Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat bertemu kembali setelah dua minggu merehatkan diri dari dunia maya. Rindu hendak berkunjung ke rumah rakan-rakan blogger. Sukar juga untuk menyusun kata menulis entri kali ini. Maklum sahajalah jari-jemari pun sudah kurang mesra keyboard...ahaks!
Untuk memulakan mood menulis, Amie kongsikan suasana sepanjang penerbangan pergi ke Kuala Lumpur pada hari Sabtu 03 Disember 2022 dan kepulangan kami dari Kuala Lumpur pada 15 Disember 2022 tetapi sampai ke Lahad Datu pada Jumaat 16 Disember 2022.
Sumber: Google |
Kami menaiki pesawat MASWings MH3013 dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu. Penerbangan mengambil masa selama 55 minit. Berlepas pada pukul 8:25 pagi dan selamat sampai ke destinasi tepat pada pukul 9:20 minit pagi.
Seawal pukul 6:30 pagi, Lina (anak buah) sudah sedia untuk menghantar kami ke Lapangan Terbang Lahad Datu. Firdaus sempat sarapan nasi goreng sementara menunggu untuk masuk ke bilik menunggu. |
Smartowel Gold |
Kali terakhir menaiki pesawat MASWings pada 28 Mac 2022. Sama seperti dulu, pramugara yang menyambut kami di pintu masuk MASWings menghulurkan satu bungkusan kecil berisi tuala basah yang harum baunya.
Walaupun hanya berada di udara sekitar 55 minit sahaja, tetapi MASWings menyediakan makanan ringan untuk para penumpang. Kali ini kami dihidangkan dengan dua keping kuih tausa piang dan juga sebungkus kacang masin.
Kuih Tausa Piang |
Antara minuman ringan pilihan : jus oren. |
Kuih tausa piang ini masih panas. Memang sedaplah! |
Rasanya dahulu tidak ada kipas disediakan disetiap tempat duduk. Kali ini baru perasan ada, mungkin untuk kegunaan para penumpang buat sementara waktu, ketika penghawa dingin ditutup. Memang rasa sedikit panas sebelum pesawat terbang.
Selamat terbang. |
Kelihatan puncak Gunung Kinabalu ketika pesawat melintasi kawasan pergunungan. |
Penumpang yang duduk di belakang Firdaus hulurkan semua makanannya kepada Firdaus. Kami ambil sahajalah. Boleh buat alas perut sementara menunggu penerbangan seterusnya.
Tidak ketinggalan kacang masin yang sedap! |
Firdaus memang sudah 'zikir' dari Lahad Datu untuk singgah makan di Marry Brown. Selepas melalui pemeriksaan imigresen, kami singgah di sini. Tambahan pula, penerbangan seterusnya dijadualkan pada pukul 11:55 pagi. Jadi, kami ada masa untuk santai seketika di sini.
Bubur Ayam |
Onion Rings |
Firdaus memilih MB Kiddy Meal Set & Onion Ring
Selepas makan, Firdaus leka memasang komponen permainannya.
Jadilah tiger! |
Tepat 11:55 pagi kami teruskan penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat MH2621 dan dijangka sampai ke KLIA pada pukul 2:35 petang.
Kami menikmati makan tengah hari di dalam penerbangan. Kali ini ada sesuatu yang menarik iaitu tulisan JEMPUT MAKAN di luar kotak makanan.
Cutlery Pack juga nampak cantik! |
Firdaus dan Encik Suami memilih nasi beriyani lauk ayam rendang.
Nasi Beriyani Ayam Rendang. |
Bismillah. |
Kita pilih lauk Isi Ikan Masak Kicap. |
Dapat lagi kacang masin yang sedap! |
Jus Oren |
Sprite, minuman pilihan Firdaus. |
Selepas makan, Firdaus sambung menonton filem kartun. |
Amboiii! Bukan main lagi tuan besar menonton sambil menikmati sprite. |
Selepas mengambil Fuad di rumah sewanya di Setia Alam, Encik Suami mengisi minyak kereta di Jalan Meru. Farid, Aseeyah dan Firdaus sempat membeli makanan di McDonalds. Ketika ini jam sudah menunjukkan angka 5.15 petang.
Kami makan di dalam kereta sahaja kerana hendak jimatkan masa. Seterusnya Encik Suami memandu arah ke Puncak Alam untuk daftar masuk homestay di situ. Selepas solat jamak, kami bergegas ke rumah Bonda di Kampung Bukit Hijau. Lebih kurang pukul 9:00 malam kami bergerak ke KLIA 2 untuk mengambil Fairuz.
