Pages

Isnin, 26 Disember 2022

Dinner Buffet di Seoul Garden

Bismillahirrahmanirrahim.
Fuad bawa kami jalan-jalan ke Alamanda Shopping Centre, Putrajaya. Di situ kami singgah makan di Seoul Garden. Kita suka juga makan di Seoul Garden. Zaman awal Seoul Garden ada di Kota Kinabalu, memang seronok sangatlah makan di sana kerana makanannya lebih pelbagai berbanding sekarang. Kita suka sangat ulang-ulang bakar bahagian perut ikan salmon, tetapi tidak pernah lagi ditemui selepas itu di mana-mana Seoul Garden yang kami masuk. Begitu juga dengan pelbagai gimbap yang sedap-sedap.

Abang Farid dan Fuad memilih Thai Tomyam Soup dan Kumchi Jjigae Soup.
Bayaran untuk empat orang dewasa sebanyak RM252.02. Abang Farid ada kad pelajar dan mendapat potongan harga dan dikenakan bayaran sebanyak RM48.00.Firdaus : FOC!

Merpati dua sejoli hinggap di Seoul Garden.

Firdaus dapat makan percuma di sini.


Jom kita tengok-tengok dahulu apa makanan yang ada di sini.




Ada nasi goreng, spaghetti dan sebagainya dalam bekas tertutup ini.


Kalau hendak menikmati makanan di bahagian ini, bayaran tambahan akan dikenakan.



Fuad memilih kambing! Katanya, kenalah pilih makanan sesuai dengan harga yang dibayar supaya berbaloi.













Firdaus memang tak boleh berjauhan daripada Kakak Aseeyah.

Kita lebih suka memilih makanan yang lembut-lembut sahaja seperti fillet ikan.


Fuad dengan kambingnya!


Fuad bakar kambing untuk kali kedua!

Seoul Garden Cendol.


11 ulasan:

  1. Untung jadi Daus
    Nak makan apa main tunjuk aje
    orang lain tukang bayar

    BalasPadam
  2. Kalau kita..nak ikut Fuad lah...makan kambing banyak-banyak..hihihi
    Bagusnya siap ada diskaun untuk pemegang kad pelajar.Abang Farid sambung master ke phd agaknya..Semoga berjay dengan cemerlang & diberkati Allah selalušŸ¤²

    BalasPadam
  3. Abang Farid tenaga pengajar di UTP, in Syaa Allah tahun depan dia nak selesaikan penyelidikan untuk Ph. D.

    BalasPadam
  4. betul tu, kena mkn kambing utk rasa lebih berbaloi hehe..

    BalasPadam
  5. Haah saya tidak jumpa perut salmon.
    Eh murah dapat banyak lepas diskaun!

    BalasPadam
  6. lama tak makan.. kalau dpt kambing dgn salmon memang sedap

    BalasPadam
  7. lom pernah makan2 di seoul garden, ami.
    bcoz anak2 bukan sejenis makan byk.
    teringin la pulak nak try bila tgk gambar2 di atas.
    menarik!

    BalasPadam
  8. Fuad tu wajahnya baby face kan. Betullah tu cara dia, pilih kambing baru yg lain barulah berbaloi.

    BalasPadam
  9. Comel sangat Firdaus ini.. hehehe..
    Alhamdulillah.. Pilihan makanan dan harganya pun berbaloi sangat..

    BalasPadam
  10. Thanks for sharing such a great information.This post gives truly quality information.
    Up to 20% off SRP* on AutoCAD and AutoCAD LT subscriptions. Save even more by choosing 3-year subscriptions and enjoy price protection! Your purchase price today is locked in for the full 3-year period.Buy online securely from our autodesk official partner store www.pisoftware.in. Fast, convenient and 24x7.Sale ends 13th January.AutoCAD software price

    BalasPadam