Pages

Isnin, 26 Disember 2022

KLIA dan Malam Sedih Buat Firdaus

Bismillahirrahmanirrahim.
Selepas hantar Fuad di Setia Alam, kami, Encik Suami meneruskan pemanduan dan berhenti di RNR Dengkil. Kita sempat beli Putu Bambu World Ori dan Putu Bambu Durian. Kemudian temankan Encik Suami minum kopi. Abang Farid, Aseeyah dan Firdaus makan di dalam kereta.

Putu Bambo World


Encik Suami sempat makan Hotplate Chicken Chop Yee Mee with Egg. Eh, bukan Encik Suami seorang makan. Kita pun tolong makan sama.



Sebelum ke KLIA, sempat singgah di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan untuk cuci kereta. Pukul 4:30 petang kami pulangkan kereta sewa di KLIA.

Teh O Ais

Selepas solat di surau KLIA, kami pergi ke Food Garden untuk mencari makan malam.

Fried kuay Teow

Kampung Fried Rice


Butter Chicken Rice + Cloleslow + Egg + Fish Ball Soup + Air Mata Kucing


Walaupun ada makanan sendiri, tetap juga Firdaus hendak makan dengan Kakak Aseeyah.

Steam Chicken Rice

Abang Farid dan Aseeyah daftar masuk sebagai penumpang kelas perniagaan. Kami bertiga masuk kelas ekonomi. Jadi, kami berpisah buat sementara. Ketika pemeriksaan imigresen dijalankan, permainan Firdaus terpaksa ditahan. Katanya, permainan jenis bahaya kerana berupa bentuk senjata. Terpaksalah Firdaus lepaskan hadiah pemberian daripada kakak Aseeyah dan belum sempat Firdaus bermain dengannya. Menurut pegawai imigresen di situ, kalau masuk bagasi, boleh lepas!


Amie sempat tangkap gambar permainan Firdaus, dan memujuknya nanti akan beli permainan baharu yang sama. Firdaus hanya diam sahaja. Sewaktu kami turun menggunakan eskalator untuk ke bilik menunggu, Firdaus tidak mahu ikut kami! Dia hanya berdiri kaku di situ! Dua orang pegawai imigresen memujuknya dan membawa turun ke bawah menggunakan lift.

Rupanya Firdaus sangat sedih! Dadanya kelihatan berombak-ombak menahan rasa! Akhirnya menangis tersedu-sedu!

Kita cuba pujuk Firdaus, janji akan belikan permainan baharu.

Kita pun ikut rasa sedih melihat Firdaus menangis.

Sempat video call dengan Abang Farid dan Fuad untuk pujuk Firdaus. Kedua-dua abangnya akan kongsi belikan Firdaus permainan baharu di Shopee. Nampak bengkak mata Firdaus sebab lama menangis!

Dan, malam itu rasa melayang-layang sahaja badan kerana keletihan dan mengantuk serta rasa bosan menunggu penerbangan MAS yang delay sehingga ke pukul entah berapa! Mamai-mamai saja rasanya apabila beratur masuk menuju ke pintu pesawat!

12 ulasan:

  1. Allahu....
    Sedih pula melihat Daus menangis tersedu-sedu..
    Sabar yer Daus,mungkin pegawai imigrsen tu pun tak sampai hati nak tahan permaianan Daus,apalagi belum digunakan,namun sudah peraturan begitu,meraka terpaksa akur.
    Semoga Allah gantikan dengan rezeki permainan baharu untuk anakanda Daus yer..🤲🤲🤲

    BalasPadam
  2. alahai kesiannya firdaus. mesti sedih terpaksa tinggalkan barang pemberian kakak aseeyah dia..

    BalasPadam
  3. Alahai kesiannya Firdaus. Memang sedihlah pemeberian kakak Aseeyah takkan sama. Memang kena tegas bila kerja imigresen. Kalau saya tak sampai hati

    BalasPadam
  4. Mainan senjata tak lepaslah naik kapal terbang

    BalasPadam
  5. Ramai pujuk Firdaus.
    Nanti kena beli baru.

    BalasPadam
  6. alololo ciannya firdaus... tp jgn sedih2 ya... nnt abg2 beli kan yg baru yg lg best

    BalasPadam
  7. kesiannya Firdaus tak ada rezeki nk bawa mainan balik

    BalasPadam
  8. betul tu. senjata or berupa senjata tak lepas.
    tu ada bawah akta senjata.

    bertabahlah firdaus :)
    ada rezeki lain tu utk firdaus ye.

    BalasPadam
  9. Hati kanak2 mana yg tak sedih apabila permainannya diambil kan. Sabar ya Daus.

    BalasPadam
  10. Kesian Firdaus ye...budak- budak kan...tapi nak buat macam mana dah itu rules and regulation

    BalasPadam
  11. Alahai.. Kesiannya Firdaus.. Sha pula rasa berair mata..

    BalasPadam
  12. Alahai kesian daus... dlu kakak iman terbawak gunting dalam pencil case masa naik flight pun kena suruh keluarkan dan tinggal

    BalasPadam