Teratak Ayah Bonda kami yang penuh kenangan! |
Pening juga kepala kami dengan masalah kelewatan penerbangan Fairuz dari Kota Kinabalu. Pada mulanya Fairuz dijadualkan terbang pada pukul 11:30 pagi dan sudah tentu kami dapat bertemu di KLIA. Kemudian 'delay' pada pukul 4:00 petang pula. Tiba-tiba 'delay' lagi pada pukul 7:15 malam. Eh, tah lama kemudian 'delay' lagi ke pukul 9:00 malam. Dan terakhir, setelah 'delay' lagi, dipendekkan cerita akhirnya kami sampai ke homestay di Puncak Alam pada pukul 2 pagi. Entah berapa kali 'delay'..... !
Cerita 'delay' tidak berakhir di sini sahaja. Sewaktu Fairuz pulang ke Kota Kinabalu pada 09 Disember 2022, 'delay' dan 'delay' lagi. Tak ingat entah berapa kali 'delay'. Dengar cerita daripada kawan-kawan memang penerbangan mereka pun menghadapi masalah yang sama!
Kami sangka MAS tidak akan ada masalah kelewatan seperti Air Asia.
Penerbangan kami yang dijangka pada pukul 10:15 malam, lewat lagi ke pukul 11:05 malam. Oleh kerana tidak ada tempat duduk pada waktu siang, kami akur saja terbang waktu malam pada 15 Disember 2022. Selepas kelewatan diumumkan pada 11:05, tidak ada tanda-tanda kami akan terbang pada masa tersebut. Akhirnya pengumuman dibuat, MAS tidak dapat mengesahkan pukul berapa kami akan terbang ke Kota Kinabalu.
Penerbangan kami yang dijangka pada pukul 10:15 malam, lewat lagi ke pukul 11:05 malam. Oleh kerana tidak ada tempat duduk pada waktu siang, kami akur saja terbang waktu malam pada 15 Disember 2022. Selepas kelewatan diumumkan pada 11:05, tidak ada tanda-tanda kami akan terbang pada masa tersebut. Akhirnya pengumuman dibuat, MAS tidak dapat mengesahkan pukul berapa kami akan terbang ke Kota Kinabalu.
Kali ini kami pulang bersama Abang Farid dan Aseeyah. Abang Farid sudah beli tiket untuk balik ke Lahad Datu pada 09 Disember 2022 tetapi Amie minta tukar tarikh penerbangan untuk pulang bersama kami pada 15 Disember 2022. Pertukaran tarikh diluluskan tetapi MAS kenakan bayaran tambahan sebanyak RM1300+++. Tempat duduk Abang Farid dan Aseeyah berubah dari kelas ekonomi ke bussiness class pula.
Dipendekkan cerita lagi, entah pukul berapa kami terbang dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu! Semuanya sudah mengantuk, tersengguk-sengguk menunggu di balas berlepas.
Rasanya macam makan sahur sahaja apabila dihidangkan makan nasi lewat malam. Antara dengar dengan tidak pramugara menyebut pilihan makanan iaitu nasi lauk Ayam Gochujang dan Ikan Masak Tiga Rasa.
Rupanya Fairuz sudah menunggu kami di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Lebih kurang pukul 3:00 pagi kapal terbang mendarat dan selepas melalui pemeriksaan imigresen kami bergerak menuju ke Garden Condominuim. Tidaklah dapat berehat, tetapi sekadar meluruskan badan dan solat subuh. Pukul 5:30 pagi Fairuz hantar kami semula ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Pukul 6:05 minit pagi kami perlu berada di bilik pelepasan.
Memang terasa berada di awang-awang, dengan tidak cukup tidur dan tidak selesa, tetapi akhirnya kami dapat sambung terbang ke Lahad Datu pada pukul 7:05 pagi dan pesawat MASWings mendarat tepat pukul 8:00 pagi.
Sarapan kuih tausa piang dan mini pizza di dalam MASWings. |
Teratak Kenangan |
Sampai di rumah, semuanya keletihan dan tertidur sehingga tengahari! Apabila kita terjaga, Encik Suami, Abang Farid dan Firdaus sudah ghaib... solat Jumaat di masjid. Balik dari masjid, Encik Suami pula sambung tidur!
Kita masih terasa-rasa masih berada di rumah Bonda!
Dan rasa kurang selesa pula apabila memikirkan tentang kelewatan penerbangan yang semakin teruk akhir-akhir ini! Barangkali selepas Covid-19 sistem penerbangan masih belum stabil.
