Pages

Ahad, 25 Disember 2022

Makan Tengah Hari di Restoran Lembah Bernam - Selera Eksotik

Bismillahirrahmanirrahim.
Kami pernah makan di sini tahun lepas. Kali ini kami berkunjung lagi. Tidaklah kami mencari makanan eksotik seperti rendang rusa. Amie lebih suka mencari lauk-pauk dari jenis ikan air tawar seperti ikan patin, keli dan baung yang jarang ditemui di LD.

Masing-masing memilih lauk kegemaran. Apabila diletak di atas meja, meriahlah kejadiannya. Misalnya Fuad gemar makan ikan keli dan baung goreng. Abang Farid pula suka udang galah sehingga dua jenis masakan yang diambilnya. Teringat Fairuz. Kalau anak bujang ketiga itu ada bersama, tentu lebih meriah lagi!

Hidangan makan tengah hari di Restoran Lembah Bernam.

Selain lauk-pauk berhidang, kami pesan satu jug minuman sirap limau.

Selamat menjamu selera.

Ulam dengan sambal belacan : RM3.00


Siput Sedut Masak Lemak : RM6.00


Asam Pedas Ikan Baung : RM10.00

Ikan Patin Masak Tempoyak : RM12.00



Ikan Keli Goreng: RM4.00
Ikan Baung Goreng : RM7.00

Udang Galah Masak Lemak : RM15.00

Sambal Udang Galah : RM15.00

Ayam Goreng : RM16.00

Bismillah.


Amie beli beberapa bungkus kerepek ubi dan kerepek pisang sebagai oleh-oleh ke rumah Bonda. Kami sambung perjalanan balik ke Kampung Bukit Hijau dan kemudian, di sebelah petangnya kami berangkat ke Bandar Baru Bangi.

2 ulasan:

  1. Tudiaaaaa....penuh meja dengan lauk eksotik!
    Dalam teruja tengok bebanyak lauk eksotik tu..nampak ayam goreng panas penuh serdak tu rasa nak capai meratah-ratah..menarik selera sungguh!

    BalasPadam
  2. sedapnya lauk pauk yang kak amie sekeluarga pilih. kalau syu pon mesti cari ikan keli kalau balik semenanjung. kak kk susah nak jumpa..

    BalasPadam