Pages

Khamis, 9 Mac 2023

Asam Pedas Ikan Salai-Salai

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini Amie masak Asam Pedas Ikan Salai-Salai. Tak tahulah apa namanya yang lain. Ikan ini ada rupa ikan kembung atau pelalaing tetapi saiznya besar sedikit. Abang Aznan dan Fairuz bekalkan kami pelbagai jenis ikan untuk dibawa pulang ke LD. Alhamdulillah, walaupun lebih 10 jam perjalanan, tetapi ikan masih dalam keadaan beku. 

Firdaus pula asyik menambah nasi dan kuah asam pedas ke dalam pinggannya. Katanya, sedap betul mommy masak. Sebelum lauk asam pedas siap dimasak, beberapa kali Firdaus jenguk ke dapur, bertanya bila boleh makan? Apabila Encik Suami tawarkan ayam goreng, dia tak mahu. Memang sedaplah sebab sudah lama tak masak asam pedas. Kali ini lebih istimewa sebab gabungkan pelbagai bahan dari pelbagai tempat:

  • Ikan salai-salai : Kota Kinabalu
  • Bunga kantan : Tamu Kinarut
  • Daun kesum : Tamu Kinarut
  • Belacan Binsulok : Membakut Papar : Tamu Sipitang
  • Bawang : Tamu Ranau
Oleh kerana tidak ada bahan lain seperti kacang bendi. Amie masukkan tomato ceri sahaja. Jadilah asam pedas ala-ala koboi begitu! Tapi, sewaktu menumis dan merenih kuah asam pedas hingga terbit minyak, memang bersin berkali-kali! Agaknya bersin itulah isyarat kuah asam pedas sedang menyatu untuk menghasilkan rasa yang mantap....ahaks!

Asam Pedas Ikan Salai-Salai.

Bunga Kantan di Tamu Sipitang.

Banyak kali juga Amie terpandang-pandang longgokan bunga kantan di Tamu Sipitang tetapi tidak berhasrat untuk membelinya. Memang geramlah juga melihatnya sebab nampak banyak! Hendak beli tetapi terfikir takut tak sempat masak di kondo. Beberapa kemudian, kami singgah di Tamu Kinarut pula. Nampak sekuntum bunga kantan dengan harga RM1.00. Terbayang kalau hendak beli bunga kantan di LD, sekuntum mencecah RM3.00. Belilah juga di sini, daripada nanti teringat-ingat sebab tak beli.

Sudaj beli bunga kantan, haruslah juga beli daun kesum!

Belacan Binsulok 

Kami tidak lepaskan peluang membeli Belacan Binsulok yang dihasilkan oleh penduduk tempatan di Membakut. Sebelum ini kami biasa dengan Belacan Papar, tetapi kali ini cuba pula Belacan Binsulok. Belacannya cantik dan baunya pun sedap!

Beli juga bawang besar dan bawang putih di Tamu Ranau.

Asam Pedas Ikan Salai-Salai
Bahan-bahan:
  • 3 ekor ikan salai-salai - bersihkan dan potong 2
  • 7 tangkai pokok kesum
  • 1 kuntum bunga kantan - belah 2
  • 2 batang serai - diketuk
  • 1 sudu kecil pati asam jawa (bancuh dengan sedikit air) - jika ingin lebih masam boleh gunakan asam gelugur
  • 3 cawan air
  • 4 sudu besar minyak
  • 1 sudu kecil gula Melaka
  • garam / perasa pilihan secukupnya
Bahan kisar:
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 10 tangkai cili kering
  • 2 sudu kecil belacan
  • 2 cm kunyit hidup
  • 1 cm halia
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar serta serai hingga terbit minyak. Gunakan api sederhana.
  2. Tuangkan bancuhan pati asam jawa, gula melaka dan air.
  3. Biarkan masak mendidih dan masukkan ikan, daun kesum dan bunga kantan.
  4. Setelah ikan masak, masukkan lebihan  tomato ceri serta perasakan dengan garam / perasa pilihan secukupnya.
  5. Kacau sekali dua, biarkan seketika dan kemudian padamkan api dapur.

9 ulasan:

  1. Kita betul2 ingat tadi ikannya di salai dulu tau, Kak Amie, hahaha. Asam pedasnya nampak sangat mengancam kalbu tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak tahulah apa nama ikan salai-salai dalam bahasa kita.

      Padam
  2. Balasan
    1. Cuti sekejap Uncle. Jalan-jalan luar daerah.

      Padam
  3. Sedap plak tengok asam pedas K.Amie..
    Thank you for sharing the recipe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lama tak masak asam pedas ikan, tu yang teringin sangat nak masak.

      Padam
  4. baca tajuk dalam hati terdetik ooo ikan salai boleh masak asam pedas juga rupanya nama ikan...
    firdaus rindu airtangan mummy tu lama kena tgl hari tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihiii.... tak biasa dengar ikan salai-salai, disangka ikan salai ye Afzan.

      Padam
  5. Tergoda sungguh .Bukan sahjaa asam pedasnya...Belacan tu pun nampak sedapšŸ¤­

    BalasPadam