Dan rasa kurang selesa pula apabila memikirkan tentang kelewatan penerbangan yang semakin teruk akhir-akhir ini! Barangkali selepas Covid-19 sistem penerbangan masih belum stabil.
best kan makan atas kayangan., hehehe
BalasPadamWaktu siang memang best Wak. Dah larut malam mata terkebil-kebil. Orang mengantuk disorongkan makanan hahahaa.
Padamseram sy baca cerita flight delay ni... byg kn kalau kita ada urusan penting? semuanya terganggu bla kena delay... tp syukur k amie sekeluarga dah selamat pergi dan kembali
BalasPadamBetul tu Anies.
PadamTerpaksalah pujuk hati supaya bersabar. Bukan kami saja kawan-kawan saya pun begitu juga, sampai tiga kali delay sebelum sampai ke destinasi.
Yeay! Amie kembali beraksi!
BalasPadamYeaayyy... jumpa lagi di alam maya!
PadamAlaaaa.. ruginye dah sampai P.Alam tak dapat jumpa cikgu. Tapi takpelah, mgkin lain kali kan. Bila balik semenanjung, aktiviti pun mesti padat kan. Hihihi. Alhamdulillah, terubat rindu pada kampung halaman kan cikgu.
BalasPadamItulah, sekadar transit saja di Puncak Alam. In syaa Allah di lain kesempatan boleh kita luangkan masa berjumpa ye Jaja sayang.
Padambanyak kali delay pula ye flight Fairuz. setakat ni dengan pengalaman syu dgn Airasia pernah delay maksimum 2 kali setakat ni. tak boleh bygkan smpai 4 kali delay
BalasPadamMemang bermasalah sekarang ni Syu.
PadamKak Amie sangka AA saja saja delay-mendelay, rupanya MAS pun sama.
Yeyyy...Cikgu Amie dah balik..Rindu tau ..Hari2 datang sini ..sunyi ja dapurnya..
BalasPadamAlhamdulillah,2 minggi di Malaya pastinya rindu sudah terurai dan selamata sampai ke LD walau banyak dugaan.Semoga semua baik-baik sahaja
Kita pun rindu dengan rakan-rakan blogger! Rindu nak baca celoteh Mama Cella yang sentiasa mencuit hati!
PadamRindulah kacang masin MH.
BalasPadamWalau delay berkali-kali, Alhamdulillah semua selamat tiba. Penat menunggu ya cikgu.
Memang sedap kan kacang masin MAS.
PadamItulah antara salah satu makanan yang ditunggu-tunggu kalau naik MAS.
Alhamdulillah kak amie dah balik..moga sihat2 semuanya balik dari semenanjung
BalasPadamdgr2 memang ramai yang merungut lately penerbangan kerap delay
Syukur selamat pergi dan balik. Memang tak selesa tunggu lama-lama di airport. Akhirnya segala keletihan berbayar juga apabila sampai ke LD.
PadamTulah salah satu sebab malas nak terbang merentas negeri. Tapi macam Kak Amie ni dah terpaksa kan, kenalah tabah menghadapinya. Tak sabar nak tunggu post Kak Amie bersama bonda.
BalasPadamDulu sebelum PKP, tidaklah sebegini teruknya delay AA. Tak sangka pula MAS pun pandai delay juga.
PadamAduhaiiiii bab delay ni rasanya AA paling champion tapi MAS pun ado. Aduhaiiiiii penat kan kalau asyik delay je. Menunggu bagaikan buah tak jatuh2 eh. Alhamdulillah terlerai rindu pada kg halaman. Eh saya pulak yang syahdu
BalasPadamRasa bimbang pula nak travel gara-gara delay ni kan Notie.
PadamKacang masin MAS dan jus dia memang win lah. Alahaiiiii rindu kat MAS. Bila lah boleh jumpa MAS lagi
BalasPadamHahaaa... kacang masin dia memang sedap! tak cukup makan sebungkus.
PadamSeronok tenguk amie dapat berkumpul 1 keluarga.
BalasPadamAlhamdulillah. Pertemuan itu rezeki.
PadamYeay..Kak Amie kembali di arena penulisan blog...masa SA tinggalkan komen ni sure Kak Amie dah segar macam biasa dan dah cukup rehat kan
BalasPadamAlhamdulillah SA. Sudah cukup rehat tapi rasa lenguh sikit peha dan betis sebab terlalu lama duduk dalam kereta dan kapal terbang.
PadamAlhamdulillah selamat sampai.. Banyak kali juga delaynya ye..
BalasPadamMungkin faktor cuaca tak kak.. Selamat berehat ye kak..