Pages

Jumaat, 23 Disember 2022

Hilang Kasut di Masjid Putrajaya

Bismillahirrahmanirrahim.
Jumaat, 10 Disember 2022 kami habiskan sebahagian hari di sekitar Putrajaya.  Amie tidak mengambil banyak gambar di setiap tempat lawatan, melainkan di tempat makan. Maklumlah, jalan-jalan kali ini lebih kepada JJCM.

Salah satu tempat yang menjadi kenangan kali ini sudah tentulah di Masjid Putrajaya. Nyaman saja suasananya, ditambah dengan tiupan semilir angin dari arah tasik. Rasanya hendak tidur-tidur saja di beranda masjid!

Selepas solat Jumaat, Encik Suami tercari-cari kasutnya di tempat letak kasut tetapi tidak jumpa! Akhirnya Encik Suami berjalan kaki ayam ke kereta. Mujurlah ada bekalan selipar di dalam bonet kereta!

Kenangan: Encik Suami keluar dari masjid dengan berkaki ayam.


Memang semua ketawa melihat Encik Suami tidak memakai kasut sepanjang jalan dari perkarangan masjid hingga ke tempat letak kereta. Sabar sajalah....dugaan kecil! Sedekahkan sajalah kasut itu, kata anak-anak. Mana tahu orang terambil tanpa sengaja.


Ini antara gambar kenangan sewaktu berkunjung ke Bandar Hilir Melaka pada 07 Disember 2022. Di bawah ini pula gambar kenangan di tempat sama pada Disember 2015.

Gambar di Melaka 2015


Jumpa lagi Putrajaya!

7 ulasan:

  1. Mungkin tersalah sarung bila dah banyak-banyak tuh.. Ujian kecil dan kenangan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, mungkin juga sama kasut, jadi tersalah sarung.

      Padam
  2. ada yg berkenan kasut en.majid ye...mcm dah jadi normal pula hilang kasut di masjid

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaa... kenangan pertama kali solat di Masjid Putrajaya.

      Padam
  3. Allahu...
    Mungkin ianya menjadi asbab Allah nak bagi rezeki kasut baharu untuk En Majid ..👞👞

    BalasPadam
  4. alahai, terpaksa berkaki ayam ke kereta..dugaan.

    BalasPadam