haaaa... kelam-kabut dia tadah air suam-suam panas! Itulah petuaya kalau kepedasan, minum air suam terlebih panas! Terus hilang rasa pedas.

4 ulasan:

  1. Aduiii....terasa-rasa nikmat hirupan kuahnya yang masam manis..
    Makin dipanaskan makin sebati rasa kuah dan sedap nanasnya kan..

    BalasPadam
  2. tertelan2 ayaqliur tengok asam rebus kak amie,wahhh firdaus kuat pedas ye

    BalasPadam
  3. Aduhh.. terasa di tekak asam rebus ni. Sedapnya..

    BalasPadam
  4. Baru ni SA masak kari ikan nyok nyok...sedap...

    BalasPadam