Bismillahirrahmanirrahim.
Tarikh: 08 Januari 2023
Hari : Ahad
Tarikh: 08 Januari 2023
Hari : Ahad
Lokasi : Brunei Darul Salam
Selesai urusan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, kami dibawa ke Hotel Mulia untuk berehat, sementara menunggu waktu terbang ke Kota Kinabalu yang dijadualkan pada pukul tujuh malam. Kami dibekalkan makanan tengah hari berupa nasi berlauk. Di Hotel Mulia dapatlah kami bersihkan diri, solat jamak taqdim zohor dan asar.
Hotel Mulia Kampung Anggerek Desa, Mukim Barakas Brunei-Muara, Kianggeh, Bandar Seri Begawan Brunei Darussalam. |
Selamat Datang ke Mulia Hotel |
Kalau ikutkan hati memang hendak tidur lena di atas katil sampai ke petang! Tapi takut terlajak tidur, sebab perlu berangkat semula ke lapangan terbang. |
Sempatlah baring-baring seketika selepas solat jamak. |
Melihat-lihat menu makanan yang ditawarkan di restoran. Mana tahu ada yang memikat selera! |
Sudut kegemaran Encik Suami! |
Selepas berehat seketika, kami turun ke lobi hotel. Masih ada baki duit BND yang belum digunakan. Sewaktu transit di Airport Brunei pada 27 Disember 2022 kami tukar RM200 dan dapat 56BND. Waktu itu tukaran ringgit sebanyak RM3.57 hanya dapat 1BND sahaja. Kami hanya gunakan 15.30BND untuk minum bagi dan berbaki 36.7BND. Mungkin boleh digunakan untuk minum petang di Goldiana Cafe & Lounge.
Teringat Ibu Nada yang ditemui di ruang menunggu Brunei International Airport. Tiada rezeki untuk bertemu dengan Ibu Nada di Makkah sebab kami tidak sempat berjalan-jalan di Safwah Hotel. Kebetulan pula, nombor HP yang diberikan tidak dapat dihubungi. In syaa Allah moga ada rezeki untuk bertemunya lagi.
dapat la luruskan kaki hilangkan lenguh badan seketika ye kak
BalasPadamYa, betul tu sebab kemudian sambung terbang semula.
PadamHotelnya macam hotel dulu2 tapi kemas dan bersih. Bestnya dapat meluruskan pinggang, memang silap2 boleh terlajak tu, Kak Amie, hihihi.
BalasPadamYa, hotel abad ke-20. Sekarang sudah Alaf 21.
PadamNasib baik diornag bagi hotel untuk berehat sekejap ye kak...
BalasPadamYa SA. Dekat saja hotel dengan airport. Kira harga setengah hari.
Padamselesa hotelnya...
BalasPadamAlhamdulillah.
Padamcantik dan nampak bersih hotelnya. bilalah nak sampai brunei ni
BalasPadamDatanglah Brunei. Kecil jew negaranya, sehari dua habis dah ronda.
PadamNampak selesa hotel, siap ada bath tub.
BalasPadamBiasanya hotel yang ada bath tub tu hotel lama kan Ujie.
PadamPenat itu berturutan naik kapal terbang. Pernah rasa.
BalasPadamClassic la kak hotelnya....
BalasPadamBoleh tahan juga matawang Brunei ya cikgu..
BalasPadam