Pages

Sabtu, 24 Disember 2022

Makan Nasi Alas Daun Pisang di BananaBro IOI City Mall

Bismillahirrahmanirrahim.
Memenuhi janji untuk belanja makan malam setelah selesai membantu menyiapkan tugasan online, Fuad memandu arah ke Putrajaya. Masing-masing bersetuju untuk makan di IOI City Mall. Malam sebelumnya kami sudah ke tempat ini, dan memang penuh sesak dengan manusia, terutama di tempat makan!

Setelah dua kali berpusing keliling mencari tempat makan yang kosong, akhirnya kami berhenti di BananBro. Walaupun restoran penuh dengan pelanggan, tetapi hanya ada enam orang sahaja yang sedang berbaris menunggu panggilan masuk. Bab menunggu dan berbaris untuk makan inilah yang paling kita tak suka. Ketika menunggu, sempatlah masing-masing masuk ke tandas. Kita sengaja tak mahu melihat berapa lama masa menunggu.... ahaks! Hampir setengah jam sebenarnya.

Menjamu selera dengan hidangan beralas daun pisang.

Bismillah.


Sementara berbaris menunggu di luar restoran, kami sempat berbincang untuk memilih hidangan. Akhirnya kami membuat keputusan memilih Family Combo, 2 Pax RM49.90 dan 4Pax RM99.90.


Semasa berbaris, mata sempat melihat pekerja restoran sterika daun pisang dengan cop mohor BananaBro!


Mata tidak lepas dari memerhatikan mana-mana pelanggan yang selesai makan dan bergerak keluar. Walaupun penuh sesak dengan pelanggan, tetapi nampak pekerja di sini melayan dengan cekap dan pantas.

Senarai semak makanan yang dipesan.



Rasa lega dan hilang lenguh kaki apabila giliran kami dipanggil masuk.


Sayur kobis, peria goreng dan acar timun.

Hidangan disertakan dengan  enam gelas Teh Tarik Lawa Cold.


Empat jenis kuah turut disediakan.
Semuanya sedap!

Set hidangan lengkap di atas meja.

Onion Pakora.

Onion Pakora, Chicken 65 & Fried Squid Rings.


Jom makan.

Bismillah.


Lapar? sedap? Semuanya fokus menyuap makanan!

Grand Total : RM178.30.

Sebelum pulang, kami jalan-jalan di dalam mall untuk turunkan nasi dalam perut. Kemudian kami singgah membeli buah dan sempat singgah di Empire Sushi dan Hogan Bakeri. 


Sampai di homestay, kami berehat sahaja dan bersiap sedia untuk balik kampung keesokan paginya.SK kata, tak dapat bayangkan berapa banyak barang yang akan diangkut naik kapal terbang. Tak banyak SK. Hanya beg pakaian dan sedikit oleh-oleh sahaja. Pakaian pun tak banyak dibawa, sebab boleh dobi dan ulang pakai pada hari yang lain.


Malam itu kami hanya santai-santai sahaja sambil menikmati kudapan ringan yang dibeli di IOI City Mall.


Hasil tangkapan di Empire Sushi : Ada cheese roll, ebiko, inari spicy dan inari +takoyaki.


Caramel Apple Pie & Peach Danish.

German Pudding Tart

Secawan Teh O.

Home Sweet Home!

3 ulasan:

  1. Wah...cop mohor tu buat guna seterika rupanya...
    Menarik..pokara tu nampak sedap..Kalau tak salah adunan telung tu dari tepung kacang kuda.pasti sedap lemak-lemak kacang

    BalasPadam
  2. kat IG sy tgk ramai yg review makanan kat Bananabro ni... tp mcm biasa laa ada yg kata sedap ada yg kata krg sedap.... boleh tahan juga harganya utk 6 org makan tu

    BalasPadam
  3. sedapnya makan nasi daun pisang. tiba-tiba rasa nak makan juga. last syu makan di kk beberapa bulan yg lepas..

    BalasPadam