Pages

Isnin, 21 November 2022

YB Belanja Makan Sempena Birthday Girl

Bismillahirrahmanirrahim.
Ada pun kisah ini telah lima hari berlalu, namun masih segar dalam kenangan. Kawan-kawan kaki jalan, ajak ke SR untuk raikan ulang tahun kita yang semakin bersinar keemasan. Pada 16 November 2022, buat jamuan ringan di tempat kerja: HAPPY BELATED BIRTHDAY TO ME. Esoknya, 17 November bersamaan pada hari Khamis, selesai waktu kerja disambung pula dengan mesyuarat. Sabar sajalah. Kemudian kami menuju ke SR.

Terima kasih kawan-kawan !


Kita hadiahkan setiap seorang sebuah buku antologi yang mengandungi hasil tulisan sendiri. Antologi Sayang Abah, kita hadiahkan buat rakan-rakan yang sudah kehilangan ayah. Kita ingat kisah Nano, usia tiga tahun sudah kehilangan ayahnya untuk selama-lamanya. Kita ingat kisah Darwisah, selepas bercakap dengan ayahnya di telefon (Darwisah di Lahad Datu, ayahnya ketika itu berada di Sulawesi), ayahnya terus menghembuskan nafas terakhir. Dan kita teringat kisah Jusna. Jusna terpaksa batalkan kembara bersama kami ke Nepal walaupun sudah membuat pembayaran, kerana ayahnya sakit. Jusna dapat melihat arwah ayahnya buat kali terakhir.


Gambar kenangan bersama YB.

Sementara menunggu makanan yang dipesan tiba, Jusna bisik sesuatu di telinga kita.
Kak, ada YB. Bolehkah kita bergambar ya?

Ketika itu kita terlihat YB diiringi oleh orang-orangnya hendak meninggalkan meja makan mereka. Beberapa orang pelanggan berdiri dan bergambar dengan beliau. Kebetulan YB berjalan di belakang tempat duduk kita.
Kita menoleh ke arah beliau, dan terus menyapa:

Assalamualaikum. Boleh ambil gambar?

Boleh, jawab YB.

Macam cikgu-cikgu ni, pengiringnya pula bersuara.

Ya, kami baru habis kerja, datang sini sambut birthday. Kita tak pasti entah suara siapa yang bersuara di antara kami bertujuh. (Berlapan termasuk Misa yang lewat sampai).

Sudah order makanan? Nanti minta kira, masuk bil sekali, kata YB.

Kemudian kami bergambar bersama YB. Selepas YB berlalu pergi, kami bersembang sambil menunggu hidangan yang dipesan. Kami sangka YB hanya bergurau sahaja.


Sembilan tahun lalu Amie ada kenangan dengan YB : RAYA KE 4 DI KOTA KINABALU. Gara-gara hendak mengambil gambar YB yang sedang bersarapan di belakang Fuad, akhirnya tertinggal botol susu Firdaus di McDonald, Airport Kota Kinabalu.

Inilah YB sembilan tahun lalu, dan berada di hadapan mata lima hari lalu.


Terpaksa belikan Firdaus botol susu baharu kerana botol susunya tertinggal di McDonald. Eh, menyimpang pula ceritanya. Balik semula ke SR. Makanan yang dipesan sudah sampai ke meja. Misa dan Sinar yang agak terlewat tiba, sudah pun ada bersama-sama kami.

Gee, Misa, Nano, Kam, Amie, Darwisah & Jusna.

Spicy Seafood Medley Pasta

Ini hidangan yang Amie pesan. Sesekali makan pasta bersos aglio pedas berkrim sedap juga. Baby scallops  hanya tiga ketul dan udang dua ekor mana puas makan... hihihiiiiii! Minumannya pula, setelah sedut setengah gelas, tiba-tiba tersedar rasanya tidak sama seperti yang kita minta. Kita minta epal hijau kasturi, tapi yang kita sedut rasa lime asam boi! Rupanya terminum minuman Jusna! Haaa... reda sajalah Jusna minum minuman kita pula.


Jusna, sambil makan sambil baca Sayang Abah.




Cukup lapan orang: Amie, Darwisah, Jusna, Sinar, Gee, Misa, Nano & Kam.

Ketika ini tak cukup mulut bersembang. Maklumlah di tempat kerja masing-masing fokus dengan tugas. Jadi, di kesempatan sebeginilah kami melepaskan perasaan.

Terima kasih kawan-kawan terbaik di dunia. Moga persahabatan kekal hingga akhir hayat.

Rupa-rupanya memang betul YB belanja kami makan. Tak sempat nak ucapkan terima kasih kepadanya. Apa pun tahniah, kerana  YB sudah menang PRU15 P188 LAHAD DATU.


Oh! Sebelum mengakhiri coretan kali ini, ada teka-teki untuk dijawab. Kali ini, hanya seorang pemenang sahaja akan dipilih, iaitu yang menjawab dengan pantas dan tepat.

Soalannya:

Berikan nama penuh dengan ejaan lengkap YB yang belanja kami makan di SR.

22 ulasan:

  1. Sy cuba ya, kalau salah jangan marah...

    YB Dato' Hj Mohammad Yusof bin Hj Apdal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amboiiii... dia dah tak nampak pasta SR kita dah. Dia terus meluncur jawab soalan.... hihihiii.

      Padam
    2. Haha...ingatkan saya paling awal jawab..bila baca balik eh..sekali dia potong tang kona la...🤣
      Haishhh..hadiah SK tu bahagi dua tau ..😘🤭🤣

      Padam
    3. Hahahha.. ampunnnn.. laju2 jawab takut kena potong ngan MamaCella 🤣🤣🤣

      Padam
    4. Eh, beza seminit sahaja dengan Mama Cella tau. SK 4:05 petang, Mama Cella 4:06 petang.

      Padam
  2. Wah...
    rezeki birthday girl dibelanja YB musim pihanraya ni...
    Datuk Mohammad Yusof Apdal agaknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Ingatkan saja-saja tanya, rupa-rupanya betul-betul kami dibelanja makan.

      Padam
  3. happynya kak rezeki birthday girl YB yang belanja..

    BalasPadam
  4. Rezeki tu ada orang belanja makan. Golongan cikgu ni memang ada aura dia lah. Sekali tengok je dah tahu

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah rezeki birthday girl YB yg sponsor lunch hehe. Alolo... comelnya Firdaus masa baby, geram tengok tangan yang gebu tu!

    BalasPadam
  6. wah rupa YB masih tak berubah cuma berubah warna rambut je. Rezeki tu YB belanja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, sama saja raut wajahnya dari dulu. Alhamdulillah, rezeki makan tengahari.

      Padam
  7. Bestnya kak, baik YB nya tak lokek belanja makan. Kenangan indah tu kak

    BalasPadam
  8. Meriahnya.. mmg team cikgu ni mudah dikenalpasti... hehehe... rasanya kak SK godek entri lama ni cari nama penuh yb... hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang saya bagi clue dari entri lama. Dan saya akan pilih jawapan pemenang berdasarkan nama penuh dengan ejaan lengkap heheheee.

      Padam
  9. Alhamdulillah rezeki kak amie...untungnya YB belanja...best tu...

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah murah betul rezeki akak sy seorg ni

    BalasPadam