Bismillahirrahmanirrahim.
Kali ini cerita selama dua hari iaitu hari Sabtu dan Ahad. 03 Disember 2022, hari Sabtu malam Ahad selepas bertemu Bonda di kampung, kami terus bergerak ke KLIA2. Agak lama juga menunggu Fairuz keluar dari kapal terbang AirAsia X. Setelah berlaku pertukaran waktu dan hari Sabtu ke Ahad, muncullah Fairuz lenggang kangkung bersama beg sandang di belakangnya. Mujurlah Fairuz tidak membawa beg besar, jadi tidaklah perlu menunggu lebih lama di tempat serahan bagasi.
Seperti biasa, perkataan yang Fairuz ucapkan:
Mommy! Lapar!
Jangankan Fairuz sahaja yang lapar, kami yang menunggu pun turut sama berasa lapar. Oleh kerana sudah tengah malam, dan banyak tempat makan sudah ditutup, jadi kami singgah sahaja di Hometown Hainan Coffee yang beroperasi 24 jam.
Sebelum Fairuz sampai, kami terlebih dahulu meronda di sekitar Hometown Hainan Coffee. Sempat bertanya kepada pekerja di situ tentang menu yang ada. Semua menu yang dipaparkan dalam katalog ada!
Bolehlah masing-masing memesan pilihan. Eloklah pilih makanan yang ringan sahaja sebab sudah lewat malam. Tetapi tidak tahulah selera masing-masing!
Adik-beradik sudah berkumpul!
Macam-macamlah cerita dan keriuhannya pada malam itu. Biarlah. Biarkan sahaja mereka melepas rindu.
Ketika ini jam sudah menunjukkan angka 12:11 tengah malam.
Fried Kuey Teow Original : RM23.90 |
Hidangan pertama tiba: Fried Kuey Teow Original. Encik Suami yang memesan menu ini. Nampak biasa sahaja, tetapi rasanya sangat sedap. Mungkinkah sebab lapar? Sewaktu pinggan Fried Kuey Teow Original sampai ke meja, anak-anak terus menyerbu! Kita pun sempat menyepit (chopstick) sedikit.
Terhibur rasanya melihat gelagat anak-beranak ini.
Setelah habis licin Fried Kuay Teow Original dikerjakan anak-anak, datang pula Crispy Hainan Kaya Butter Bread Double yang dipesan Aseeyah.
Crispy Hainan Kaya Butter Head Doube : RM9.50 |
French Fries (Basket): RM13.90 |
Lemon Rose Lychee : RM11:50 |
Hainan Chicken Rice +Fried Chicken Leg Quarter : RM29.90. |
Nasi Lemak Fried Chicken Leg Quarter: RM29.90 |
Nasi Lemak Rendang Fried Chicken Drumstick: RM29.90 |
Sekarang giliran Fuad dan Fairuz pula berkongsi nasi lemak masing-masing dengan Encik Suami. Rendang ayam pilihan Fairuz memang sedap sungguh! Kita makan kuah rendangnya dengan Cheese Baked Spaghetti.
Cheese Baked Spaghetti Red Sauce with Minced Chicken |
Setelah isi perut dengan pilihan makanan masing-masing, kami meninggalkan tempat makan ini pada pukul 1:50 pagi. Anak-anak berpuas hati makan di sini kerana semua menu pilihan sedap belaka. Walaupun perlu membayar lebih sedikit, rasa berbaloi kerana dapat berkumpul dan santai makan bersama-sama. Memang begitulah adatnya makan di tempat begini, dapat duduk di tempat yang selesa ketika larut malam.
Firdaus sudah keletihan, belum dapat berehat sejak menempuh perjalanan dari Lahad Datu. Fairuz mendukung Firdaus di belakangnya menuju ke tempat letak kereta. Kami tiba di Yuslina Homestay, Bandar Puncak Alam pada pukul 2:00 pagi.
Keletihan yang berbaloi ni kak Amie. Dapat berkumpul anak beranak.
BalasPadamSeronoklah Daus kena dokong ya..hehe
Betul Ujie.
PadamHilang penat setelah semua ada di depan mata.
muka babah dah nampak sangat keletihan tapi masih tersenyum anak2 semua ada depan mata
BalasPadamYa, gembira sangat. Syukur Alhamdulillah.
PadamAlhamdulillah...seronok tengok Seri Iskandar,Klang,KK dan LD bersatu di KLIA...
BalasPadamSiapa yang drive tu Cikgu?
Laju benar tu pastinya orang muda punya power tu..hihihi
Tukar-tukar pemandu tu Mama Cella.
PadamTu dia, tengah malam ingatkan bolehlah makan ringan2, rupa2nya masing2 dah kelaparan 🤣
BalasPadamApa tak laparnya SK. Fairuz turun kapal terbang tengah malam hahaha... terus sahurlah kami.
PadamKalau dah lapar semuanya sedap apa lagi makan berebut-rebut seronok tenguk. Alhamdulillah dapat berkumpul dan makan sama-sama itulah kebahagiaan yang tidak ternilai
BalasPadamWaktu itu kita hanya perhati sahaja gelagat anak-anak di depan mata. Biarlah mereka nikmati kesempatan indah ini bersama-sama.
PadamNasib makanan sedap..tapi SA boleh rasa betapa letihnya Kak Amie sekeluarga...pengalaman kan Kak Amie...seronok tengok bonding family rebut2 makanan macam tu...
BalasPadamLetih sungguh SA. Lagilah yang memandu, berganda-ganda letihnya kan, menahan mata mengantuk lagi.
Padammuka yang paling gembira di situ adalah Firdaus dan encik suami akak, mesti seronok kan akak tengok bila mereka semua menyerbu makanan abahnya tu. Ini tak dikira makanan ringan semuanya berat sebab dah lapar kan. Walaupun harga agak mahal tapi bila sedap sangat puas hati kan kak
BalasPadamRasa gembira dan terharu yang tak mampu diluah. Terkenang gelagat mereka sewaktu masih kanak-kanak. Biarlah diulang semula rebut-rebut makan tu. Bahagia yang tak ternilai!
PadamAlhamdulillah.. dapat berkumpul satu family.
BalasPadamMakan berebut adik beradik memang best 🤣
Amboii.. manjanya Firdaus!
Akhirnya, malam itu walaupun letih tetapi sangat gembira sebab dapat berkumpul lengkap satu keluarga!
Padamkalau lapar kan, semua jadi sedap. hehe. tp rasanya makanan dkt kedai di memang sedap. syu pernah makan sekali dulu..
BalasPadamSedap makanannya memang puas hatilah..
BalasPadamKesian Firdaus, sudah penat ye..