Pages

Khamis, 22 Disember 2022

Baws Kitchen Steamboat's & Grilled Sendayan Negeri Sembilan

Bismillahirrahmanirrahim.
Keluar dari Muslim Homestay Raudhatul Jannah, Fuad bawa kami meronda di sekitar Bandar Sri Sendayan dan singgah di Baws Kitchen Steamboat's & Grilled. Ketika itu hujan renyai-renyai. Memang sesuai sangatlah makan yang panas-panas.


Baws Kitchen Steamboat's & Grilled mempunyai ruang makan yang agak luas dan meja steamboat yang banyak.


Lupa-lupa ingat harga semuanya, sebab resit entah ke mana hilangnya. Cuma yang kita ingat harganya  RM40+++  per kepala untuk dewasa.

Kita sempat menyendol semangkuk kecil.


Kuih-muih pun ada. Kita ambil kuih talam cendol.







Kalau hendak makan puas-puas, lupakanlah segala nasi goreng, mi goreng dan yang sewaktu dengannya. Makanlah yang lain-lain... ahaks!



Firdaus sudah tentulah ambil kentang goreng dan ayam goreng.




Kami meminta sup tom yam.



Fuad suruh kita ambil gambar ini, yang terletak di belakang tempat kami makan. Entah apa bendanya ini.


Ruang masuk  / keluar ke meja steamboat dan kaunter pembayaran.

Baws Kitchen Steamboats & Grilled.

Selesai makan di sini, kami kembali ke 'syurga' penginapan kami, Muslim Homestay Raudhatul Jannah.

11 ulasan:

  1. RM40 per person ,wow gak harga dia tapi tengok banyak pilihan menu nya Amie, kena makan banyak baru berbaloi-baloi hehe :)

    BalasPadam
  2. Aduhaiiiiii hujan-hujan ni pekena steamboat memang syiok le. Ratah seafood je pun dah kenyang

    BalasPadam
  3. Banyak pilihan, seronok nak makan.
    Betul...kena lupakan nasi supaya perut tak cepat kenyang, tak dapat merasa makan lain 😁

    BalasPadam
  4. Berbaloi bila tengok pilihan makanan yang ditawarkan dengan harganya tu..

    BalasPadam
  5. Makan stimboat ni kena betul-betul time lapar. Teringin lah pulak. Lama tak makan

    BalasPadam
  6. Dah lama tak makan steamboat, best jugak tu & mmg betul, rugi kalau makan nasi goreng, hihi.

    BalasPadam
  7. Hahaha..kalau saya pun pi tempat macam ni akan tinggalkan segala nasingoreng bagai..Akan nikmati steamboat sepuasnya ..rugi bayar mahal-mahal perut penuh nasi goreng.Nasi goreng tu nanti balik makan kat rumah mommy masak lagi power🤭

    BalasPadam
  8. harga dia okay juga. dan berbaloi kalau makan banyak..

    BalasPadam
  9. Lama plak x pekena stimboat...so far RM40 satu kepala tu okey...macam- macam ada kan..

    BalasPadam